Antara perkara yang sering kita titik beratkan ketika bercuti adalah penginapan yang kita pilih. Jika bercuti di Melaka yang mempunyai banyak tarikan pelancongan, sudah pasti anda inginkan hotel yang selesa untuk seisi keluarga. Di samping mahukan hotel selesa, pada masa yang sama kita kena juga jaga bajet. Oleh itu memilih hotel bajet adalah pilihan yang ideal. Hotel yang patut anda inap adalah Sunflower Hotel Melaka.
Terletak di Jalan Pertam Jaya, Sunflower Hotel merupakan salah satu hotel berkonsepkan butik. Di mana ia menawarkan harga yang rendah tetapi dalam masa sama mempunyai hiasan dalaman bak hotel mewah dan selesa.
Bagi Sunflower Hotel Melaka, mereka mengetengahkan tema English-modern. Ia jelas kelihatan pada suasana lobby hotel. Malah sofa dan bantal di tempat duduk pula bercorakkan bendera Britain.
Ia adalah antara hotel bajet di Melaka yang sentiasa menjadi pilihan pelancong. Lokasinya yang strategik iaitu di pinggir bandar menjadikan ia dekat dengan tempat menarik di Bandar Hilir.
Contohnya Sunflower Hotel to Jonker Street Cuma 14 minit perjalanan sahaja. Dekat bukan?
Jenis bilik
Sunflower hotel menawarkan lima jenis bilik yang berbeza dari segi saiz dan jumlah katil. Jarang sekali kita jumpa hotel yang menawarkan bilik single yang hanya mempunyai satu katil bujang.
- Single room with shared bathroom
- Twin Room with shared bathroom
- Double Room
- Deluxe Family Room
- Deluxe Twin Room
Bagi yang ingin meluangkan masa pada hujung minggu bersama keluarga, bilik Deluxe Family Room dan Deluxe Twin Room adalah pilihan yang tempat. Kedua-dua bilik ini agak luas berbanding yang lain mampu memuatkan anda sekeluarga.
Bercakap soal bilik, hiasan dalam bilik sangat minimal dengan sentuhan moden. Pada masa sama pemilihan perabot juga bertepatan dengan tema. Ini secara tidak langsung membangkitkan rasa segar dan tidak terlalu berserabut.
Kemudahan
Bergelar hotel bajet Melaka, tidak menjadi penghalang buat Sunflower Hotel untuk menyediakan kemudahan terbaik buat tetamu. Kesemua bilik lengkap dengan peralatan yang diperlukan untuk traveller solo mahupun dengan keluarga. Antara kemudahan yang disediakan adalah:
- Toiletries
- Tempat letak kenderaan
- Wifi
- Bilik Mesyuarat
- Pembancuh kopi
- Taman
- Aktiviti berbasikal
Restoran
Selain itu hotel ini turut menyediakan sarapan percuma kepada anda. Pada masa yang sama, tetamu boleh menikmati pelbagai jenis juadah dan masakan tempatan/western di restoran yang di sediakan.
Jarak dengan tempat menarik
- Jonker Street β 14 minit
- Dataran Pahlawan melaka Megamall β 9 minit
- The Stadthuys β 14 minit
- A Famosa β 11 minit
- Menara Taming Sari β 13 minit
Harga bilik Sunflower Hotel Melaka
- Expedia β RM135
- Hotels.com β RM135
- Agoda β RM65
- Booking.com β RM102
Antara hotel lain di Melaka yang boleh anda inap:
- Hotel Suria Melaka
- Semabok Inn
- Avillion Legacy Melaka
- Hatten Hotel Melaka
Biarpun ia merupakan hotel butik pada harga bajet, Β keselesaan dan tahap kebersihan Sunflower Hotel Melaka yang bakal anda nikmati adalah pada tahap maksimum. Kami di Team Travel yakin yang anda bakal merasai pengalaman menyeronokkan sekiranya menginap di sini. Selamat bercuti!