Tempat Menarik

Senarai Air Terjun di Pahang

Negeri terbesar di Semenanjung Malaysia ini mempunyai banyak tempat menarik. Struktur muka bumi dan alam sekitarnya yang pelbagai membuatkan Pahang memiliki pelbagai tarikan peranginan. Tetapi dalam artikel kali ini TeamTravel akan berkongsi senarai air terjun di Pahang, yang merupakan salah satu tempat boleh anda habiskan pada hujung minggu.

Siapa tidak suka mandi air terjun? Airnya yang sejuk, bersih, malah kedudukannya di dalam hutan yang mencetuskan suasana damai. Bermandi manda di air terjun adalah aktiviti terbaik untuk anda habiskan bersama keluara pada hujung minggu.

Jika anda berada di Pahang, pastikan anda singgah ke salah satu kawasan air terjun yang bakal kami senaraikan ini.

#1 Air Terjun Teladas

Terletak di Maran, dan ia merupakan sebahagian daripada Hiutan Lipur Maran yang di jaga rapi oleh kerajaan. Air Terjun Teladas terletak 2km sahaja dari bandar Maran dan jika anda melalui lebuh raya, ia terletak di sebelah kiri jalan.

Kawasan ini sering menjadi tumpuan penduduk tempatan dek kerana persekitarannya yang nyaman. Kemudahan awam seperti bangku, tandas, bilik persalinan, dan laluan pejalan kaki juga disediakan.

Memang seronok dapat bermandi manda apatah lagi, air terjun ini terus jatuh ke dalam anak sungai yang cetek.

Malah ada jambatan gantung yang membawa anda ke seberang anak sungai tanpa perlu meredah air.

Alamat: 26500 Maran, Pahang

#2 Air Terjun Chamang

Terletak di daerah Bentong iaitu 80km dari Kuala Lumpur. Jika anda merancang untuk berkunjung ke tempat menarik di Pahang, boleh singgah berehat di Air Terjun Chamang.

Kawasan air terjun Chamang ini memang luas dan air terjunnya juga bertingkat. Tidaklah rasa ‘crowded’ sangat sewaktu hujung minggu. Anda boleh pilih untuk ambik spot masing masing.

Selain bermandi manda, anda boleh buat aktiviti lain seperti berkhemah, BBQ, dan berkelah.

Kemudahan seperti pondok, tempat persalinan, bangku, dan tandas disediakan.

Alamat: 28700 Bentong, Pahang

#3 Niagara Series Crown /Air Terjun Seri Mahkota

Hah! Ini bukan air terjun yang terletak di sempadan Amerika Syarikat dan Kanada tu ya? Niagara Series Crown terletak di Kuala Rompin. Agak terpencil dan jarang diperkatakan. Tidak seperti air terjun lain di Pahang.

Ia terletak di kawasan Hutan Simpan Endau/Rompin. Pengunjung perlu berjalan sekitar 30 minit untuk sampai ke kawasan air terjun ini. Jangan risau kerana laluan pejalan kaki di sediakan.

 

Air terjun di sini tersangatlah indah kerana air dari bukit ini terjun terus ke dalam kolam semula jadi. Kawasannya landai, senang untuk anda beristirehat.

Cuma tempat ini agak tidak sesuai untuk anak kecil kerana anda perlu meredah laluan yang agak lama.

Alamat: 26800 Kuala Rompin, Pahang

#4 Air Terjun Sungai Pandan

Ia juga terkenal dengan panggilan Air Terjun Panching dari penduduk tempatan sering menjadi tumpuan khususnya pada hujung minggu.

Mempunyai pemandangan yang indah dengan dikelilingi batu-batu besar.Kkemudahan juga serba lengkap. Ia merangkumi tempat letak kereta yang luas, tempat solat, tempat persalinan, tandas awam, wakaf, dan gerai menjual makanan ringan.

Air terjun di Kuantan ini sesuai untuk semua peringkat umur.

