Johor, Tempat Menarik

12 Taman Tema Air di Johor : Best dan Berpatutan!

Untuk yang suka berendam, kami nak cadangkan beberapa tempat mandi di Johor yang boleh and terjah hujung minggu ini bersama keluarga dan rakan!

Kalau nak tahu Johor memang banyak pilihan water park. Ada yang bertaraf antarabagsa seperti Legoland hinggalah yang mesra poket.

Memang syok kalau dapat mandi-manda terutama dengan cuaca panas terik di Malaysia ni.

Legoland Water Park Malaysia

taman tema air di johor

Legoland bukan hanya untuk kanak-kanak tau! Sesuai untuk semua golongan sebab banyak slide & gelongsor yang mencabar.

Tempat menarik di Johor ini memenuhi imaginasi kanak-kanak dalam masa yang sama menimbulkan keseronokkan pada golongan dewasa.

Antara permainan yang ada di Legoland Water Park adalah:

  • Beach Grill
  • Beach Blaster
  • Built-A-Raft
  • Duplo Splash Safari
  • Joker Soaker
  • Lego Slide Racer

Anda boleh beli tiket di KLOOK untuk dapatkan harga diskaun & tak payah beratur.

Waktu Operasi: 10 am – 6 pm | tutup pada Selasa

Harga tiket: Dewasa RM144 | Kanak-kanak Rm120 | Beli di –Β  KLOOK

Lokasi: Google Maps

Austin Heights & Adventure Park

Terletak di Taman Mount, Austin Heights & Adventure Park juga salah satu tempat menarik di Johor Bahru yang sentiasa mendapat perhatian golongan muda.

Selain water park, mereka juga sediakan kawasan riadah Adventure Park yang meliputi:

  • Laluan berhalangan (51 halangan mencabar)
  • Flying fox
  • Taman permainan
  • Mini go cart

Terdapat 51 jenis halangan yang perlu anda lalui untuk sampai ke garisan penamat. Selain itu mini go-cart juga disediakan untuk anda berlumba bersama rakan-rakan.

Harga tiket: Dewasa RM88 | Kanak-kanak RM78

Waktu operasi: 10 am – 6 pm

La Stella Water Theme Park

La Stella Water Theme Park merupakan taman tema air di Kempas, Johor. Ini kerana landskap indahnya membuatkan anda seolah-olah berada di dalam sebuah pulau.

  • Kolam renang kanak-kanak & dewasa.
  • Pantai buatan.
  • Taman permainan.

Walaupun ia adalah taman tema air mini, keluasan dan permainan di dalamnya cukup untuk memberikan keseronokkan untuk anda sekeluarga.

Harga tiket: Dewasa RM20 | Kanak-kanak RM11

Waktu operasi: 8 am – 6 pm

Air Terjun Kota Tinggi

Air terjun Kota Tinggi ini bukanlah taman tema. Tetapi auranya memang lain dari yang lain.

Air terjun di Johor yang paling popular ini sempurna dari segala aspek. Kawasannya luas dan bertingkat. Setiap tingkat pula mempunyai kedalaman air yang berbeza.

  • Kawasan luas, boleh tampung pengunjung yang ramai.
  • Mesra kanak-kanak & warga emas.
  • Gelongsor.
  • Boleh sewa pelampung.
Harga tiket:

Dewasa RM5 | Kanak kanak RM3 | Kereta RM3.20 | Motosikal RM1.05

Dinosaur Alive Water Park KSL Resort

Ramai yang masih tidak tahu akan kewujudan taman tema ini. Ia adalah sebahagian daripada KSL Resort. Apa yang membezakan taman tema air ini dengan yang lain adalah kerana ina bertemakan dinosaur.

Kalau anak-anak suka akan dinosaur memang sesuai sangat bawa mereka ke sini. Banyak replika, permainan, dan gelongsor yang diilhamkan dari haiwan zaman purba itu.

Yang paling mencuri perhatian adalah replika dinosaur jenis Brachiosaurus yang berleher panjang. Cukup pesar dan tampak realistik.

Adventure Park Desaru Coast

Tempat mandi di Johor ini sesuai untuk semua golongan tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa. Pelbagai jenis tarikan menarik yang ada di sini, antaranya:

  • Tidal Wave Beach
  • Kids Ahoy
  • Reptide
  • Kraken’s Revenge
  • Surf Wall
  • Wild Whirl Swinging Ship
Harga tiket: Dewasa RM90 & Kanak kanak – RM75Β  | Beli tiket DI – KLOOK

Lokasi: Google Maps

Forest City Water Park

Taman tema air di Johor yang seterusnya adalah Forest City Water Park yang baru beberapa tahun beroperasi.

Terdapat 4 buah kolam renang yang besar termasuklah untuk kanak-kanak dan dewasa. Siang dengan gelongsor serta taman permainan dalam kolam.

  • Bertaraf antarabangsa
  • Terletak di tepi pantai
  • Sesuai untuk semua golongan

 

Harga tiket: Dewasa RM20 | Kanak-kanak RM20

Harga bilik Forest City Marina Hotel: RM295 (Tempah DI SINI)

IOI Palm Villa Putra

Taman tema air ini merupakan sebahagian dari pada kondominium Palm Villa. Namun, kolam renangnya ia dibuka kepada orang awam dengan bayaran yang masih munasabah.

Selain swimming pool banyak lagi kemudahan outdoor lain yang tersedia seperti:

  • Gelangggang tenis, badminton, bola jaring
  • Sauna
  • Padang golf
  • Resort
Harga tiket: Pakej combo RM60 (2 dewasa 2 kanak-kanak)

Waktu operasi: 7 am – 7 pm

Gunung Lambak Water Park

Salah satu tempat menarik di Kluang, iaitu sekitar 1 jam 30 minit pemanduan dari JB.

Dengan tiket RM5, pengunjung boleh menikmati kolam renang yang dikeliling pokok merimbun dan bukit bukau yang menghijau.

  • Harga tiket berpatutan
  • Gazebo
  • Taman permainan
  • Kolam renang luas
  • Berkelah, berkhemah
  • Berbasikal & brisk walk
Harga tiket: RM5 | Warga emas, OKU, bawah 3 tahun PERCUMA

Waktu operasi: 10 am – 6 pm

HS Farm Stay

Kalau tengah cari taman tema air Muar, boleh bawa anak-anak ke HS Farm Stay yang terletak di Jalan Kesang.Β 

Merupakan sebuah kawasan peranginan dan rekreasi menempatkan beberapa unit homestay indah untuk percutian hujung minggu.

  • Mini theme park
  • Harga tiket murah
  • Kolam renang indoor & outdoor
  • Berkuda
  • Mini zoo
  • Memancing

Nak menginap pun boleh, ia cuma dariΒ  RM120 semalam. Tempah bilik – DI SINI.

Harga tiket waterpark: Dewasa RM18 | Kanak-kanak RM13

Lokasi: Google Maps

Taman tema air di Kuala Lumpur

  • KLCC Playground and Water Park
  • Sunway Lagoon (Selangor) – 22 minit dari KL
  • Wet World Water Park Shah Alam (Selangor) – 25 minit dari KL

Taman tema air di Kedah

  • The Carnivall Waterpark
  • The Splash
  • Darul Aman Park

FAQs:

Taman tema air di Batu Pahat?

  • Dahulunya terdapat Wet World Batu Pahat di Kampung Batu Pasir. Tapi ia telah ditutup sewaktu wabak Covid melanda.

Banyakkan taman tema air di Johor? Kalah KL dan Selangor. Heee! Kalau anda sedang merancang percutian bersama keluarga di Johor, boleh pilih salah satu water park yang admin recommend di atas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *