Taman Tema Genting Highlands merupakan antara destinasi pelancongan yang paling popular di Malaysia. Berdasarkan statistic yang dikeluarkan oleh TourismPahang untuk purata tahun 2016, 2017, dan 2018. Kira kira dari 6 hingga 8 juta juga jumlah pelawat yang ke Genting Highlands dalam setahun.
Pihak kerajaan Malaysia telah pun membenarkan sektor pelancongan dibuka dan kita semua sudah diberi kebebasan untuk rentas negeri sejak pandemik. Maka kunjungan pelancong ke Genting Highlands semakin meningkat. Tambahan pula outdoor theme park atau Taman Tema Genting SkyWorlds akhirnya dibuka pada 8 Februari 2022 lalu.
Genting SkyWorlds Theme Park
Dengan keluasan 26 ekar di ketinggian 6,000 kaki dari aras laut, Taman Tema Genting SkyWorlds bakal membawa para pengunjung mengembara ke sembilan βduniaβ yang diinspirasikan oleh filem popular terbitan Fox seperti Epic, Robots, Ice Age, Night At The Museum, Rio, dan banyak lagi.
Nikmati pameran bertemakan pengembaraan, dan juga permainan yang bertaraf antarabangsa.
Antara tarikan yanf ditawarkan adalah:
- Studio Plaza
- Eagle Mountain
- Central Park
- Rio
- Andromeda Base
- Liberty Lane
- Epic
- Robots Rivet Town
- Ice Age
Selain taman tema, anda juga boleh nikmati pelbagai hidangan menari di beberapa buah restoran seperti Five Guys, membeli belah, dan banyak lagi tarikan menyeronokkan dalam cuaca dingin.
Harga tiket Taman Tema Genting Skyworlds
Harga tiket adalah RM189, tetapi sekarang Genting SkyWorlds menawarkan diskaun 20 peratus daripada kadar yang disiarkan untuk tempahan mulai 8 Feb hingga 31 Mac 2022. Harga tiket sekarang adalah RM151 dan RM128 untuk kanak-kanak.
Boleh tempah tiket di – Klook.com
Cara Nak ke Genting Highlands
Kenderaan Sendiri
Kalau nak gerak dengan kenderaan sendiri boleh follow Google Map atau pun Wave ya. Kami lebih prefer Google Map. Anda boleh decide untuk terus drive sampai ke atas atau pun macam kami pergi baru baru ni, hanya perlu parking di bawah (Awana Skyway) dan naik Cable Car sahaja.
Terus Menuju Ke Awana Genting Skyway
Untuk naik kereta cable ada 2 station yang sepatutnya boleh naik. Iaitu Awana Skyway dan juga Genting Skyway.
Tapi Genting Skyway ni sudah tutup dan hanya buka Awana Skyway sahaja.
Location Awana Skyway
Untuk tempahan tiket Cable Car dari kaunter Awana Skyway, anda perlu beratur. Agak panjang terutaman pada hujung minggu dan cuti sekolah. Kami galakkan anda beli tiket secara online di Klook.com.
RM10 sahaja. Beli di – Klook.com
Dan Kalau Anda Naik Bas Ekspress
Boleh berhenti di bawah Awana Skyway juga, sebab disediakan perhentian bas di sana.
Kenapa Genting Skyway TUTUP?
Seperti yang saya katakan tadi, untuk perkhidmatan kereta cable ke puncak genting ada dua:
- Genting Skyway
- Awana Skyway
Awana Skyway ni sudah upgrade dan lebih baik kemudahannya dengan Genting Skyway. Genting Skyway hanya menempatkan station cable car sahaja, tapi Awana Skyway siap ada shopping complex lagi.
Ruangan parking kenderaan pun lebih selamat.
View dari ruang atas ( bumbung ) Shopping Complex Awana ini pun cantik sebab betul betul menghadap pergunungan. Banding dengan Genting Skyway yang seakan bangunan lama yang usang sahaja.
So kita faham lah, kenapa pihak pengurusan Genting sendiri focus pada Awana Skyway sahaja, untuk majukan juga pernigaan perniagaan di Shopping Complex Awana yang disewakan mereka.
Naik bas ke Genting Highlands
Dan untuk perkhidmatan bas yang available dan harga. Anda boleh rujuk RedBus di artikel, cara tempah tiket bas ke Genting Highlands menggunakan RedBus
Skytropolis Indoor Theme Park Ticket in Genting Highlands
Indoor theme park memang sudah terkenal di kalangan pelancong. Terdaapat pelbagai permainan dan keseronokkan yang ditawarkan. Sesuai untuk semua peringkat umur, Skytropolis menyediakan lebih 20 jenis permainan dan tarikan untuk pelancong.
Jika anda perhatikan, ia seolah olah membawa penonton ke beberapa negara dalam satu bangunan. Ia dapat dilihat melalui jenis permainan yang disediakan seperti:
- Carousel
- Tour de Paris
- Ferris Wheel
- Venice Gondola
- Monorail
- Reindeer Cruiser
- Euro Express
- Genting Sky Venture
Harga Tiket Taman Tema Genting Skytropolis
Tidaklah mahal sangat. Kalau nak diskaun, boleh beli di KLOOK pada harga RM62 sahaja. Beli – https://bit.ly/3hdwapW
Hotel di Taman Tema Genting
Kalau di Genting ada dua pilihan untuk anda manginap, sama ada di atas atau di bawah.
Saya sendiri lebih selesa menginap di bawah, pergi 2 3 kali pun menginap di bawah sahaja. Di Hotel Seri Malaysia. Dan kalau nak naik atas, hanya perlu menuju ke Awana Skyway dalam 7 minit.
So, saya cadangkan kalau anda memang lebih selesa untuk menginap di bawah, atau pun mungkin hotel yang di atas sana sudah habis boleh jadikan Hotel Seri Malaysia antara pilihan terbaik untuk anda.
Selain daripada Hotel Seri Malaysia, ada beberapa lagi hotel yang OK untuk anda menginap di bawah, antaranya:
- Hotel Seri Malaysia
- Your Hotel
- Awana Hotel
Atau kalau memang nak menginap di atas, antara hotel yang patut anda jadikan pilihan ialah:
- Sudah semestinya First World Hotel
- ThemePark Hotel β rasanya ni hotel yang pertama siap di bina
Untuk yang nak menginap di atas, macam yang saya katakan di awal tadi. Kalau memang nak drive naik kereta ke atas boleh juga, atau pun parking di Awana Skyway naik cable car. So beg beg yang di bawa tu faham faham lah ya, jangan semua nak diangkut, baldi baldi semua simpan.
Apa apa pun, selamat datang ke Taman Tema Genting Highlands, semoga review dan perkongsikan kami dari TeamTravel ini sedikit sebanyak mampu memudahkan perjalanan anda.
Sekiranya terdapat soalan atau cadangan, boleh kongsikan dalam ruangan komen di bawah.
60 Replies to Taman Tema Genting Highland
Salam.. dgr kata sekrng dh bukak outdoor… Hrga brp ye.. pakej semua niπoutdoor dn indoor.. thank you in advance
slm nk tya klaw naik cable car tu berhenti satu tempat pastu naik balik kena beli tiket baru ker ataw boleh trus naik
Wasalam. apa maksud ya dengan soalan ni. hehe.
kalau dah beli, memang naik sampai ke atas jer.
Kalau beli tiket online dengan harga rm60 tu termasuk semua permainan ke? Macam mana kalau dah bayar rm60 tu tapi nnti dkt sane ade permainan yg tak dapat pengunjung main?
Salam.. tak semua.. antara yang tak termasuk ialah:
Food and beverages
The VOID
SnowWorld
SeniKome Peng Heng
BigTop Video Games Park
Other activities that will incur extra charges
Meals and beverages
Other personal expenses
OK?
Hello ..theme park outdoor sekarang dah buLey masukπ³ ?
belum lagi
saya dah call kan untuk cik nara. outdoor tak siap pun lagi. indoor sahaja
Hello..nak tanya..theme park outdoor sudah boleh masuk???
belum siap lagi..
hi untuk bdk kecik 1yr sesuai x utk main indoor?
salam, en fauzi, ada je jenis mainan untuk budak, category child friendly.
di artikel ini,
cuba cari ayat macam di bawah ni.
https://www.teamtravel.my/harga-cable-car-genting-highlands/
Banyak, ada 3 jenis utama:
child-friendly
family-friendly
and thrill seekerrides
dan Klik child friendly tu dalam artikel tu nanti, ada ditunjukan nama mainan untuk kanak kanak nya
eh maaf, 1 year old ya. kecik sangat tu, saya tak pasti pula. atau kalau ada mainan yang bapak sekali boleh naik π
kalau pakej all past berapa yer untuk tahun 2019
kalau untuk indoor tu, hanya RM 60 sahja untuk kebanyakan indoor games. itu ada beberapa game yang tak boleh main. kalau nak betul betul main semua, memang terpaksa beli manual di sana.
Saya cadangkan, beli sahaja ticket indoor game RM 60 ni dahulu untuk main dr kebanyakan games yang available untuk 60 ni.. Beli di KlooK
dan nanti bila sampai sana baru beli games yang tak termasuk, seperti :
Food and beverages
The VOID
SnowWorld
SeniKome Peng Heng
BigTop Video Games Park
Other activities that will incur extra charges
Meals and beverages
Other personal expenses
OK?
Hi.. harga tiket indoor theme park berapa? Semua game indoor boleh main ke?
Salam Mohd, kalau beli Online di ikut pada artikel yang kami kongsikan di bawah ni,
https://www.teamtravel.my/harga-cable-car-genting-highlands/
hanya RM 60 ringgit sahaja. memang banyak juga game yang boleh main. boleh tengok sendiri list yang RM 60 ni tak termasuk ya dalam artikel tu
hi, if kite nak beli tiket indoor, kena beli online sahaja or bole beli di kaunter?
salam fifi, dua dua pun boleh.
paling untung beli online RM 60 sahaja boleh main kebanyakan daripada semua game yang ada di Indoor Area.
boleh rujuk artikel di bawah untuk pembelian nya.
dan juga tiket cable car juga
https://www.teamtravel.my/harga-cable-car-genting-highlands/
Hi…blh x sy nk tanye klu indoor theme park kena beli tiket utk nk main game n klu kita bawa senior citizen yg x main pape di indoor theme park..kena.bayar juga ke..just duduk di coffee house..?
Salam Ziana, kalau nak bayar baru main. Kalau nak tengok tengok gitu tiada masalah..
Salam sis,,Nak tnye klau sy nk bli tiket indoor n skyway slain bli di genting…Area gombak atau kl ada kaunter yg buka utk bli tiket x?…Nk jimat masa kt skyway tu xperlu bli tiket lgi dh..
salam tasya..
kenapa tak beli online sahaja, lebih mudah kan.. https://www.teamtravel.my/harga-cable-car-genting-highlands/
Hai. Outdoor Theme Park masih ditutup ke buat masa sekarang (pertengahan Disember 2018) ? Boleh kongsi harga tiket Skyway dan Taman Tema ? Thank You
Hi Atin, Outdoor masih belum dibuka dan pihak Genting masih belum memaklumkan tarikhnya.
Harga Skyway:
Standard – RM8
Express – RM40
Gondola berkaca – RM50
Dan harga taman tema Atin boleh rujuk dalam artikel ini. Tq.
Salam…nk tanye..skrg indoor dan snow world broperasi ke tak?
Hi, indoor dan snow world beroperasi seperti biasa
Hii
Bulan 2 2019 untuk tema permainan
Outdoor sudah boleh buka ta
Puan boleh subscribe newsletter kami untuk perkembangan terkini.
Pls email me latest info regarding the theme park
Puan boleh subscribe newsletter kami untuk perkembangan terkini.
Assalamualaikum, harga ticket indoor theme park termasuk sekali dgn snow house ke?
Hi, harga tiket indoor tidak termasuk dengan Snow World
Maaf nak tanya. Boleh tak share cara-cara untuk pergi genting highlands ni dari kuala lumpur? kos utk transport dan facilities?
terima kasih kerana singgah ke website kami. Akan kami usahakan artikel tersebut di masa akan datang.
Maaf nak tanya. Boleh tak share cara-cara untuk pergi genting highlands ni dari kuala lumpur? kos utk transport dan facilities?
Bila outdoor akan dibuka?
nanti kami inform Naimah, ada juga kami call, tapi staff diorang sendiri tak nak bagi jawapan bila.
Hi..indoor theme park yg under renivation sudah beroperasi ke
Hi Saraswathi, ia bakal dibuka pada hujung tahun ini.. Tq.
Assalamualaikum nk tnye pekej skali tiket theme park hotel dgn mknπππ
Hi Yatt, harga tiket tidak termasuk hotel dan makan. tq
tak sabar nak naik genting..agak2 bila la yae open..nak naik sana..lama sgt dah tak kesana..tutup lama sgt..π
Ramai yang tak sabar untk lihat outdoor park kembali beroperasi. untuk ketahui info terkini, sila subscribe newsletter kami..
Encik, outdoor park da buka ka belum?
Salam, outdoor park masih belum dibuka. Puan boleh subscribe email kami untuk mengetahui perkembangan terkini Taman Tema Genting Highland.
Hi Azielah, outdoor park masih belum di buka
Snow park tu termasuk indoor ke?
yes
indoor dah buka atau undermaintenance?
belum buka lagi Faiz, Faiz subsribe email atas tu, nanti kami akan update
tiket indoor tu tuk semua permainan ke
ya, itu adalah harga utk semua permainan indoor
ohh dh buka ka indoor? alhamdulillah ujung bulan ni blh lah pi..mcm mn nk beli tiket indoor online,beli dlm talian murah berbanding walk in
Salam Amir, kami minta amir untuk subscribe opt in form di atas itu ya, nanti kami akan update bila dan caranya..
Harga tuk All pass berapa
Hi, buat masa sekarang tiket all pass tidak available sebab kawasan outdoor ditutup. Kami akan kemaskini artikel ini as soon as kawasan outdoor di buka kelak. Tq
Sya bercdg nak bawa pelajar ke sana… Cdgn yg paling murah sekurang2nya dpt naik kabel car dan indoor
Indoor tu harga terkini ke
Ya, itu adalah harga terkini