Tok Bali merupakan salah satu tempat peranginan popular di negeri Kelantan. Pantai Tok Bali cukup cantik dengan panorama pantai mendatar dan menghadap Pulau Perhentian di Laut China. Tambahan pula, pantai ini tidak terhakis dan masih terpelihara. Ini membuatkan Tok Balik sebagai lokasi percutian terbaik di Kelantan. Oleh itu banyak chalet dan resort di Tok Bali yang boleh anda pilih.
Berikut merupakan senarai resort di Tok Bali yang kami rasakan berbaloi untuk diinap. Ia merangkumi resort mewah dan ada juga chalet murah buat anda yang mempunyai bajet yang terhad.
#1 Tok Aman Bali Resort β harga dari RM167
Tok Aman Bali merupakan resort bertaraf empat bintang yang sudah pasti ia memiliki segala macam kemudahan dan menjanjikan keselesaan maksimum buat pelanggan.
Tarikan utaman resort ini sudah semestinya kolam renangnya yang terbentang luas. Berbeza dengan resort lain yang meletakkan kolam renang di belakang, Β swimming pool Tok Aman Bali terletak dihadapan dan boleh dilihat dari jalan besar. Mungkin juga faktor inilah yang menjadi daya penarik resort ini.
Selain itu anda boleh melakukan pelbagai aktiviti outdoor di sini seperti memancing, berkayak, berkanu, dan padel boat kerana resort ini mempunyai tasik buatan yang cukup luas.
Kemudahan: Wifi, parking percuma, restoran, gimnasium, spa, taman permainan, room service.
Jarak dengan tempat menarik
- Pasar Siti Khadijah β 53km, 1 jam
- Aeon Mall β 51.2 km, 1 jam 2 minit
- Pasar Wakaf Che Yeh β 47 km, 59 minit
- Bazar Tok Guru –Β 50 km, 1 jam
Alamat: 6264-1, Pantai Bisikan Bayu, 16700 Kelantan (Google Maps Location)
#2 Sudara Beach Resort β harga dari RM125
Sudara Beach Resort Tok Bali berkonsepkan A Solitude in Paradise yang menawarkan landskap cantik, panorama indah berserta dengan panorama pantai yang mengagumkan.
Ini sudah pasti memberikan pengalaman percutian menari kepada pengunjung sama ada yang datang bersama keluarga mahupun rakan.
Resort ini menyediakan 50 buah mengikut kemampuan pengunjung. Bilik-bilik terbahagi kepada beberapa jenis iaitu pemandangan laut, kolam renang, taman tepi sungai dan asrama.
Kemudahan: Swimming pool luas, Wifi, pusat spa & kesihatan, restoran, kawasan pantai peribadi, BBQ, memancing, karaoke.
Jarak dengan tempat menarik:
- Pasar siti Khadijah β 36 km, 56 minit
- Bazar Tok Guru – 36 km, 56 minit
- Aeon Mall – 38 km, 57 minit
Alamat: Lot 128 Mukim Telong, Jalan Tok Bali,, 16300 Kampong Cham Tangga, Kelantan (Google Maps Location)
# 3 Villa Danialla β harga dari RM311
Villa Danialla tidak akan mengecewakan jika anda mahukan percutian yang eksklusif. Β Dekorasi dan kedudukannya di persisiran pantai Tok Bali menjadikan resort ini benar-benar terserlah.
Malah, anda pasti akan terpukau akan infinity pool yang menghadap Pulau Perhentian dan Laut China Selatan ini. Padanlah, ia sentiasa menjadi pilihan pelancong tempatan mahupun luar negara. Ia juga terletak dekat dengan tempat menarik Tok Bali seperti melihat jambatan bengkok, pasar basah, dan beberapa gerai yang menjual keropok lekor dan snek tradisional Kelantan.
Harganya agak tinggi, tapi bila tengok rating pelanggan semua bagi respon yang positif.
Kemudahan: Kolam renang, restoran, spa, menunggang kuda, wifi, parking percuma,
Jarak dengan tempat menarik:
- Pasar Siti Khadijah β 41km, 58 minit
- Aeon Mall β 38km, 59 minit
- Wakaf Che Yeh β 36km, 51 minit
Alamat: Lot 385, Kandis, Jalan Tok Bali, 16310 Bachok, Kelantan (Google Maps Location)
#4 Sweet Beach Resort
Bagi yang mencari chalet murah di Tok Bali, kami syorkan anda supaya memilih Sweet Beach Resort. Ini kerana resort ini bukan sahaja berharga bajet tetapi menyediakan kemudahan lengkap termasuklah kolam renang.
Chalet ini menawarkan kira kira 100 buah bilik dari variasi berbeza termasuklah asrama. Pelanggan boleh pilih mengikut kemampuan dan kapasiti.
Bilik yang sering menjadi pilihan adalah chalet unik yang berbentuk huruf βAβ. Dari luar, unit-unit chalet ini nampak tersusun cantik.
Kemudahan: Penghawa dingin, toiletries, pembancuh kopi, kolam renang, parking percuma.
Jarak dengan tempat menarik:
- Pasar Siti Khadijah β 1 jam 5 minit
- Wakaf Che Yeh β 52 minit
- Jeti Kuala BesutΒ – 19 minit
- Pantai Irama Bachok β 24 minit
Facebook Sweet Beach Resort: https://www.facebook.com/Sweet-Beach-Resort-Holidays-HQ-271311683072330/
No. Tel: 011-1698 6003
Alamat: 16310 Pasir Puteh, Kelantan (Google Maps Location)
#5 Bayu Melawi Chalet β harga dari RM110
Dikelilingi pokok kelapa dan pasri memutih, Bayu Melawi Chalet terletak di Kampung Sungai Dua iaitu 28km dari Kota Bharu. Chalet yang berada di tepi Pantai Melawi, Bachok, dekat jugalah dengan Tok Bali. Tidak mewah, tapi cukup untuk menghilangkan kepenatan setelah seminggu berkerja keras.
Tambahan pula, ia menerima rating tinggi di laman Booking.com iaitu mencecah 8/10. Nilai ini cukup tinggi untuk sebuah chalet bajet.
Kemudahan: Mini swimming pool, Wifi, tv satellite, aircond.
Jarak dengan tempat menarik:
Airport Pengkalan Chepa – 33km, 47 minit
Nasi Ulam Cikgu β 35km, 54 minit
Wakaf Che Yeh β 30km, 47 minit
Alamat: Kampung Sungai Dua, Pantai Melawi, 16300 Bachok, Kelantan (Google Maps Location)
Homestay di Tok Bali
Jika anda datang bersama keluarga besar, menyewa bilik chalet atau resort mungkin tidak sesuai. Jangan risau, kerana terdapat beberapa homestay di Tok Bali yang mungkin boleh memenuhi citarasa anda.
Homestay Tok Ayah β RM220 di Booking.com
Homestay Tok Ayah yang terletak di Bachok menyediakan taman. Semua bilik mempunyai dapur, TV skrin rata dengan saluran satelit dan bilik mandi peribadi. Setiap bilik mempunyai teres dengan pemandangan taman.
Kota Bharu terletak 24 km sahaja dari penginapan. Lapangan terbang terdekat adalah Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra yang juga 24 km dari Homestay Tok Ayah.
Bagi yang lebih memilih untuk tidak menginap di resort mahpun chalet, terdapat juga hotel di Tok Bali yang boleh anda inap.
Arwana Inn Tok Bali β harga dari RM125
Arwana Inn merupakan hotel bajet dan ini bermakna mereka hanya menyediakan kemudahan asas sahaja. Namun ini tidak bermakna ia tidak berbaloi. Ia masih lagi menawarkan penginapa selesan dengan bilik bersih dengan kemudahan seperti penghawa dingin, shower, toiletries, pembancuh kopi.
Jarak dari tempat menarik:
- Pusat bandar β 46km, 1 jam.
- Wakaf Che Yeh β 43km, 52 minit
- Pantai Tok Bali β 1.6km, 3 minit
Alamat: Lot 1231 Terusan Semerak Tok Bali, 16800 Pasir Puteh, Kelantan (Google Maps Location)
Kami merasakan Tok Bali adalah destinasi percutian sempurna buat anda yang ingin meluangkan masa bersama keluarga, rakan, mahupun untuk berbulan madu. Resort dan chalet di Tok Bali ini seperti melengkapkan lagi percutian anda.