Mencari tempat sarapan pagi di Johor Bahru yang sedap? Yelah, tak kan nak bersarapan di hotel sahaja? Walhal banyak lokasi sarapan yang best sekitar JB ni. Inilah masanya untuk anda mencuba makanan tempatan.
Tapi ke mana yang perlu anda tuju? Oleh itu admin akan senaraikan sejumlah lokasi breakfast best sekitar JB yang boleh anda cuba. Kesemua tempat ini merupakan rekomendasi orang ramai khususnya penduduk tempatan. Dalam erti kata lain, ia confirm sedap dan berbaloi!
Pondok Santapan Larkin
Lokasi pertama adalah Pondok Santapan Larkin. Restoran ini menyajikan pelbagai juadah sarapan pagi kegemaran rakyat Malaysia. Tetapi menu signature di sini adalah roti arab.
Roti arab merupakan hidangan yang berasal dari Timur Tengah. Ia berbentuk bulat, gebu, serta enak. Roti ini di makan bersama aneka kuah kari yang boleh anda pilih di sini.
Menu lain yang ada di Pondok Santapan Larkin adalah Laksa Johor, lempeng kelapa, roti jala, roti canai, nasi lemak dan kepebagaian kuih muih tradisional.
Nak rasa masakan Jawa? Cuba lah Nasi Ambeng di sini! Nasi Ambeng merupakan antara nasi putih bersama urap, serta digabungkan dnegan mee atau bihun goreng.
Waktu operasi: 7am -12 pm | tutup pada Jumaat
Alamat: Jalan Puyuh, Larkin Jaya, 80350 Johor Bahru, Johor
Warung Saga
Ia terletak di di persimpangan Jalam Mahmoodiah dan Jalan Air Molek. Bagaimana untuk memastikan ia adalah Warung Saga?
Nah, lihat sahaja ratusan gambar yang tertampal pada dinding. Gambar-gambar ini terdiri daripada gambar pemimpin negara, ahli politik, dan selebriti. Ia sudah menjadi dekorasi warung ini.
Apa yang best di Warung Saga? Lontong Kering! Ia sama seperti lontong biasa iaitu ketupat kuah, dan sambal. Cuma kuahnya lebih kering daripada biasa. Jangan tak tahu yang lontong kering merupakan antaran makanan sedap di Johor Bahru.
Lauk dalam setiap hidangan juga banyak seperti sayuran, tofu, tempeh, serta telur.
Menu lain yang boleh anda cuba adalah, soto, gado-gado, laksa nyonya, mee rebus.
Waktu operasi: 7am β 1pm | tutup pada Jumaat
Alamat: 5, Jalan Mahmoodiah, Kampung Mahmoddiah, 80100 Johor Bahru, Johor
Warisan Tarom Cafe
Warisan Tarom Cafe juga tidak kurang hebatnya. Restoran ini dipromosikan di dalam laman rasmi pelancongan negeri Johor. Mesti sedap bukan? Hidangan sarapan tradisi Johor seperti Mee Siam Kuah merupakan kegemaran ramai.
Nasi lemak, soto, lontong, jemput-jemput juga sering menjadi pilihan pelanggan yang bertandang. Pilihan kuih tradisional juga bakal memuatkan anda rambang mata dibuatnya.
Waktu operasi: 7.30 am β 2.30pm | tutup pada Jumaat & Sabtu
Alamat: kompleks Yayasan Warisan, Jalan Sungai Chat, 80100 Johor Bahru, Johor
Mughni Saujana Cafe
Tempat sarapan best di Johor Bahru yang seterusnya adalah Mughni Saujana Cafe. Jika dinilai dari jauh, ia cuma merupakan sebuah warung biasa. Tetapi jumlah pelanggannya cukup luar biasa.
Apa yang menarik pelanggan ke sini adalah nasi lemaknya. Sambal tumisnya pekat dan cukup rasa. Tidak terlalu pedas. Malah, sambal sotongnya turut menjadi salah satu pilihan utama pelanggan.
Rendang ayam, sambal telur puyuh, ayam goreng berempah, dan paru goreng juga enak.Β Disamping nasi lemak, soto, lontong kuah/kering, rendang, dan mee goreng turut disediakan.
Kalau nak ke sini, kami cadangkan anda datang awal, kalau tidak habislah lauk pauk yang ada. Orang ramai sanggup beratur panjang hanya untuk menikmati nasi lemak Mughni Saujana Cafe ini.
Tak susah nak cari Mughni Saujana Cafe, ia terletak bersebelah dengan kediaman Menteri besar Johor.
Waktu operasi: 7am β 12pm | tutup pada Jumaat
Alamat: 8, Jalan Abdul Rahman Andak, Bandar Johor Bahru, 80100 Johor Bahru, Johor
Gerai Kak Yah Nasi Kerabu
Hidangan dari negeri Kelantan juga sering menjadi pilihan ramai. Menu sarapan pagi popular negeri Che Siti Wan Kembang itu sudah tentulah nasi kerabu. Kami cadangkan anda ke Gerai Kak Yah Nasi Kerabu yang terletak Kampung Pasir.
Rasa nasi kerabu di sini memang pure dari Kelantan. Nasi berwarna biru yang dicampur dengan telang ini memang memikat. Bahkan lauknya juga cukup syarat seperti solok lada, sambal kelapa, budu, keropok, telur masin, dan ulaman.
Hidangan sampingan lain seperti daging bakar, ayam goreng, serta ikan goreng tepung juga ada di sini.
Waktu operasi: 6.30am β 12pm
Alamat: Jalan Manggis, Kampung Pasir, 81200 Johor Bahru, Johor
Soto Perdana Madu 4
Menikmati soto pada waktu pagi memang mengeyangkan bukan? Restoran yang menjual soto di JB memang banyak, tetapi yang paling sedap tentulah di Soto Perdana Madu 4.
Dibuka seawal jam 7 pagi, gerai ini menjadi pilihan orang ramai untuk bersarapan sebelum berkerja.
Rempah ratus dalam kuah supnya memang cukup rasa di tambah dengan isi ayam yang lembut. Malah dimakan pula dnegan kicap istimewa yang menambahkan rasa pedas dan masin, menjadi kan soto bihun, nasi, dan mee bertambah enak.
Terdapat 5 jenis soto yang boleh anda, ia Cuma berbeza dari segi portion sahaja iaitu, kecil, besar, special, double, dan triple.
Kalau anda sedang mencari makan tengahari di JB, singgahlah di sini. Kerana ia beroperasi hingga lewat malam.
Waktu operasi: 7am β 11pm
Β Alamat: Jalan Skudai Kiri, Kampung Skudai Kiri, 81200 Johor Bahru, Johor
Ayam Goreng Dapur Kayu
Siapa tidak suka akan ayam goreng berempah bukan? Jika anda berada di sekitar JB, luangkan masa untuk ke gerai Ayam Goreng Dapur Kayu. Keistimewaan ayam goren di sini, well.. berdasarkan nama gerainya, ia digoreng menggunakan dapur arang.
Ini menggunakan arang sudah pasti menambahkan aroma ayam sekaligus membangkitkan rasa hangus yang memikat. Sebab itulah ia merupakan antara tempat makan best di Johor Bahru.
Ayam goreng di sini boleh di makan begitu sahaja ataupun bersama nasi set. Sebaik memesannya, anda akan dihidangkan dengan kari ayam, asam pedas, sambal tumis, dan acar timun.
Rata-rata pelanggan di sini berpuas hati dengan keenakkan ayam gorengnya yang rangup diluar dan lembut di dalam. Tidak hairanlah jika gerai ini sudah bertahun-tahun beroperasi.
Waktu operasi: 7.30am β 3.30pm
Alamat: 1, Jalan Petaling Larkin, Taman Tampoi Industries, 80350 Johor Bahru, Johor
Onn Kitchen
Lokasinya terletak di Jalan Tarom, di antara persimpangan jalan. Tak kira pagi, petang, mahupun malalam, Onn Kitchen tidak pernah lekang dengan kehadiran pelanggan.
Macam macam ada di sini termasuklah pecel lele dan ayam penyet.
Namun pada waktu pagi, hidangan yang menjadi kegilaan ramai adalah roti canai dan kuah karinya. Selain itu lontong, soto, dan roti bakar turut dihidangkan di sini.
Oh ya, jangan lupa untuk rasa lempeng kelapa dengan sambal tumis. Bunyinya agak janggal, tapi itulah makanan tradisi negeri Johor.
Suasana cafe ini juga menarik. Dekorasinya segar dan membuatkan pelanggan selesa. Ada juga yang meletakkan Onn Kitchen sebagai cafe menarik di Johor Bahru.
Waktu operasi: 7am β 12am | tutup pada Jumaat
Alamat: 29A, Jalan Tarom, Kampung Bahru, 80100 Johor Bahru, Johor
Warung Boyan (Kubur Cina)
Hidangan dari Indonesia, bakso, memang menjadi kegemaran kita semua. Kalau nak rasa keaslian bakso dari negara seberang, berkunjunglah ke Warung Boyan yang terletak di Taman Datoβ Onn.
Gerai yang dimiliki oleh warga Indonesia ini dikatakan sangat sedap. Bila anda berkunjung ke sini, anda boleh pilih sama ada bakso bihun, mee, maggi, atahu suun. Jangan lupa untuk cuba Rojak Boyanese.
Waktu operasi: 7am β 11pm
Alamat: Warung Boyan, Jalan Pujaan, Taman Dato Onn, 80350 Johor Bahru, Johor
Nasi Lemak Pak Usop
Nasi Lemak Pak Usop ini sudah tidak asing lagi buat warga di sini. Ia telah menjadi tempat sarapan pagi di Bandar Baru Uda yang agak popular. Sambal tumisnya memang memikat.
Bahkan ayam goreng berempahnya sudah boleh dihidu dari jauh. Jika anda berkesempatan ke sini, bolehlah merasa pelbagai jenis sambal nasi lemak. Antaranya sambal ikan bili, sotong, telur puyuh, telur, dan petai.
Nak lagi jimat ambil hidangan set yang menggabungkan nasim lemak ayam berempah bersama Milo. Cuma RM8.30 sahaja.Β Murah bukan?
Waktu operasi: 7.30am β 12 pm
Alamat: sarapan pagi di bandar baru uda
Restoran Kacang Pool Haji
Siapa tidak kenal dengan restoran ini. Ia cukup popular dikalangan warga Johor dan pelancong. Kacang pool adalah hidangan yang mempunyai pengaruh Arab dan Melayu. Ia hadir dengan hirisan limau dan bawang, telur mata, dan di makan bersama roti bakar.
Kuahnya pula berasaskan daging kisar dan kacang pool. Memang sedap jika dimakan bersama roti.
Nikmati juga aneka menu yang disediakan seperti nasi lemak, lempeng, lontong, mee goreng, mee rebus, dan lontong. Memang berbaloi kalau breakfast di sini.
Alamat: Jalan Sabar, Taman Dato Onn, 80350 Johor Bahru, Johor
Restoran Habib
Bagi penggemar restoran mamak, Restoran Habib adalah lokasi terbaik untuk anda mendapatkan aneka roti canai, tosai, nasi kandar, dan lain-lain. Ayam tandoori dan roti canai di sini memang padu!
Kalau order roti canai, anda diberikan 2 jenis kuah enak. Rotinya juga lembut dan gebu. Masakan anas seperti mee goreng makak, nasi goreng, dan rojak juga disediakan kepada pelanggan. Restoran Habib menyajikan nasi campur Johor Bahru yang sedap. Lihat sahaja aneka lauk yang ada. Memang membangkitkan selera.
Suasananya restoran ini memang best untuk anda datang lepak atau tengok bola bersama rakan.
Alamat : Jalan Bakawali 38, Johor Jaya, 81100 Johor Bahru, Johor
Masakan Pantai Timur Cek Yah
Masakan Pantai Timur Cek Yah adalah restoran sarapan pagi di Kampung Majidee yang sedap. Restoran ini menyajikan sejumlah menu dari Pantai Timur seperti nasi kerabu bersama daging/ayam bakar, laksam, ikan percik, nasi kukus ayam berempah, dan nasi ulam.
Pada waktu pagi, ramai pelanggan memilih untuk menikmati nasi kerabu bersama ayam dan telur masin. Pada wkatu tengah hari pula, nasi ula bersama budu dan sayur lemak menjadi pilihan ramai.
Memang puas hati kerana rasanya pure dari Kelantan.
Waktu operasi: 6.30 am – 4 pm
Alamat: 36c, Jalan Sekolah, Kampung Melayu Majidee, 81100 Johor Bahru, Johor
Kalau ke tempat sarapan pagi di Johor Bahru yang sedap, anda pasti akan berpuas hati dengan apa yang anda bayar. Malah, ia akan membuatkan percutian anda ke Johor lebih bermakna.