Tempat Menarik

8 Pantai Menarik di Melaka [Best untuk Hujung Minggu!]

Jika anda sangka Melaka hanya kaya dengan khazanah sejarah, anda silap. Selain daripada tempat-tempat bersejarah, negeri ini juga mempunyai banyak tarikan semula jadi seperti pantai yang indah. Percaya atau tidak terdapat 10 pantai menarik di Melaka yang boleh anda jadikan destinasi percutian.

Manalah tahu, selain melawat muzium, anda juga boleh beriadah dan bersantai di tepi pantai bersama keluarga tercinta. Tambahan pula, terdapat banyak resort dan chalet menarik untuk diinap di sepanjang pantai. Pantai-pantai yang bakal kami senarai ini termasuk dalam tempat menarik di Melaka

Pantai Klebang

Ini merupakan pantai yang paling famous di Melaka. Kami berani jamin yang anda tidak akan bosan jika meluangkan masa di sini. Pantai Klebang mempunyai 1001 keistimewaan.

Pantainya luas, pasir yang memutih serta airnya jernih. Sesuai sekali untuk aktiviti mandi manda kerana airnya cetek dan tidak bergelora.

Pantai Klebang menjadi tumpuan orang ramai terutama pada hujung minggu. Rata-ratanya meluangkan masa untuk bersantai bersama keluarga dan rakan.

Selain mandi pantai, antara aktiviti lain yang boleh anda lakukan di sini adalah bermain layang-layang, sewa ATV, menunggang kuda, dan terdapat taman permainan untuk kanak-kanak.

Anda sudah pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk merasai minuman coconut shake Klebang yang viral itu. Klebang Original Coconut Shake cuma 6 minit dari pantai. (Google Map)

Tempat: Pantai Klebang

Lokasi: Google Map

Pantai Pengkalan Balak

Terletak kira-kira 40 minit dari Bandar Hilir, Pantai Pengkalan Balak menjanjikan aktiviti pantai dan suasana yang menenangkan jiwa. Anda boleh berteduh dibawah pokok-pokok rendang sambil menyaksikan keindahan Selat Melaka.

Jika anda berminat untuk menaiki banana boat, anda boleh menyewanya sahaja. Terdapat banyak perkhidmatan yang ditawarkan di sini seperti sewa pelampung, banana boat, menunggang kuda, dan ATV.

Aktiviti-aktiviti ini pastinya membolehkan anda meluangkan masa yang berkualiti bersama yang tersayang.

Memandangka Pengkalan Balak ini merupakan perkampungan nelayan, anda disajikan dengan banyak restoran makanan laut di sepanjang pantai. Restoran ikan bakar paling terkenal di sini adalah Restoran Bayu Selera.

Tempat: Pantai Pengkalan Balak

Lokasi: Google Map

Pantai Puteri

Sebuah lagi pantai menarik di Melaka adalah Pantai Puteri yang cuma 25 minit dari pusat bandar. Waktu petang dan hujung minggu, kawasan pantai ini cukup meriah dengan kehadiran pengunjung.

Kebersihan dan ketenangan pantainyalah yang membuatkan orang ramai tidak pernah putus dari berkunjung ke tempat ini. Pantai yang menghadap Selat Melaka ini merupakan salah satu tempat mandi manda di Melaka.

Lebih menarik, anda boleh lihat bot dan kapal kontena lalu lalang di laut. Selain mandi pantai, pengunjung juga boleh berkhemah, memancing, dan berkelah.

Tidak perlu risau soal fasiliti kerana banyak kemudahan awam disediakan. Tandas awam, tempat duduk, taman permainan, dan gerai makan sudah tersedia buat anda.

Tempat: Pantai Puteri

Lokasi: Google Map

Pantai Tanjung Bidara

Pantai di Melaka memang tak mengecewakan. Sejak dari dahulu lagi, Pantai Tanjung Bidara ini terkenal sebagai lokasi tumpuan pelancong. Ia tidak pernah putus dari menerima pengunjung baik tempatan mahupun dari luar.

Pantainya landai, airnya cetek dan bersih. Ini menjadikan ia sesuai untuk anak-anak kecil mandi pantai. Untuk keselesaan pengunjung, tempat letak kereta, padang permainan kanak-kanak, surau, medan selera, tandas awam dan bilik mandi telah di bina.

 

Jika anda merancang untuk menginap di sini, anda boleh pilih Tanjung Bidara Beach Resort. Mereka menawarkan pelbagai kemudahan dan keseronokkan supaya percutian anda jadi lebih bermakna.

Tempat: Pantai Tanjung Bidara

Lokasi: Google Map

Pantai Padang Kemunting

Pantai ini sebenarnya terletak berdekatan dengan Pengkalan Balak. Kedua-dua pantai ini berkongsi keindahan yang sama. Di sini pengunjung boleh mandi laut dan menikmati makanan laut di gerai-gerai yang terdapat di sepanjang pantai.

Pantai Padang Kemunting boleh dikatakan sebagai tempat menarik di Melaka waktu malam. Ini kerana suasananya yang nyaman, dapat merasai deruan angin pantai sambil lepak di gerai makan. Malah, terdapat laluan pejalan kaki di sepanjang pantai.

Tempat: Pantai Padang Kemunting

Lokasi: Google Map

Pulau Upeh

Untuk pengetahuan, Pulau Upeh terletak dekat dengan Pantai Klebang. Pulau yang sebelum ini terbiar kini menjadi salah satu tarikan pelancongan baharu di Melaka.

Pada saat artikel ini ditulis, pulau ini sedang dinaik taraf. Tidak lama lagi ia bakal menjadi tumpuan pelancong  kerana kerajaan negeri Melaka sedang membina Pulau Upeh Wellness Resort and Spa.

Ini sudah pasti bakal menjadi ikon terbaharu Bandar Bersejarah ini. Cara nak ke Pulau Upeh? Anda perlu menaiki bot dari Jeti Nelayan Klebang.

Tempat: Pulau Upeh

Lokasi: Google Map

Pantai Teluk Gong

Ia merupakan perkampungan nelayan yang terletak berdekatan dengan Pelabuhan Klang. Suasana di sekitar pantai ini cukup nyaman. Menghadap Selat Melaka, anda boleh dikatakan dapat melihat bot nelayan dan kapal kargo lalu lalang pada setiap masa.

Oleh kerana pantai ini sangat luas, anda bebas untuk berkelah di mana mana sahaja.

Dalam pada itu, terdapat pelbagai pilihan restoran makanan laut di sepanjang pesisir pantai. Selesai mandi pantai, apa kata menjamu selere dengan menikmati ikan bakar segar di sini.

Tempat: Pantai Teluk Gong

Lokasi: Google Map

Pantai Sungai Tuang

Tak ramai pelancong tahu akan kewujudan pantai ini. Mungkin kerana lokasinya agak jauh dari pusat bandar. Akan tetapi kawasannya amat bersih, tenang, dan mesra keluarga. Lebih-lebih lagi selepas “Projek Tebatan Pantai” yang dilaksanakan dua tahun lalu menjadi pantai ini lebih luas dan ideal untuk bersantai pada hujung minggu.

Tempat: Pantai Sungai Tuang

Lokasi: Google Map

AIR TERJUN DI MELAKA

Dalam pada itu, jika anda bercadang untuk membawa famili ke air terjun, terdapat sebuah air terjun di Melaka yang anda boleh tuju. Air Terjun Asahan.

Air Terjun Asahan adalah sebahagian daripada Gunung Ledang. Kita semua tahu keindahan flora dan fauna Gunung Ledang. Apa yang bakal anda rasai di air terjun ini adalah persekitaran yang nyaman dan air yang jernih. Ia terletak di Jasin.

Alamat: Jalan Kolam Air Pekan Asahan, 77100 Melaka

Nah, itu dia antara pantai menarik di Melaka. Kami cadangkan anda selain melawat muzium dan tempat bersejarah, luangkan masa juga di salah satu pantai di Melaka. Dengan berkunjung ke kedua-dua tarikan ini kami pasti percutian anda bersama keluarga akan lebih bermakna.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *