Bagi anda yang sedang mencari resort di Negeri Sembilan yang menarik, anda telah datang ke artikel yang tepat. Kami akan mencadangkan beberapa buah resort dan tempat penginapan terbaik dari segi keselesaan, kebersihan, lokasi, penuh dengan aktiviti, dan harga yang mampu milik.
Kesemua resort di Negeri Sembilan yang kami cadangkan ini sesuai untuk percutian keluarga, bersama rakan, mahupun bulan madu.
Artikel berkaitan:
- 10 Tempat Menarik di Nilai Negeri Sembilan
- 12 Tempat Percutian Menarik di Negeri Sembilan
- 5 Pantai di Negeri Sembilan [SYOKNYA!]
#1 Akar Beach Resort
Terletak di Teluk Kemang, Port Dickson, Akar Beach Resort merupakan penginapan terbaik kerana bukan sahaja menawarkan harga yang murah tetapi lengkap dengan kemudahan swimming pool.
Tetamu mempunyai akses terus ke pantai memandangkan ia terletak betul-betul di tepi pantai.
Tidak hairanlah mengapa Akar Beach Resort ini menjadi salah tu yang paling laris di Port Dickson, dengan harga bawah RM200, anda dapat menikmati kolam renang luas yang sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak.
Kemudahan:
- Sarapan di restoran yang disediakan
- Parking percuma
- Wifi
- Tv satelit
Harga bilik: dari RM130 semalam
Alamat: Batu 9, Jalan Pantai Teluk Kemang, 71050 Port Dickson
#2 Alexis Private Water Chalet
Untuk penginapan yang selesa dan cantik, kami sarankan anda pilih Alexis Private Water Chalet yang juga terletak di Port Dickson. Kemudahan yang disediakan amat cemerlang.
Lihat sahaja dekorasi bilik dan bilik airnya. Memandangkan ia merupakan chalet terapung, terdapat lubangkaca pada lantai bilik air agar anak dapat menikmati pengalaman berbeza disaat menginap di sini.
Swimming poolnya juga nampak menyeronokkan dengan air pancuran dan dan landskap mempersonakan.
Kemudahan:
- Restoran
- Wifi
- Swimming pool
- Gimnasium
- Pantry
- Taman permainan
- Aktiviti pantai
Harga bilik: dari RM285 semalam
Alamat: Batu 2, Jalan Seremban, Lexis Port Dickson Negeri Sembilan
#3 Glory Beach Resort
Betul-betul terletak di tepi pantai di Negeri Sembilan yang paling popular, Glory Beach Resort juga antara resort yang digemari pelancong. Dengan harga bilik serendah RM145 semalam, anda dapat menikmati pelbagai jenis kemudahan termasuklah berenang di swimming pool yang luas.
Setiap bilik lengkap dengan katil empuk dan view Pantai Tanjung Gemok yang indah. Nikmati sarapan dan hidangan tempatan dan western enak di restoran yang disediakan.
Anak anak kecil pasti seronok sekiranya dapat mandi kolam dan bermain di taman permainan.
Jarak dengan tempat menarik:
- Alive 3D Art Gallery – 3.4 km
- Wild West Cowboy Indoor Theme Park – 3.4 km
- Muzium Lukut – 4.2 km
Harga bilik: dari RM145 semalam
Alamat: Batu 2, Jalan Seremban, Tanjung Gemuk, 71000 Port Dickson
#4 Avillion Admiral Cove
Bagi pasangan yang inginkan tempat honeymoon di Negeri Sembilan, Avillion Admiral Cove adalah resort terbaik kerana harganya yang mampu inap dan romantis.
Penginapan gaya kontemporari yang menghadap Selat Melaka cukup indah dengan pemandangan laut dan bot-bot mewah yang berlabuh.
Setiap dihias dengan perabot gaya kontemporari dengan sentuhan citarasa tempatan.
Kemudahan
- Swimming pool
- Gimnasium
- Aktiviti pantai
- Restoran
- Aktiviti berkanu
- Bilik permainan
- Wifi
Harga bilik: dari RM130 semalam
Alamat: 5 1/5 Mile, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson, Malaysia
#5 Melang Inn
Dengan harga serendah RM92 semalam untuk dua orang, Melang in sudah cukup untuk melengkapkan percutian hujung minggu anda di daerah ini.
Setiap bilik lengkap dengan kemudahan penghawa dingin, pantry, wifi, tv satelit, dan katil empuk yang bersih lagi selesa.
Tetamu juga boleh menikmati sarapan enak di restoran yang disediakan.
Melang Inn menyediakan 7 jenis bilik berlainan, jadi anda boleh pilih berdasarkan bajet dan jumlah ahli keluarga.
Dekat dengan tempat menarik di Kuala Pilah seperti Hutan Lipur Ulu Bendul.
Harga bilik: dari RM92 semalam
Alamat: PT 1 JALAN MELANG, 72000 Kuala Pilah, Malaysia
#6 D&F BOUTIQUE HOTEL SEREMBAN 2
Ingin menginap di Seremban 2? Kami cadangkan anda pilih D&F Boutique Hotel Seremban 2 kerana fasiliti dan keselesaannya berada di tahap memuaskan!
Mendapat rating 8.4/10 dari tetamu yang pernah menginap di sini. Mana tidaknya, lihat sahaja dekorasi bilik di bawah.
Berkonsepkan hotel butik, jadi kemudahannya mestilah basic sahaja tanpa kolam renang dan restoran. Tetapi keselesaan dan kebersihan hotel ini sudah cukup unuk menyempurnakan percutian singkat anda di Seremban.
Malah, anda juga boleh akses tempat menarik di Seremban 2 dengan lebih mudah.
Harga bilik: harga dari RM103
Alamat: no 125, Persiaran S2 B1, Seremban 2, Seremban, Negeri Sembilan
#7 Royale Chulan Seremban
Resort di Negeri Sembilan yang seterusnya adalah Royale Chulan Seremban. Namanya sudah dikenali sebagai rangkaian hotel terkemuka di Malaysia. Namun, usah gerun, kerana ia menawarkan bilik dengan harga serendah RM166 semalam.
Hiasan dalaman bilik-bilik hotel masih menggunakan design lama, tetapi kebersihan dan keselesaannya dijamin.
Kolam renangnya pula berlandskap indah membuatkan anda seolah mandi manda di air terjun semula jadi.
Harga bilik: dari RM166 semalam
Alamat: Jalan Dato A.S. Dawood, 70100 Seremban
#8 Klana Resort Seremban
Klana Resort, resort cantik, selesa, lengkap dengan kemudahan, dan memiliki swimming pool terbesar di Seremban. Bilik-bilik yang disediakan cukup moden, khabarnya baru dinaik taraf.
Jadi anda berpeluang untuk menikmati bilik dengan dekorasi segar. Jika sedang mencari tempat honeymoon di Negeri Sembilan, kami cadangkan anda menginap di suite yang berbentuk melengkung dan menghadap kolam renang.
Mereka turut menyediakan taman permainan dan papan chess gergasi untuk tetamu.
Selain itu, makanan di restoran Selera Coffee House, The Bakers Cafe dan Cascade Lobby Lounge, harus anda cuba!
Harga bilik: dari RM147 semalam.
Alamat: PT 4388, Jalan Penghulu Cantik, Taman Tasik Seremban, 70100 Seremban
Memang menarik resort di Negeri Sembilan bukan? Kesemuanya dekat dengan pantai dan menawarkan banyak aktiviti untuk anda sekeluarga. Sekiranya anda sedang merancang untuk ke Negeri Sembilan, jadikan artikel ini sebagai rujukan.