Pada cuti hujung minggu atau cuti sekolah, meluangkan masa bermandi manda bersama keluarga sememangnya menyeronokkan. Kalau sebut sahaja mandi kolam pasti kita terbayangkan taman tema dan kolam renang di hotel bukan? Nah, jika anda berada di JB, terdapat beberapa kolam renang yang dibuka kepada orang awam.
Theme park di Johor ni memang banyak. Walau bagaimanapun tiket masuk taman tema air di Johor ini agak mahal. Untuk mereka yang berkeluarga besar, memanglah tidak mampu kerana bayaran masuk sahaja mencecah sekitar RM100.
Ada juga yang memilih untuk menginap di homestay di Johor ada swimming pool. Bagus juga idea ini kan?
Cuaca sekarang ini cukup panas. Kalau dapat berendam di dalam kedinginan air kolam memang syok.
Jadi dalam artikel ini kami akan senaraikan beberapa buah swimming pool di di Johor Bahru yang boleh anda tuju. Senarai di bawah berserta dengan lokasi, waktu operasi, serta harga tiket yang dikenakan.
Tun Aminah Swimming Pool |
Khas untuk orang awam bermandi-manda. Terdapat kolam renang bersaiz besar serta cetek yang mesra kanak-kanak. Untuk mandi di sini, pastikan anda memakai pakaian mandi yang sesuai ya?
Maknanya tak boleh pakai tshirt.
Harga tiket: Dewasa RM5 | Kanak-kanak RM3
Waktu operasi: 9 am – 9 pm | Tutup JUMAAT Lokasi: Google Maps |
Forest City Waterpark |
Forest City Swimming Pool merupakan kolam renang awam di Johor Bahru yang sentiasa mendapat perhatian warga JB. Ini kerana kawasannya yang luas, mesra kanak-kanak dan fasilitinya yang bertaraf antarabangsa. Ada juga kolam yang dalam untuk dewasa tau.
Terdapat 4 buah kolam renang yang disediakan termasuklah infinity pool. Best kan?
Ia juga terletak betul betul di tepi pantai, jadi pemandangan di sini memang mengagumkan. Tidak hairanlah mengapa warga Johor suka sangat beriadah di sini.
Malah harga tiketnya juga amat berpatutan buat orang awam. Anda akan mendapat diskaun sekiranya menginap di Forest City Marina Hotel.
Harga tiket: Dewasa RM20 | Kanak-kanak RM20
Harga bilik Forest City Marina Hotel: dari RM324 Lokasi: Google Maps |
Kompleks Mutiara Johor Land |
Swimming di Johor Bahru yang seterusnya adalah Kompleks Mutiara Johor Land, yang terletak di Taman Bukit Mutiara.
Mereka juga mengenakan syarat di mana pengunjung haruslah memakai pakaian renang yang sesuai. Tidak kira lelaki mahupun wanita.
Pengunjung juga digalakkan memakai cap atau topi renang. Ini kerana klorin boleh merosakkan rambut serta bimbang rambut yang gugur boleh menyebabkan filter tersumbat.
Sekiranya anda mendaftar, tunjukkan kad ahli setiap untuk mendapatkan harga istimewa.
Dua buah kolam disediakan iaitu untuk dewasa dan kanak-kanak.
Harga tiket: Dewasa RM10 | Kanak-kanak 7
Lokasi: Google Maps |
Horizon Hills Golf & Country Club |
Kalau dapat mandi di swimming pool Horizon Hills Golf & Country Club memang puas hati kerana kolam-kolamnya luas serta landskapnya cukup indah.
Kolam renang di sini dikelilingi padang golf yang menghijau. Sambil bermandi manda, jangan lepaskan peluang untuk bersantai di tepi kolam. Berehat dan menjamu selera juga di cafe yang disediakan.
Bayaran masuk di sini agak mahal berbanding kolam renang awam lain. Bagaimanapun ia sangat berbaloi kemudahannya lengkap, bersih, dan cantik.
Harga tiket: RM20 ( 5 tahun dan ke atas)
Waktu operasi: 7 am – 10 pm| tutup pada Isnin Lokasi: Google Maps |
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Swimming Pool |
Kolam renang milik UTM juga dibuka kepada orang ramai. Cuma anda diminta untuk tidak menganggu mereka yang sedang mengikuti kelas renang atau latihan. Kemudahan di sini semuanya lengkap seperti biik persalinan, tempat mandi. Surau, loker, dan lain-lain.
Harga tiket
Waktu operasi: 9 am – 12.30 , 3.30pm – 6.30pm Lokasi: Google Maps |
Daiman Johor jaya Sports Complex |
Merupakan sebuah kompleks sukan dan riadah untuk kegunaan orang ramai. Swimming pool Johor Jaya ini turut menjadi kegemaran warga JB kerana kolam renangnya luas dan bersaiz Olimpik. Ia dapat menampung jumlah pengunjung yang ramai terutama pada hujung minggu.
Daiman Johor Jaya turut menawarkan kemudahan gelanggang badminton, gimnasium, ping pong, dan bilik sauna.
Harga tiket: 8 am – 1 pm (RM10) | 2 pm – 9 pm (RM12) | kanak kanak bawah 4 kaki RM7
Lokasi: Google Maps |
IOI Pal Villa Putra Sports Complex |
Merupakan sebahagian daripada penginapan jenis kondominium Palm Villa. Selain kondominium, Palm Villa turut menyediakan kemudahan pelbagai sukan outdoor.
Ini adalah salah satu langkah untuk menggalakkan orang awam bersenam dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Antara kemudahan yang disediakan adalah:
- Gelanggang tenis, badminton, bola tampar, bola jaring,
- Kolam renang
- Taman permainan
- Sauna
- Padang Golf
- Resort
Harga tiket untuk kolam renang agak mahal, tetapi berbaloi kerana terdapat 4 buah kolam luas dan berkualiti. Kalau nak jimat, anda boleh ambil pakej combo. Boleh rujuk gambar di atas.
Harga tiket: Pakej combo RM60 (2 dewasa, 3 kanak-kanak)
Waktu operasi: 7 am – 7 pm Lokasi: Google Maps |
Permas Jaya Sports Complex |
Public swimming pool Johor yang seterusnya adalah Permas Jaya Sports Complex. Mendapat rating yang amat baik di Google Review. Merupakan sebuah kompleks sukan dan rekreasi untuk kegunaan orang ramai. Terletak di masai yang cuma 30 minit sahaja dari JB
Apa yang menarik tentang Permas Jaya Sports Complex adalah mereka antara yang menawarkan bayaran masuk termurah iaitu RM12 untuk kanak-kanak. Bolehlah bawa anda berendam pada waktu petang.
Kemudahan yang ada di sini merangkumi kolam renang, ping pong, badminton, skuash, bola tampar, dan tenis. Harga sewaa amat berpatutan and highly recommended.
Harga tiket:
Waktu operasi: 8 am – 8 pm Lokasi: Google Maps |
Legoland Waterpark Malaysia |
Taman tema air yang diinspirasikan daripada permainan blok popular, Lego! Bertaraf antarabangsa, berkualiti, dan segenap inci taman tema ini membuatkan anda seolah berada di dalam dunia fantasi Lego.
Waterpark yang memang best. Terdapat pelbagai jenis kolam renang seperti pantai buatan, taman permainan dalam kolam, dan aneka jenis golongsor yang mencabar adrenalin.
Antara tarikan menarik di sini adalah:
- Wave Pool
- Beach Blaster
- Built a Raft
- Duplo Splash Safari
- Joker Soaker
- Lego Slide Racer
Ada lebih 20 jenis rides untuk anda nikmati. Memang berbaloi kerana anda boleh berseronok berjam-jam lamanya sehingga premis tutup. Jangan lupa pakai sunscreen ya?
Terdapat restoran untuk anda menjamu selera, harga masih munasabah dan berbaloi. Ini kerana anda tidak dibenarkan bawa masuk makanan dari luar.
Untuk tiket yang lebih murah dan tak payah beratur, kami sarankan anda tempah di KLOOK.
Harga tiket: Dewasa: RM133 | Kanak-kanak RM110 | BELI DI – KLOOK
Waktu operasi: 10 am – 6 pm (tutup pada Selasa) Lokasi: Google Maps |
Austin Heights Water & Adventure Park |
Tempat mandi di Johor seterusnya adalah di Austin Heights Water & Adventure Park yang terletak di Taman Mount Austin.
Terdapat 3 buah kolam utama di sini iaitu pantai dengan ombak buatan, taman permainan dalam kolam renang, dan beberapa buah gelongsor yang mencabar adrenaline.
Sesuai untuk semua peringkat usia. Malah, harganya juga amat berpatutan. Waterpark ini juga tak benarkan anda bawa masuk makanan dari luar. Khabarnya nasi lemak di sini sedap.
Selain itu anda juga boleh menginap di sini dan tetamu hotel bakal menikmati potongan harga untuk masuk ke waterpark.
Harga tiket: RM45
Tempah bilik hotel: dari RM206 (Tempah di – KLOOK) Lokasi: Google Maps |
Adventure Waterpark Desaru Coast |
Terletak kira-kira 1 jam pemanduan dari Johor Bahru. Cukup berbaloi kerana anda boleh temui segala macam keseronokkan di sini. Banyak rides, kolam luas, ada pantai buatan terbesar di Asia Tenggara, 13 jenis gelongsor yang mencabar adrenaline, dan banyak lagi.
Anak-anak kecil pasti gembira kerana terdapat sebuah taman permainan dalam kolam yang besar buat mereka.
Selain taman tema air, Adventure Waterpark Desaru Coast turut memiliki tarikan lain seperti:
- Desaru Fruit Farm – menaiki ATV sambil menikmati pemandangan dusun buah-buahan.
- Petting zoo – Berpeluang untuk melihat unta, ular, buaya, arnab, dan lain-lain.
- Cruise ke Singapura
Kami sarankan anda tempah tiket di Klook untuk harga yang lebih murah.
Harga tiket: Dewasa & Kanak-kanak RM68 | Beli di – KLOOK
Waktu operasi: 10 am – 6 pm | tutup pada Selasa Lokasi: Google Maps |
La Stella Water Theme Park |
Anda tak ada bajet besar untuk ke Legoland Waterpark? Nah, anda masih lagi boleh mandi-manda di La Stella Water Thema Park. Harga masuk lebih rendah, kolam renang yang luas, banyak kemudahan, dan landskap yang menawan.
Sesuai untuk semua golongan, luas, dan boleh tampung pengunjung yang ramai pada hujung minggu. Disamping kolam renang, La Stella turut menyediakan pelbagai jenis kemudahan untuk mereka yang ingin meraikan hari keluarga, sukaneka, dan team building.
Hubungi 07-5588111 untuk maklumat lanjut.
Terdapat 5 tarikan utama di taman tema air ini iaitu:
- Main swimming pool
- Kid’s Play Swimming Pool – Taman permainan dalam kolam
- Giant Water Slider – Gelongsor untuk dewasa, lebih tinggi dan kolam agak dalam.
- Kid’s Water Slider – Gelongsor untuk kanak-kanak, lebih selamat dan luas.
- Event space
Harga tiket: Dewasa RM15 | Kanak-kanak RM10
Waktu operasi: 12 pm – 6 pm | tutup pada Isnin Lokasi: Google Maps |
Water Park Gunung Lambak Kluang Johor |
Bermandi-manda sambil dikelilingi pemandangan bukit bukau yang menghijau. Taman tema air ini terletak Gunung Lambak, Kluang Johor.
Baca: Air Terjun di Johor
Kalau anda lihat gambar yang kami kongsikan di atas, lokasi ini penuh dengan keseronokkan untuk mereka yang nak main air. Ada gelongsor, kayak, taman permainan, dan kolam yang luas untuk semua golongan.
Kalau tak mahu mandi, anda boleh brisk walk, piknik, atau hiking. Ada beberapa buah gerai yang menjual snek dan air untuk anda menjamu selera.
Harga tiket: RM5 | Warga emas, OKU, bawah 3 tahun PERCUMA
Lokasi: Google Maps |
Lata Seri Pulai |
Banyak betul tempat mandi di Johor ni kan? Lokasi seterusnya adalah di Pekan Nanas. Mendapat rating yang baik di laman Google Review. Kolam renangnya amat luas dan hadir bersama gelongsor.
Ibu bapa usah khuatir kerana ia mesra kanak-kanak, malah ada juga kolam untuk dewasa. Anda bebas berkelah di tepi kolam. Namun tak ada gerai menjual makanan dan snek. Anda kena bawa sendiri dan diminta menjaga kebersihan kawasan.
Oh ya, harga tiket memang murah. Tapi untuk lebih jimat anda boleh bawa pelampung sendiri.
Harga tiket: Dewasa RM15 | Kanak-kanak RM10 | Parking RM2
Lokasi: Google Maps |
Banyakkan swimming pool di Johor Bahru yang dibuka untuk orang awam? Jangan lepaskan peluang kerana aktiviti mandi manda ini bukan sahaja boleh mengeratkan hubungan silaturahim tetapi juga bagus untuk kecergasan.