Negeri Sembilan

8 Pantai di Negeri Sembilan yang Cantik untuk Berkelah!

Kalau sebut pantai di Negeri Sembilan je mesti kita terbayangkan Port Dickson je kan? Sebenarnya ada tujuh lagi pantai yang indah yang patut anda pergi dengan family.

Memang tak rugi habiskan cuti hujung minggu di pantai-pantai ini. Kesemuanya indah, penuh dengan aktiviti, dan strategik.

Kami kongsikan senarai lokasi, aktiviti menarik, serta hotel & resort menarik di kawasan sekitarnya.

Sebab kenapa anda patut ke pantai di Negeri Sembilan

1. Dekat dengan Kuala Lumpur

Warga kota tidak perlu travel jauh untuk mandi pantai. Cukup untuk percutian singkat, untuk elak kepenatan supaya boleh kembali fokus pada hari Isnin.

  • Port Dickson – 1 jam perjalanan
  • Pantai Tanjung Biru – 1 jam 16 minit
  • Pantai Teluk Kemang – 1 jam 8 minit
  • Pantai Cahaya Negeri – 1 jam 8 minit
  • Pantai Bagan Pinang – 1 jam 7 minit
  • Pantai Tanjung Gemuk – 1 jam 6 minit

peta port dickson to KL

2. Boleh mandi pantai

Tak semua pantai di Malaysia ni boleh mandi tau. Ada yang ombaknya terlalu kuat, kawasan berbatu, air tidak bersih akibat kapal kargo lalu-lang. Tetapi kesemua pantai di Negeri Sembilan boleh mandi!

pantai bagan pinang
Sumber: petitgo.com

3. Mesra kanak-kanak

Pantainya landai, tidak bergelora, dan bersih. Ini membuatkan sesuai dan selamat untuk kanak-kanak. Parents pun tidaklah terlalu risau lihat anda mandi-manda. Tapi masih perlu pakai pelampung ya?

4. Banyak aktiviti pantai

Kalau sebut aktiviti pantai mesti kita terbayangkan mandi dan berkelah. Banyak aktiviti lain yang boleh anda buat di sini seperti:

  • Banana boat
  • Parasailing
  • Menaiki ATV
  • Berkelah
  • Berkhemah
  • Makan seafood

Aktiviti menarik di pantai Negeri Sembilan

  1. Mandi pantai
  2. Berkelah
  3. Parasailing
  4. ATV
  5. Banana boat, jet ski, kayak
  6. Berkuda
  7. Berkhemah
  8. Hiking

Top 6 Pantai di Negeri Sembilan yang best

Pantai Port Dickson

Merupakan salah satu pantai paling popular di Malaysia. Cuma 1 jam dari Kuala Lumpur membuatkan warga kota sering jadikan Port Dickson sebagai destinasi percutian utama.

  • Air jernih, pantai bersih, dan menawarkan pemandangan inda dan menenangkan.
  • Banyak aktviti pantai seperti ATV, parasailing, banana boat, dan berkuda.
  • Banyak gerai makanan di sepanjang pantai.
  • Banyak tempat menarik di Port Dickson seperti PD Maze & Army Museum.

Pantai Tanjung Biru (Pantai Blue Lagoon)

Amat sesuai untuk aktiviti mandi pantai kerana airnya yang cetek. Persekitarannya yang berbatu disebelah kanan dan pantainya melengkung, membangkitkan persekitaran yang redup.

  • Lebih tenang dan redup berbanding Port Dickson.
  • Pantainya jernih, sebab itu ia di namakan ‘Tanjung Biru’.
  • Banyak fasiliti seperti tandas, food court, & taman permainan.
  • Pelbagai pilihan resort & homestay di kawasan sekitarnya.
  • Ada banana boat & ATV.

Pantai Teluk Kemang

21 minit pemanduan dari Pantai Port Dickson. Pantai Teluk Kemang pilihan pelancong dan warga tempatan pada hujung minggu sebab banyak aktiviti dan mesra kanak-kanak.

  • Pantai bersih, air cetek yang sesuai untuk anak kecil.
  • Boleh sewa pelampung, ATV, banana boat, jet ski, kayak.
  • Ada dataran yang luas untuk bersantai.
  • Banyak restoran & kedai pakaian.

Pantai Bagan Pinang

Pantai di Negeri Sembilan seterusnya adalah Pantai Bagai Pinang. Kalau nak yang lebih tenang dan kurang crowded, kami sarankan anda ke lokasi ini.

Pemandangan di sini cukup cantik, ada jambatan untuk tengok view air pasang surut.

  • Ada taman permainan.
  • 13 minit dari resort popular, Lexis Hibiscus PD.
  • Terdapat bot untuk anda bersiar-siar melihat pulau paya bakau.
  • View matahari terbenam di sini memang cantik!
  • Resort terdekat adalah Bayu Beach Resort (RM149 semalam)

Pantai Tanjung Gemok

Bergerak ke utara sedikit, anda boleh ke Pantai Tanjung Gemok yang merupakan sebuah perkampungan nelayan. 2.2 km dari Tanjung Kemang.

  • Tidak banyak kemudahan seperti pantai lain, tapi tenang, tidak crowded.
  • Satu-satunya lokasi penyu bertelur di Negeri Sembilan.
  • Boleh mandi pantai & berkelah.
  • Resort terdekat adalah Glory Beach Resort (RM131 semalam)

Pantai Saujana

Terletak di antara Pantai Bagan Pinang dan Cahaya Negeri. Pantai memutih menjadi daya penarik orang ramai untuk melakukan aktiviti pantai.

  • Ada taman permainan & gerai kudapan.
  • Laluan brisk walk, gazebo, tempat duduk, tandas.
  • Kawasan redup, sesuai untuk berkelah.
  • Dekat dengan Pasar Malam Batu 4 yang beroperasi hari Sabtu.

Pantai Teluk Kubur

Tak ramai yang tahu tentang pantai ini. Terletak di Pasir Panjang, 21 km dari Port Dickson.

Katanya ini tempat healing orang Pontian. Banyak gerai menjual makanan, senang untuk anda berkelah di sini.

Monkey Bay

Terdapat ‘hidden gem’ di Port Dickson. Kaki hiking mesti tahu lokasi ini sebab ia popular sebagai ‘hiking trails’.

Merupakan sebahagian daripada Taman Eko Rimba Tanjung Tuan.  Pantai melengkung, bersih, dan dikeliling pokok.

Cara ke Monkey Bay Beach:

  1. Pergi ke Taman Eko Rimba Tanjung Tuan.
  2. Parking kereta di kawasan yang disediakan.
  3. Brisk walk selama 5 minit.
  4. Sepanjang perjalanan, anda akan dipandu oleh papan tanda menuju ke Monkey Bay.
  5. Laluan agak berliku, tetapi masih sesuai untuk beginner.
  6. Perjalanan mengambil masa 10 minit untuk sampai ke pantai.

Resort di Negeri Sembilan yang best

Sumber: Tripadvisor

Banyak resort di Negeri Sembilan yang boleh anda pilih. Terutama yang dekat dengan pantai. Kami senaraikan yang popular dan mendapat rating baik.

  1. Ancasa Resort Port Dickson – RM220
  2. Pacific Regency Beach Resort – RM180
  3. D’Wharf Hotel & Services Residence – RM161
  4. Glory Beach Resort – RM131
  5. Grandpa Hotel – RM94
  6. Mesra Boutique Hotel – RM6

Air Terjun di Negeri Sembilan

 

  1. Hutan Lipur Jeram Tengkek Kuala Pilah
  2. Ulu Bendul
  3. Jeram Toi
  4. Jeram Gading Jelebu
  5. Hutang Lipur Serting
  6. Lata Kijang
  7. Jeram Kedah
  8. Jeram Tebrau

Tempat menarik di Negeri Sembilan

Pada kami, berbaloi kalau anda ke tempat percutian menarik di Negeri Sembilan. Lokasinya mesra keluarga, santai, sesuai untuk anak-anak & banyak tempat makan best.

  1. Army Museum Port Dickson
  2. Sky Ladder Pineapple Farm
  3. Cape Rachado Lighthouse
  4. Alive 3D Art Gallery

Menarik juga pantai di Negeri Sembilan kan? Kalau tak nak yang ramai orang, pilihlah Pantai Tanjung Gemuk. Selamat bercuti!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *