Cameron Highlands

Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highland

Untuk langkah pendaftaran rumah persekutuan Cameron Highlands dan lain lain anda boleh rujuk lagi satu artikel khas kami di link bawah.

Cara Buat Permohoanan Rumah Persekutuan Eksekutif

Di sana saya ada kongsikan cara untuk mendaftar, lokasi rumah percutian lain yang boleh anda mohon dan syarat syarat yang tertakluk dibawah pengurusan BPH, atau Bahagian Pengurusan Hartanah.

Untuk artikel ini, saya lebih kepada nak berkongsi kelebihan dan surrounding yang ada pada rumah persekutuan di Cameron Highlands sahaja.

Dibawah adalah design atau rupa bentuk rumah persekutuan di Cameron yang anda akan bakal menginap lagi.

 

Location: GoogleMap

Rumah singgah ini terletak di Tanah Rata. Kira agak baik kedudukannya sebab kebanyakan tumpuan atau tarikan di Cameron Highlands ni memang banyak di Tanah Rata. Dan kalau anda nak ke Berinchang, mungkin untuk mencari tempat makan makan atau singgah sebentar jalan jalan di pasar malam Cameron Highlands pun tak berapa jauh. Lebih kurang 5 minit sahaja.

Atau pun macam ni.

Saya senaraikan tempat menarik di Cameron Highlands di bawah beserta dengan jarak perjalanannya dengan tempat menarik di Cameron Highlands.

[ninja_tables id=”4711″]

Nak minta tolong juga ni, nanti kalau ada location yang mungkin saya tersalah paste di atas minta bagi tahu saya ya. Tinggalkan pesan anda di ruangan komen.

Kot kot la saya tersalah location atau butiran. Atau pun masa perjalanan tu.

23 jenis tarikan di Cameron Highlands yang saya pilih di atas adalah antara yang paling mendapat kunjungan di sana. Contoh kalau anda tengok no 21, Boh Tea Centre. Ladang teh ni adalah yang di Sungai Palas, saya boleh sahaja ambil ladang teh di Ringlet, akan jadi lebih dekat dengan Rumah Persekutuan Cameron Highlands nanti, tapi macam yang saya cakap tadi.

Saya pilih lokasi tempat menarik Cameron Highlands untuk yang paling mendapat sambutan.

Lagi satu, Cameron Highlands ni ada 9 daerah atau Pekan atau Kampung.

Iaitu:

  1. Ringlet
  2. Lembah Bertam
  3. Tanah Rata
  4. Brinchang
  5. Kea Farm
  6. Tringkap
  7. Kuala Terla
  8. Kampung Raja
  9. Blue Valley

Jadi anda pandai pandailah rancang perjalanan. Saya sendiri kalau datang Cameron memang dari Cameron, lalu Brinchang dahulu baru Tanah Rata. Jadi ada eloknya kalau dalam perjalanan saya nanti, kalau saya terus lawat tempat menarik yang di daerah Tringkap atau Brinchang dahulu.

Tak adalah nanti esoknya saya ulang alikkan. Hari perjalanan mungkin saya habiskan melawat apa yang kita nampak dalam perjalanan dahulu, bila dah check in, esoknya boleh habiskan melawat disebelah sini pula.

Contohlah. Anda rancang sendiri.

Map saya sudah sediakan di atas untuk memudahkan. Atau kalau tak jelas, boleh rujuk map yang ini.

Dan sekarang, saya nak kongsikan pula butiran butiran tempat menarik yang saya kongsikan dalam table di atas.

Pasar Malam Golden Hills – Bila dah datang Cameron Highlands, pasar malamlah yang paling banyak orang akan kunjungi. Macam macam yang anda boleh dapat disini, makanan, pakaian, cenderahati.

Mossy Forest – Mossy Forest ni saya pernah sampai. Tapi memandangkan usaha saya untuk diet bertahun tahun masih lagi gagak, saya pun patah balik dari mendaki. Kalau anda rajin, dan memang jiwa mendaki. Boleh cuba, kedudukannya lagi atas daripada Boh Tea Centre di no 21. Ataupun, kalau rasa takut sebab memang tak berapa banyak orang. Anda boleh cuba di tempat lain untuk mendaki. Saya ada senaraikan dalam list ini juga.

Cameron Tringkap Bee Farm

Taman Pertabalan Tanah Rata ni memang sesuai kalau nak bawak anak anak beriadah di waktu petang atau pagi. Tempatnya pun cantik. Saya kongsikan beberapa gambar di bawah untuk anda.

Kampung Taman Sedia – ada kedai kedai, starberry farm, nak mendaki atau natural walk pun boleh.

Parit Fall – Kawasan air terjun ni. Sebelum naik ke atas untuk sampai ke Parit Fall jangan lupa singgah di Taman Eko Rimba Parit Falls dahulu.

Masjid Abu Bakar – masjid ni kedudukannya macam di atas bukit sikit. Jadi anda akan nampak view Tanah Rata.

Agro-Technology Park Mardi – Taman ni pun segak juga kalau anda jalan jalan, pusing pusing.

Farmers Arcade – ni kalau nak beli pokok bunga, cactus yang dalam bekas pasu kecil sesuai. Harga pun berpatutan.

Time Tunnel – back to historic scene.

Cameron Valley Tea House 3 – tempat favourite wife saya ni. Setiap kali pergi Cameron Highlands memang akan singgah sini dahulu. Dan banyak kali saya datang Cameron Highlands pun semata mata untuk datang ke sini dan terus balik ke Simpang Pulai.

Kenapa? Sebab wife suka sangat dengan scone dalam kedai.

Selain itu ada kek dan makan makan ringan untuk minum minum petang. Nak beli cenderahati pun ada, serbuk tea pun ada.

Cameron Highlands Tea House ni ada banyak tau, pastikan yang anda pergi ni no 3. Atau terus ke sini, Google Map. Kalau nak naik ATV pusing pusing dalam ladang tea pun boleh.

Robinson Falls – macam Parit Fall juga, tapi lebih jauh lagi kedudukannya.

BOH Tea Centre – ada 2 ladang tea yang utama biasa dikunjungi. Yang saya kongsikan ini adalah yang disebelah Brinchang, di Sungai Palas. Lagi satu pun ada di Ringlet, di sini. Boh Tea Estate

Lavender Garden – kalau datang Cameron dua tempat yang mesti orang akan masuk. Ladang Tea dan juga Lavenda Garden ni. Mesti datang. Tiket masuk saya pun dah lupa berapa. Sangat berbaloi. Saya pernah hilang duit dalam ni. Tertinggal dompet. Hati hati lah ya, sebab dompet tu memang susah la nak dapat balik.

Cactus Point – saya tak pernah masuk, bukan peminat cactus sangat.

Baiklah, itu sahaja.

Harap perkongsian ini sedikit sebanyak bantu untuk perancangan perjalanan anda bila menggunakan servis penginapan rumah persekutuan ni.

Assalamualaikum.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *