Hotel

Park Avenue Hotel Review – Sungai Petani

The Pros

Adakah anda dalam perjalanan menuju ke Sungai Petani? Sudah tempah penginapan untuk bermalam di Park Avenue?

Kalau belum, boleh booking sekarang untuk pastikan anda ada tempat kosong, JANGAN WALK IN. Harga yang anda dapat tak mungkin sama dengan kalau di Booking.com

Dalam beberapa hari yang lepas, saya ada kongsikan perjalanan saya ke Sungai Petani, dah ya saya memang ada bermalam di sini sekejap atas urusan kerja. Anda boleh ketahui nya lebih lanjut di Senarai Hotel Terbaik di SP ini.

Ikut kan artikel yang saya kongsikan tempoh hari, saya ada mengatakan yang Park Avenue adalah antara hotel yang terkemuka di Sungai Petani, mungkin ada yang percaya mungkin ada yang tidak. Apa apa pun, saya akan buktikan kelebihan yang anda bakal dapat kalau menginap di sini.

Sebelum kita pergi kepada point yang lebih detail, elok juga kalau saya kongsikan dahulu beberapa pandangan menarik di Park Avenue Hotel untuk anda.

Park Avenue terletak di Taman Sejati, atau nak lebih mudah faham, lebih kurang 14 minit jarak nya dengan AmanJaya Mall. Hotel ni dekat dengan Highway Utara Selatan buatkan perjalanan ke pusat bandar Sungai Petani dan ke tempat lain jadi lebih mudah.

  • Setiap bilik nya ada kemudahan wifi
  • Ada bowling alley untuk riadah bersama keluarga.
  • Swimming pool indoor dan outdoor.
  • Basement parking untuk kemudahan dan keselamatan kenderaan anda.

The Cons

Setiap segala sesuatu mesti ada kekurangan kan. Satu kekurangan yang saya perasan ialah kedudukannya yang jauh sikit dengan Amanjaya Mall. Ya, saya ada cakap 14 minit kalau guna highway utara selatan. Tapi, kira jauh la juga. Bukan nya tak ada hotel hotel keliling AmanJaya Mall tu.

Perkara ini bukan satu masalah yang besar, sebab ia sangat bergantung kepada tempat tumpuan utama yang anda nak pergi, dan tahap rajin ke tak anda drive jauh skit daripada tempat tujuan tu.

Cara Nak Pilih Hotel?

Macam saya katakan tadi, kalau anda memang ada hal di AmanJaya Mall, dan LEBIH SUKA yang BERDEKATAN dengan AmanJaya Mall ni >>> Boleh cuba B Orange

Atau, kalau anda ada hal di AmanJaya Mall, dan TAK KESAH jauh sikit drive dengan AmanJaya Mall ni >>> Boleh cuba Park Avenue

Sebenarnya, duduk mana mana pun lebih kurang sahaja. Sungai Petani ni lebih kurang macam Kulim juga, kalau anda duduk hotel yang jauh sikit dari tempat tumpuan utama anda pun tiada masalah. Sebab perjalanan nya nanti mudah, tak jem gila gila macam di Penang atau di KL.

Kalau di sana, memang kita terpaksa cari hotel yang berdekatan kan.

Kalau saya, saya lebih suka semua nya walking distance sahaja dengan Hotel, malas nak start enjin kereta semula. Lagi nak rebut parking lagi kan.

Tempat Makan Best Yang Berdekatan

…. dengan Park Avenue Hotel

Alright, sudah pasti kalau dah sampai Sungai Petani, kenapa tak kalau kita cuba sajian istimewa yang ada di sini kan. Berikut adalah perkongsian saya:

Kedai makan yang saya senaraikan di bawah ni adalah ringkasan sahaja ya, untuk review penuh, jenis sajian dan waktu buka, anda kena rujuk artikel yang lagi satu.

  • Restoran Mae Salong – 9 minit
  • Chennai Curry House – 14 minit
  • Nasi Lemak Cinta Sayang – 15 minit
  • Medan Selera Jam Besar  – 9 minit
  • Hussain Nasi Kandar – 12 minit

Mana mana pergi pun mesti ada restaurant hipster kan. Kalau di Sungai Petani ni, banyak juga restaurant hipster yang dapat review bagus bagus.

  • Overstepped Cafe Sejati – 2 minit
  • Big Mouth Republic – 2 minit
  • Restoran LeBoss – 15 minit
  • Pallet Café – 15 minit
  • Ezy Delites Café – 15 minit

Ezy Delites ni, hari saya singgah minum je. Saya ada meeting dengan bos. Kami buat kat sini sahaja. saya tak pasti sama ada sedap sangat ke tak makanan nya. Tapi dari segi kemasan restaurant, memang nampak menarik. Dan ramai juga yang bagi tahu seafood pizza nya boleh tahan juga sedap nya. Friendly staff and cozy spaces.

  • Pengkalan Ikan Bakar – 8 minit

Di Pengkalan Ikan Bakar, sudah pasti anda boleh cuba menu utama ikan bakar nya. Air asam dan tomyam nya pun ada juga dapat pujian di kalangan pengunjung.

Restaurant Nasi Padang Langkasuka – 14 minit

Kalau anda rasakan Park Avenue Hotel adalah penginapan yang anda idamkan, boleh cepat cepat booking di bawah:

You might also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *