Genting Highlands

Perbezaan harga Genting Highlands dengan Theme Park Lain

Sebagai taman tema utama Malaysia, Genting Highlands The Park menawarkan harga yang agak berpatutan. Pengunjung bukan sahaja dapat merasai pengalaman bermain pelbagai jenis permainan bahkan menikmati suhu dingin. Namun, ada yang bertanya berapakah beza tiket masuk dengan taman tema lain?

Yelah, sebelum membuat keputusan, kita perlulah membandingkan harga tiket masuk terlebih dahulu. Selain itu kos kos percutian seperti hotel, tiket penerbangan, dan minyak kereta. Ini adalah untuk memastikan percutian anda bersama keluarga berjalan lancar.

Untuk itu, kami kongsikan harga tiket masuk ke taman tema seluruh Malaysia dan Universal Studios Singapura memandangkan ia cukup popular.

#1 Genting Highlands Theme Park

Disebabkan taman tema bahagian outdoor masih belum dibuka, pengunjung boleh bergembira di bahagian indoor iaitu Skytropolis. Bangunan 4 tingkat ini menawarkan 1001 keseronokkan di dalamnya. Seperti:

  • Carousel
  • Tour de Paris
  • Ferris Wheel
  • Venice Gondola
  • Monorail
  • Reindeer Cruiser
  • Euro Express

Harga tiket:

RM64 (sekali bayar, all access di mana anda boleh bermain semua permainan) ; ATAU memilih untuk bayar setiap kali ingin bermain.

Rugi pula kan? Lebih baik beli tiket RM64. Tiket boleh di beli di Klook.com.

#2 Sunway Lagoon

Sunway Lagoon adalah salah satu tempat menarik di KL untuk anak-anak. Mana tidaknya segala macam jenis keseronokkan yang ada di sini.

Taman tema air yang meliputi pelbagai jenis kolam renang, pantai buatan,variasi gelongsor dan lain lain. Memang best kalau dapat berendam di musim panas ini.

Wildlife Park juga satu lagi tarikan yang ada di Sunway Lagoon. Ia boleh dikatakan seperti zoo mini yang menepatkan 150 jenis haiwan. Ia termasuk haiwan liar seperti singa, harimau, gajah, badak sumbu dan banyak lagi.

Nikmati juga sukan ekstrem di Extreme Park seperti bungee jump, go kart, paintball, G-Force X, dan lain lain.

Harga tiket Sunway Lagoon:

Dewasa RM124 | Kanak kanak RM90.60 beli di Klook.com

Alamat: 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor.

#3 Legoland

Taman tema bertaraf antarabangsa yang diinspirasikan dari permainan blok popular, Lego, mendapat perhatian baik pelancong dari dalam mahupun luar negara. Salah satu tempat menarik di Johor ini memiliki pelbagai keseronokkan di dalamnya.

Setiap ceruk yang anda pergi, akan dipenuhi dan diperbuat daripada blok Lego. Ia memenuhi imaginasi kanak-kanak dalam masa yang sama menimbulkan keseronokkan pada golongan dewasa.

Jangan lepaskan peluang untuk bermandi manda di Legoland Water Park ya? Kerana banyak ride dan gelongsor yang mencabar adrenaline anda!

Waktu Operasi: 10 am – 6 pm

Harga tiket:  Theme Park RM185 | Water Park RM126 | (Theme Park + Water Park) RM222. Beli di Klook.com untuk harga yang lebih rendah.

Alamat:  79100 Nusajaya, Johor

#4 Lost World of Tambun

Lost World of Tambun ini tidak kurang juga hebatnya. Turut memiliki status bertaraf antarabangsa, memuatkan 3 bahagian utama. Iaitu dry, wet, dan mini zoo (safari). Harganya juga agak berpatutan berbanding theme park lain di Malaysia. Taman temanya lengkap dengan roller coaster, pantai buatan, dan petting zoo.

Harga tiket: RM69 | Beli di Klook.com untuk harga yang lebih rendah.

Alamat: No.1, Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City Ipoh, 31150 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

#4 Movie Animation Park Studios (MAPS)

Juga terletak di Ipoh, Perak. Movie Animation Park Studios (MAPS)

Merupakan sebuah taman tema memuatkan pelbagai dunia dari filem dan siri tv animasi popular. Pengunjung boleh memasuki dunia animasi Casper, Smurf, Boboiboy, dan banyak lagi.

Ia pasti akan menggembirakan anak-anak kerana mereka akhirnya dapat bersua dengan karakter kartun yang sebelum ini hanya dilihat di kaca tv. Melangkah masuk ke MAPS seolah anda memasuki dunia kartun tersebut.

Banyak tarikan yang ada di sini seperti roller coaster, pameran, patung, dan persembahan khas.

Harga tiket: RM48 | Beli di Klook.com

Waktu operasi: 10am – 10pm

Alamat: 3, Persiaran Meru Raya, 31200 Ipoh, Negeri Perak

#5 Universal Studios Singapore

Taman tema paling popular di Asia Tenggara, sudah tentulah Universal Studios Singapore (USS)! Apa yang membuatkan ia menjadi tarikan ramai adalah semua keseronokkan yang ada diambil dari filem-filem pecah panggung Hollywood yang di terbitkan oleh Universal Studios.

Nikmati pengalaman seolah berjalan di dalam dunia Transformers, Jurassic Park, Minions, Shrek, dan banyak lagi. Antara yang menjadi perhatian ramai adalah pawagam 3D, bergambar bersama watak-watak dari filem popular, dan berjalan ke set New York, Paris, dan banyak lagi.

Memang tidak rugilah sekiranya dapat bercuti di USS bersama keluarga dan rakan.

Harga tiket: RM228 | Beli di Klook.com

Alamat: 8 Sentosa Gateway, Singapore 098269

Semoga artikel ini sedikit sebanyak membantu anda dalam merancang percutian bersama keluarga dan rakan di taman tema. Selamat bercuti!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *