Tempat Makan

Sarapan di Melaka

Bercuti di Melaka bukan sahaja dengan tujuan untuk melawat ke tempat-tempat bersejarah. Tetapi juga untuk merasai makanan tempatan. Kalau di Melaka, antara juadah popular sudah tentulah asam pedas, masak lemak cili api, dan coconut shake Pantai Klebang. Tapi bagaimana pula untuk sarapan pagi? Tak kan asyik nak makan di hotel sahaja bukan? Sebenarnya banyak tempat sarapan di Melaka yang sedap.

Untuk itu kami akan senaraikan beberapa tempat sarapan di Melaka yang best untuk anda terjah. Bukan senang sebenarnya nak cari tempat sedap. Jadi kami kumpulkan restoran yang sering popular dan sering menjadi sebutan.

#1 Roti Canai Kayu Arang Melaka

Roti Canai Kayu Arang cukup sinonim dengan penduduk tempatan untuk bersarapan pagi. Menu utama sudah tentulah juadah rasmi Malaysia, roti canai.

Apa yang membuatkan roti canai di sini berbeza dengan yang lain adalah ia digoreng menggunakan kayu arang. Ini sekaligus membangkitkan aroma yang enak. Pelbagai jenis roti canai yang boleh anda order. Sebut sahaja, pasti ada di sini.

Antara yang popular seperti roti canai nachos bersama cheese, ayam crispy dan sotong king yang rangup dan besar. Selain itu anda patut cuba Roti Tampal Dangdut.

Selain roti canai, mereka juga menyediakan nasi lemak, roti bakar, dan kuih muih tradisional.

Kalau nak cari lokasi yang pernah mendapat liputan Jalan Jalan Cari Makan Melaka, di sinilah tempatnya.

Waktu operasi: 7am – 12pm | 7pm 12am

Alamat: 459, Kampung Bakar Batu, 75350 Bachang, Melaka

#2 Nasi Lemak Warisan Bachang

Hanya dijual menggunakan stall bergerak tidak menghalang gerai ini untuk terus mengusahakan perniagaan mereka. Gerai yang sudah bertahun tahun beroperasi ini menyediakan antara nasi lemak sedap di Melaka.

Nasi lemak pandan bersama sambal sotong adalah gabungan yang paling digemari ramai. Ayam gorengnya juga tidak kurang hebatnya. Malah, mereka turut menyediakan sayur kangkung dan taugeh sebagai hidangan sampingan.

Ia dibuka sehingga lewat petang. Jika anda teringin nak makan tengah hari sedap di Melaka, apa kata menjamu selera dengan nasi lemak?

Roti canai turut disediakan di sini.

Waktu operasi: 7 am – 6 pm | tutup pada Sabtu

Alamat: 409, Jalan Kenanga 3/21, Taman Kenanga Mewah, 75200 Melaka

#3 Warung Hajjah Robiah

Apa yang ada di Warung Hajjah Robiah ini? Macam-macam ada! Mereka menggunakan konsep kepelbagaian β€˜stall’ di mana setiap stall mempunyai hidangan yang berbeza.

yayaalif.blogspot.com

Nasi kerabu, nasi lemak, nasi dagang, bakso, laksa penang, roti canai, semua disediakan. Jika anda tidak mahu makanan santapan yang berat, pilih sahaja roti bakar atau telur separuh masak.

Bahkan, satay, roti jala bersama kuah kari pun turut dijual di sini.

Kuih muih tradsional juga sering menjadi pilihan pelanggan untuk bersarapan pagi.

Waktu operasi: 6am – 11

Alamat: 3123C, Jalan Limbongan, Kampung Kolam Limbongan, 75250 Melaka

#4 Barakah Corner

Barakah Corner pernah menjadi viral gara-gara menyajikan roti unik iaitu Roti Canai Merecik. Bezanya dengan roti canai biasa, ia mempunyai inti seperti murtabak. Kemudian digulung, disiram dengan kuah banjir bersama sambal diatasnya.

twitter: @ayuhtravel

Ada juga yang menggelarkannnya sebagai roti canai ala buritto

Antara menu sarapan lain yang ada di sini adalah kacang pool, roti bakar, mi kari, lontong, dan nasi kerabu.

Alamat: Jalan Pandan, Kampung Lapan, 75250 Melaka

#5 Restoran Kenanga

Untuk penggemar masakan panas seperti nasi/mee/kueh tiaw goreng, anda wajib cuba hidangan tersebut di Restoran Kenanga.

