Air Terjun Telaga Tujuh Langkawi adalah salah satu destinasi pelancongan yang wajib anda kunjungin sekiranya bercuti di permata negeri Kedah ini. Lokasi ini menarik perhatian pelancong baik dari dalam mahupun luar negara dek kerana keindahan alam semula jadinya yang mempersonakan.
Apakah aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di Telaga Tujuh Langkawi ini? Teruskan membaca artikel ini.
Terletak di Gunung Mat Cincang, Telaga Tujuh mendapat namanya dari terbentuknya tujuh mata air secara bertingkat dan kemudianya mengalirkan air terjun. Ketujuh-tujuh mata air ini bersambung antara satu sama lain lalu menghasilkan tujuh buah kolam semula jadi.
Menurut mitos, Telaga Tujuh merupakan tempat tinggal bunian atau ‘faries’. Mungkin itu cuma andaian orang zaman dahulu kerana melihat keindahan flora dan air yang mengalir membuatkan tempat ini benar-benar magis.
Oleh kerana Telaga Tujuh merupakan air terjun bertingkat, setiap tingkat mempunyai keistimewaan tersendiri dan menawarkan pemandangan yang berbeza.
Kawasan Air Terjun Telaga Tujuh ini cukup luas dan mampu menampung jumlah pengujung yang ramai.
Lokasi
Bagi mereka yang tertanya tanya di manakan lokasinya, ia terletak berdekatan Pantai Kok. Juga tidak jauh dari Oriental Village yang terletaknya kereta kabel Langkawi.
Air terjun bertingkat
Telaga Pertama paling banyak menerima kunjungan kerana ia paling rendah berbanding yang lain. Walau bagaimanapun, anda perlu menaiki 600 anak tangga dari tempat letak kereta untuk ke Telaga Pertama.
Usah risau, anak tangga yang disediakan mesra pengunjung dan mampu didaki oleh semua peringkat usia.
Pendek kata, memang tak rugi mendaki. Bukan sahaja boleh bermandi manda bahkan dapat menyaksikan panorama yang memukau. Tidak hairanlah ramai yang mengatakan air terjun Langkawi ini indah. Masing-masing ingin menghabiskan cuti hujung minggu di Telaga Tujuh ini.
Pemandangan mengasyikkan
Terdapat dua cara untuk melihat keindahan air terjun Telaga Tujuh. Buat mereka yang tidak sanggup mendaki dan hanya ingin melihat air terjun, anda boleh menggunakan anak tangga dan denai yang telah disediakan.
Tetapi untuk menyaksikan panorama yang benar-benar memukau anda perlu mendaki setinggi 480 meter menggunakan anak tangga. Agak mencabar untuk warga emas tetapi banyak hentian seperti wakaf disediakan.
Di puncak, anda bakal dijamu dengan pemandangan flora dan fauna persekitaran Gunung Mat Cincang termasuklah memerhati burung.
Antara yang boleh anda saksikan di sini adalah monyet yang agak mesra dengan pelancong. Namun hati-hati sekiranya anda membawa makanan. Jangan lepaskan peluang untuk bergambar dengan pokok-pokok tinggi yang berusia lebih seratus tahun.
Aktiviti menarik di Telaga Tujuh
- Mandi manda
- Berkelah
- Jungle trekking
- Menikmati pemandangan indah
- Beristirehat
- Bergambar kenangan
- Aktiviti mandi manda yang menyeronokkan
Bermandi-manda dalam kedinginan air bukit sememangnya sangat mengujakan. Kawasannya luas dan anda tidak perlu mandi ditempat orang ramai. Untuk kanak-kanak, banyak kolam semula jadi dan anak sungai yang cetek buat mereka.
Walau bagaimanapun, hati-hati akan batu-batu besar yang licin dan kawasan air dalam.
Kemudahan di Telaga Tujuh
- Wakaf
- Tandas
- Tempat persalinan
- Kedai runcit
- Anak tangga
- Laluan pejalan kaki
- Pagar keselamatan
Harga tiket Telaga Tujuh Langkawi : Percuma
Harga parking: Kereta RM2 | Motosikal RM1
Telaga Tujuh Langkawi opening hours: 9 am – 7 pm
Alamat: Jalan Telaga Tujuh 07000 Langkawi, Kedah
Menghabiskan masa di Telaga Tujuh Langkawi akan merakam memori indah bersama keluarga dan rakan. Mana tidaknya anda bukan sahaja dapat bermandi mandi dalam kedinginan air bukit bahkan dijamu dengan keindahan alam semula jadi yang tiada tolok bandingnya.