Alamat: Jalan Air Terjun Sungai Pandan (Panching), 26060 Kuantan, Pahang

#5 Air Terjun Berkelah

Juga terletak di Maran, Air Terjun Berkelah merupakan antara air terjun Pahang yang paling cantik. Airnya mengalir deras dari celah celah batu terus ke dalam kolam semula jadi yang jernih.

Pengunjung tidak boleh meletakkan kenderaan di sini. Mahu atau tidak anda perlu berjalan kaki atau menggunakan perkhidmatan pacuan empat roda. Maklum sahajalah, air terjun ini adalah sebahagian daripada Hutan Simpan Berkelah.

Penat lelah anda pasti akan terubat apabila melihat keindahan air terjun ini. Aktiviti mandi manda dan lepak bersama raka pasti akan menghilangkan penat.

Alamat: Sungai Berkelah Pahang, 26300 Gambang, Pahang

#6 Air Terjun Lata Jarum

Ia merupakan tempat peranginan popular di daerah Raub. Menariknya anda bolehmemilih untuk menginap di chalet berdekatan dengan air terjun iaitu chalet Chemerkas.

Air terjun ini sangat sesuai untuk kanak kanak kerana airnya tidak begitu deras. Malah banyak bangku dan wakaf untuk berkelah dan lepak.

latajarumranger.blogspot.com

Untuk pengetahuan, di dalam hutan sekitar air terjun Lata Jarum ini tersimpannya bunga raflesia. Jadi kalau nak tengok, kenalah ikut trip jungle trekking dari mereka yang bertauliah.

Alamat: 27600 Raub District, Pahang

#7 Air Terjun Pulau Chekas

Geografi Pulau Chekas ini cukup menakjubkan kerana sebuah daratan terbentuk di tengah laluan air sungi. Sungai ini pula terbahagi keada dua iaitu alur sungai berbatu yang mengalir deras dan yang satu lagi lebih tenang.

Pada hujung minggu ramai yang memnuhi Pulau Chekas ini kerana kawasannya yang tenang dan terjaga.

Terdapat banyak tempat duduk dan wakaf yang sesuai dijadikan kawasan perkelahan.

Untuk kanak kanak, terdapat sebuah kolam kecil bersama papan gelungsur. Bolehlah anda bawa anak-anak kecil bermandi manda di sini.

Alamat: lot 910, Jalan Dong – Ulu Dong, Kampung Peruas, 27600 Raub District, Pahang

#8 Air Terjun Pelangi

Air terjun ini mendapat namanya daripada fenomena pelangi yang sering terhasil di tengah-tengah air terjun. Ini menjadikan kawasan air terjun ini bertambah indah dan mempersonakan. Ada yang mengatakan ia adalah air terjun tercantik di dunia.

Jika anda datang pada waktu tertentu, dapatlah melihat pelangi ini terhasil. Pasti gambar yang dirakam bertambah cantik.

Untuk ke Air Terjun Pelangi, anda berlu jungle trekking kira-kira 1 km atau menaiki perkhidmatan pacuan empat roda 4WD sejauh 4 km.

Agak mencabar, tapi segala penat lelah anda bakal terubat selepas melihat pelangi terbentuk di air terjun ini.

Alamat: (Google Maps Location)

#9 Air Terjun Lata Meraung

Lata Meraung merupakan lokasi air terjun di Jerantut yang cukup popular. Ini kerana air terjun di sini cukup indah dan lain dari yang lain. Ia bukan sahaja berlatar belakangkan alam semula jadi yang indah, bahkan air yang mengalir di celah-celah batu terus jatuh ke dalam kolam semula jadi.

Air terjun lata meraung sering menjadi tempat perkelahan orang ramai di hujung minggu.

Ia terletak kira-kira 15 minit dari bandar Jerantut. Kawasan ini menyediakan kemudahan tempat letak kereta, tandas awam, dan rumah rehat untuk pengunjung.

Alamat: 27000 Jerantut, Pahang

Semoga artikel senarai air terjun di Pahang ini memberi anda idea untuk dituju kelak. Sebab memang banyak sangat air terjun di negeri ini. Ingin kami ingatkan anda supaya menjaga kebersihan kawasan air terjun supaya ia kekal bersih.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *