Tempat Menarik

Pulau Sapi di Sabah

Dalam banyak-banyak gugusan pulau di Sabah, Pulau Sapi menjadi antara pulau pilihan pelancong sebagai destinasi percutian. Pulau yang menjadi sebahagian daripada Taman Laut Tunku Abdul Rahman ini cukup popular kerana ia bukan sahaja mempunyai pemandangan indah, bahkan banyak aktiviti pantai yang boleh anda lakukan.

Pulau Sapi ini sebenarnya kecil sahaja iaitu kira-kira 25 hektar. Antara salah satu faktor mengapa ia sering menerima kunjungan pelancong adalah kerana jaraknya cuma 7 kilometer dari jeti Kota Kinabalu.

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan cara ke Pulau Sapi, aktiviti yang anda boleh lakukan, serta segalanya tentang pulau ini.

Cara ke Pulau Sapi

Anda perlu menaiki bot di Jesselton Point, Kota Kinabalu. Jesselton Point menawarkan perkhidmatan bot ke Pulau Manukan, Mamutik, Sapi, Sulug, dan Gaya. Ia beroperasi mulai jam 8.30 am hingga 4.15 pm sahaja.

Tambang bot ke Pulau Sapi

Dewasa: RM23 | Kanak-Kanak (11 tahun dan ke bawah) RM18

Tiket masuk ke Pulau Sapi: RM3 seorang

Aktiviti menarik di Pulau Sapi

Mandi laut dan snorkeling

Aktiviti wajib jika bercuti di pulau sudah pasti mandi dan snorkeling di dalam air laut yang jernih. Siapa tidak seronok jika dapat berenang-renang di laut yang membiru. Apatah lagi jika kejernihan airnya membolehkan anda nampak dasar laut yang sedalam 10 meter.

Hadir pada hujung minggu atau musim cut sekolah memang crowded dengan pelancong. Bulan yang bali sibuk adalah sekitar Oktober hingga Januari kerana waktu ini cuaca sejuk di negara empat musim. Jadi ramai pelancong dari luar negara ingin merasai bahang matahari di negara beriklim tropika seperti Malaysia.

Nak lihat hidupan laut? Snorkeling  lah jawabnya! Pastikan anda membawa sendiri kelengkapan snorkeling kalau tidak mahu terlepas peluang untuk lihat keindahan hidupan laut.

Jika tidak, anda boleh sahaja menyewanya pada harga yang berpatutan.

Banyak batu karang yang berwarna-warni dan pelbagai jenis ikan comel. Kalau nak tengok ikan Nemo dan Dory pun boleh.

Berkelah di tepi pantai

Bersantai di tepi pantai sambil makan memang seronok. Lebih-lebih lagi kalau ada kudapan yang boleh dimakan. Anda boleh membawa sendiri makanan dari Kota Kinabalu atau beli di kafe atau kedai runcit yang di sediakan. Bercakap tentang kafe, Sapi Kafe menyediakan masakan panas seperti nasi/mee goreng pada harga sekitar RM7 hingga RM23.

Cuba bayangkan kalau dapat menikmati hidangan ditepi pantai di mana air lautnya cukup jernih.

Mendaki bukit (hiking)

Hiking di Pulau Sapi boleh dikatakan menjadi kewajipan. Ini kerana anda tidak memerlukan kepakaran atau pengalaman mendaki untuk sampai ke puncak. Ia seperti jungle trekking sahaja. Malah, denai dan laluan sudah tersedia.

bki12.blogspot.com

Setibanya di puncak pada ketinggian 300 meter, anda boleh lihat pemandangan menakjubkan. Keindahan sekitar Pulau sapi sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Air launya jernih sehingga menampakkan batu karang. Bahkan anda boleh lihat Pulau Gaya yang berada disebelah Pulau Sapi.

Jangan lupa ambil gambar untuk mengabadikan kenangan indah ini.

Skuba diving

Untuk mereka yang memiliki lesen menyelam, kehadiran ke Pulau Sapi pastinya menimbulkan keterujaan. Ini kerana kawasan Taman Laut Tunku Abdul Rahman merupakan kawasan utama untuk melakukan aktiviti scuba diving.

Kalau nak membuat perbandingan Pulau Sapi vs Pulau Manukan, Pulau Sapi dipilih menjadi lokasi menyelam kerana ia lebih indah dan air lautnya tidak begitu dalam.

Zipline / Flyingfox

Nak rasa pengalaman menaikki flying fox dari pulau ke pulau? Apa yang perlu anda lakukan adalah menaiki bot ke Pulau Gaya yang bersebelahan Pulau Sapi. Dari Pulau Gaya, anda akan melakukan flying fox terus ke stopping point di Pulau Sapi.

Usah risau soal keselamatan kerana ia dijamin selamat dan di seliah oleh petugas Coral Flyer yang berpengalaman. Anda memakai safety harness dan dan topi keledar.

Bagi yang tertanya-tanya Pulau Sapi flying fox price itu akan kami kongsikan.

Sebelum itu anda perlu tahu yang zipline ini bergerak kira-kira 60km – 70km sejam. Jadi mereka yang mempunyai berat kurang 50kg sering tersangkut di tengah-tengah kerana berat badan mereka tidak mampu untum menambah momentum kelajuan.

Tetapi Coral Flyer akan tarik balik mereka yang tersangkut. Jangan takut pula. No problem. Lagi satu, wanita bertudung, pastikan anda memakai tudung yang ketat dan tidak menggerbang.

Harga zipline Pulau Sapi:

RM50 seorang termasuk tambang bot dari Pulau Sapi.

Parasailing Pulau Sapi

Satu lagi aktiviti menarik yang boleh anda lakukan adalah parasailing. Parasailing ini di mana anda menaiki payung terjun yang ditarik oleh bot yang bergerak laju. Anda boleh menaiki payung terjun tersebut seorang diri mahupun berdua.

Aktiviti ini adalah antara yang paling popular. Mana tidaknya, anda bakal lihat pemandangan pulau yang indah ini dari pandangan atas.

Harga tiket parasailing: RM68++

Sea walking Pulau Sapi

Anda juga boleh melakukan seawalking. Ini di mana anda berjalan di dasar laut dengan memakai topi khas yang telah disalurkan oksigen. Hebat bukan. Ini merupakan cara terbaik untk menyaksikan keindahan dasar laut berserta ikan yang menawan.

Sea walking Pulau Sapi Price: *akan dikemas kini

Berkhemah

Disebabkan tiada penginapan seperti resort dan chalet di Pulau Sapi, satu-satunya cara untuk bermalam di sini adalah berkhemah. Anda boleh meminta permit untuk bermalam di sini.

Kemudahan

Dari segi kemudahan, Pulau Sapi memang lengkap dengan fasiliti seperti tandas, tempat mandi, surau, dan bilik persalinan.

Pulau Sapi pakej 2018

Untuk melancarkan perjalanan dan aktiviti anda di sana, menggunakan khidmat tourist guide amatlah disarankan. Antara syarikat yang menawarkan pakej ke sana adalah:

Sabah Tour Packages

Seronok bukan kalau dapat bercuti di Pulau Sapi? Banyak aktiviti pantai yang menyeronokkan. Tambahan pula airnya jernih bak pulau di luar negara.

You might also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!