Di Langkawi, ada 5 pilihan untuk kita makan steamboat yang saya tahu. Iaitu:
Local Food Cafe (59 reviews) di Kelibang- LOCAL FOOD STEAMBOAT GRILL (27 reviews) di Kuah (dekat dengan hotel saya)
- Labo Labo Steamboat & Seafood Langkawi (209 reviews) di Jln Pdg Maksirat
- Restoran Saji (61 reviews) di Tmn Lagenda atau Kuah
- Sungai Cenang steamboat & grill (11 reviews) di Cenang
Untuk harga saya ketepikan dahulu, sebab memang saya nak cari mana yang puas hati sahaja. Asalnya macam nak pilih no 4 atau pun no 2. Ataupun mungkin kedai makan steamboat di no 1. Untuk Labo Labo memang saya dah try banyak kali dah, tapi bukan disini, di Kulim.
So saya tak nak try Labo Labo.
So saya nak bagi peluang pada no 5. Walaupun hanya ada review 11x sahaja di Google Map. Biasanya kita mesti cari yang review banyakkan.Tapi bila tengok gambar saya rasa macam nak beri peluang pada kedai steamboat yang ini. Walaupun saya terpaksa drive jauh sikit kereta sewa Vios Baru RM 70 saya tu dari BayView Hotel.
Kenapa saya bagi peluang pada kedai makan ni? Sebab gambar sahaja. Nampak macam banyak pililhan.
So, dalam pukul 8 malam gitu, selepas maghrib saya pun bertolaklah ke HIG sekejap, baru saya dan isteri pergi ke kedai SteamBoat ni.
Kejap. bagi kami makan dulu. nanti saya review kemudian…
*Update
Kami tak jadi pergi ke No 5 Kedai Steamboat tu, sebab bila wife call kedai tu cakap dah penuh. So untuk anda semua, pastikan booking dahulu ya. Kalau tidak melepas. Yang saya ni malam khamis pun tak dapat. Apatah lagi kalau malam minggu.
*saya ada rasa geram sikit, sebab dah bagi tahu awal wife untuk call kan. Tapi dia tangguh, ni lah jadinya. Tapi tak apa, kami sempat juga datang ke kedai steamboat no 2, Local Steamboat Grill di Kuah. Itupun macam last last minit sahaja. Kami memang book dahulu, call dahulu kedai ini untuk booking.
So macam mana rasanya dengan Local Steamboat tadi? Ni saya baru balik juga sebenarnya masa tulis ni. Mengah tak habis lagi.
Pendapat saya. rasa OK, x de la nak kata tak sedap. OK lah, harga pun RM 24 sahaja untuk satu orang dewasa. Kanak kanak tak pasti. Untuk piihan items yang anda nak steamboatkan ni tak adalah terlalu banyak. Tapi kira adalah untuk setiap jenis kategori lauk pauk tu. Contoh, daging ada wakilnya, kambing ada wakilnya, ayam, ketam, sayur sayuran, dan macam macam lagi.
Anda boleh tengok sahaja gambar yang saya snapkan dibawah.
InsyaAllah, nanti saya akan datang lagi dan try juga kedai steamboat no2 tadi tu. Untuk anda yang macam saya menginap di BayView, sebenarnya BayView juga ada sediakan pakej steamboat juga, RM 38 untuk 2 orang dewasa. So, sekarang ni, 6 tempatlah yang saya tahu untuk makan steamboat.
Saya juga akan selitkan sekali harga untuk setiap restaurant steamboat tadi.
Local Food Cafe (59 reviews) di Kelibang- [ RM 24 ] LOCAL FOOD STEAMBOAT GRILL (27 reviews) di Kuah (dekat dengan hotel saya)
- Labo Labo Steamboat & Seafood Langkawi (209 reviews) di Jln Pdg Maksirat
- Restoran Saji (61 reviews) di Tmn Lagenda atau Kuah
- [ RM 29 ] Sungai Cenang steamboat & grill (11 reviews) di Cenang
- [ RM 19] Restaurant BayView untuk penginapnya.
Tapi saya tak suka betul kalau jenis dapor yang macam ni. Sebab dapur itu akan jadi lebih tinggi, kita juga kadang kadang perlu untuk berdiri pula untuk lihat masakan tu nanti. Beza dengan dapur jenis steamboat yang macam di Seoul Garden. Seoul Garden punya memang perfectlah kan, dari segi food variety pun memang menang di Seoul Garden juga.
Oh ya, sebut pasal Seoul Garden, macam ada kedai baru buka di Langkawi yang berkonsepkan makanan korea. Its halal, anda boleh cuba.
Nama tempat: Korean Seould Restaurant Langkawi
Lokasi: Google Map Chalet / hotel berdekatan:
Restaurant Popular Lain Yang Berdekatan dengan KSR. Tempat Menarik Yang Berdekatan. |