Beroprasi dari jam 6.30 petang hingga 10 pagi, membuatkan restoran ini menjadi port pilihan ramai untuk lepak sambil menjamu selera.

Rata-ratanya memberi pujian akan hidangan nasi gorengnya yang enak. Biarpun ia sekadar β€˜nasi goreng bodoh’ atau nasi goreng biasa, rasanya sungguh menyelerakan.

Malah portionnya juga banyak dan dijual pada harga yang berpatutan.

Alamat: Jalan Parameswara, Kampung Bandar Hilir, 75000 Melaka

#6 Nasi Lemak Lereh

Sebuah lagi lokasi sarapan di Melaka yang sedap adalah di Nasi Lemak Lereh yang terletak di Tanjong Kling.

Sangat popular dan sentiasa dipenuhi pelanggan terutama pada hari Sabtu dan Ahad.

paklangpaklong.blogspot.com

Menu yang popular di sini adalah nasi lemak bersama sambal sotong. Ramai yang memuji keenakkan sambal sotongnya kerana pekat, manis, dan tidak terlalu pedas. Sesuai sekali di makan bersama ayam goreng berempah.

Selain itu, jangan lupa untuk cuba kuih kole kacang, lopes, dan apam yang juga sangay menyelerakan.

Waktu operasi: 7.45am – 11 am | tutup pada Isnin

Alamat: Tanjong Kling, 76400 Tanjung Kling, Malacca

#7 Warung Caun

Gerai ini tidak kurang jga hebatnya. Ini kerana mereka menyediakan hidangan lempeng yang kini sudah jarang diperkatakan. Pelbagai jenis lempeng di sediakan seperti lempeng bawang, biasa, lempeng berinti, dan lain-lain.

Kami yakin anda semua pernah makan lontong bukan? Tapi pernahkan anda cuba lontong goreng? Rasanya masin sama, cuma ia digoreng dan kering berbanding yang biasa.

Menu lain yang mendapat perhatian adalah cekodok roti dan cucur bilis.

Jika anda tidak mahu menu unik itu, usah risau. Warung Caun turut menyajikan rojak, nasi lemak, lontong, mee dan nasi goreng.

Waktu operasi: 8am – 1pm

Alamat: 13891, Jalan Bukit Katil, Kampung Tengah, 75460 Melaka

#8 Toast N Toast

Jika nak sarapan pagi sedap di Melaka pula, kami sarankan anda menjamu selera di Toast N Toast, Melaka Raya. Di sini anda diberi pilihan dengan pelbagai jenis roti, scrambled egg, baked beans dan banyak lagi.

Ia seolah-olah menggabungkan sarapan pagi ala barat dan tempatan kerana roti bakar bersama kaya juga disediakan. Selain itu restoran ini turut menyediakan spaghetti, nasi goreng, dan mee siam.

Kalau tengah cari lokasi untuk makan tengah hari sedap di Melaka, singgahlah di sini. Banyak pilihan makananan yang boleh anda pilih.

Minuman seperti kopi juga istimewa di sini. Kopinya di brew menggunakan serbuk kopi segar.

Waktu operasi: 8 am – 6 pm

Alamat: 513, Jalan Melaka Raya 12, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka

#9 Warung Nek Munah

Ini merupakan tempat sarapan pagi sedap di Alor Gajaj. Warung Mek Munah tidak pernah lekang dnegan kehadiran pelanggan terutamanya pelajar UiTM Lendu.

matboyot.com

Hidangan popular di sini adalah nasi lemaknya yang sungguh menyelerakan. Sambalnya pekat dan cukup rasa.

Roti tampal, soto, mihun sup dan masakan panas turut dijual sini.

Bahkan harganya juga berpatutan. Padanlah kalau ramai pelajar memilih untuk makan di sini.

Makan malam sedap di Melaka

Barkat Roti John & Ayam Golek

Cengkerang Seafood Jumble

Hadramawt Palace

Restoran Astana Puteh

Restoran Ikan Bakar sedap di Melaka

Mukmin Ikan Bakar Alai Crystal Bay Alai

Seri Muara Alai Hj Nasir Ikan Bakar

Ikan Bakar Muara Sungai Duyung

Semoga perkongsian lokasi sarapan di Melaka ini sedikit sebanyak dapat memberikan anda idea ketika berada di Melaka nanti. Atau anda ada cadangan tempat makan lain yang kami tidak tahu. Sila nyatakan dalam ruangan komen di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *