Bercadang untuk bercuti di Pulau Pinang? Tapi tidak tahu ke mana yang parlu anda tuju kerana terlampau banyak tempat menarik di Penang yang sesuai untuk seisi keluarga. Well, you have come to the right place. Ini kerana dalam artikel ini kami akan cadangkan beberapa tempat best di Penang.
Pulau Pinang bukan hanya juara dalam bab makanan, tetapi juga dari segi destinaso pelancongan. Negeri ini memiliki segala yang anda mahukan untuk sebuah percutian. Seperti bukit-bukau, pantai, tarikan hiburan, dan tempat makan sedap!
#1 Kedai Jeruk Madu Pak Ali
Buah-buahan yang dijeruk ini sememangnya popular di Malaysia. Tetapi jenama yang paling terkenal dengan keenakkannya adalah Jeruk Madu Pak Ali. Jeruk ini memang sinonim dengan Pulau Pinang.
Jeruk ini menjadi pilihan pelancong untuk dijadikan buah tangan. Pelbagai jenis jeruk yang anda boleh pilih. Apa yang membezakan Jeruk Pak Ali dengan jenama lain adalah ia menggunakan ramuan gula pasir dan cuka epal. Bukannya perisa tiruan yang membahayakan kesihatan.
Selain jeruk anda juga boleh mendapatkan jus buah pala, sabun buah pala, kuah rojak, jeruk kering, dan dodol durian.
Alamat: Lorong Iks Tasek 4, Kawasan Iks Tasek, 14120 Simpang Ampat, Pulau Pinang (Google Maps Location)
#2 Tropical Fruit Farm
Ladang buah-buahan yang terletak kira-kira 800 kaki dari paras laut ini diwujudkan dalam usaha memeliharan buah-buahan tropika. Dalam masa sama Tropical Fruit Farm juga ingin mendidik penduduk tempatan dan pelancong dalam supaya lebih menghargai hasil bumi.
Waktu terbaik untuk ke sini adalah pada musim buah. Dengan sekali bayar anda boleh makan sepuas hati.
Harga tiket: Kanak-kanak 5 – 12 tahun (RM30) | Dewasa (RM40)
Waktu Operasi: 9 am – 5 pm
Alamat: Jalan Teluk Bahang, 11000 George Town, Pulau Pinang (Google Maps Location)
#3 Muzium Perang Pulau Pinang
Muzium Perang yang terletak di Bukit Maung ini dibina untuk memperingati sejarah Malaysia yang pernah dijajah oleh Jepun ketika Perang Dunia Kedua. Bahkan, kedudukan muzium ini juga merupakan pusat operasi tentera British ketika tentera Jepun menyerang Tanah Melayu.
Muzium ini menempatkan pelbagai artifak dan peninggalan Perang Dunia sebenar seperti terowong bawah tanah.Cukup bagus buat anak-anak supaya mereka dapat mempelajari lipatan sejarah negara.
Harga tiket: Dewasa (RM21.20) | Kanak-Kanak (RM10.60)
Waktu operasi: 9 am – 11 pm
Alamat: No Lot 1350, Mukim 12, 11960 Batu Maung, Pulau Pinang, 11960 Batu Maung, Penang (Google Maps Location)
Tempat menarik di Georgetown
#4 Rumah P.Ramlee
Siapa tidak kenal dengan seniman agung, Tan Sri P. Ramlee? Karya hebat beliau tidak pernah lapuk. Masih seronok ditonton hingga ke hari ini. Tapi tahukan anda yang P.Ramlee berasal dari Pulau Pinang?
Anda boleh melawat ke rumah kelahirannya yang terletak di Georgetown. Di sini, anda dapat mempelajari beberapa trivia, latar belakang, jasa, serta pencapaian P. Ramlee sepanjang bergelar anak seni.
Waktu Operasi: 9.30 am – 5 pm
Harga tiket: Percuma
Alamat: Lot 2180, Jalan P. Ramlee, Taman Kampar, 10460 George Town, Pulau Pinang (Google Maps Location)
#5 Penang Street Art
Penang Street Art menempatkan bangunan lama yang masih lagi terpelihara. Manakala dindingnya pula dilukis dengan grafiti yang setiap satu daripadanya mempunyai maksud tersirat.
Ramai pelancong tempatan dan luar negara mengambil peluang untuk bergambar di sini. Menariknya gambar yang anda ambil membuatkan anda seolah-olah berada di dalam dan berinteraksi dengan lukisan tersebut.
Ini merupakan salah satu tempat menarik di Penang yang percuma.
Alamat: 316, Beach St, Georgetown, 10300 George Town, Penang (Google Maps Location)
#6 Masjid Kapitan Keling
Masjid Kapitan Keling boleh dikatakan menarik kerana ia dibina sejak 1801 oleh tentera East India Company yang beragama Islam. Penambahan dan pembesaran masjid telah menjadikan bangunan asal masjid ini tidak dapat dilihat lagi pada hari ini. Apa yang menarik pada masjid ini adalah senibinanya yang menggabungkan unsur Islam India. Jika anda berpeluang ke Georgetown, singgahlah untuk bersolat di sini untuk menambahkan pengalaman.
Alamat: 14, Jalan Buckingham, George Town, George Town, 10200 Pulau Pinang (Google Maps Location)
#7 Penang 3D Trick Art Museum
Kami pasti anda telah familiar dengan seni 3D iaitu lukisan atau seni ilusi. Pada pandangan mata kasar, ia kelihatan seperti lukisan biasa. Tapi ia bertukar ‘hidup’ apabila dilihat dari sudut berbeza.
Di sinilah uniknya seni di Penang 3D Trick Art Museum ini. Anda boleh mengambil gambar seolah olah anda berinteraksi dengan gambar. Dengan teknik tertentu dan sedikit helah, gambar yang dirakam kelihatan begitu menarik
Waktu operasi: 9 am – 6 pm
Harga tiket: Dewasa (RM15) | Kanak-kanak (RM25)
Alamat: 10, Lebuh Penang, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang  (Google Maps Location)
Tempat menarik di Butterworth
#8 Butterworth Art Walk
Tempat besit di Penang yang seterusnya adalah Butterworth Art Walk. Ialebih kurang sama dengan Penang Street Art. Tetapi menempatka lukisan berwarna warni yang cerita tentang sejarah Pulau Pinang secara am nya.
Ekonomi pertanian dan sejarah pertanian Seberang Perai dalam mengeksport gajah adalah antara fakta-fakta menarik yang boleh dipelajari berjalan di lorong kecil di Jalan Bagan Luar.
Anda boleh datang dan bergambar di sini.
Alamat: 1, Lorong Bagan Luar 1, Bagan Luar, 12000 Butterworth, Pulau Pinang (Google Maps Location)
Tempat menarik di Penang waktu malam
#9 The Top Penang
Ini merupakan antara tarikan terbaharu Pulau Pinang. Tetapi The Top adalah aras paling atas yang dibuka kepada orang ramai melihat untuk melihat pemandangan Georgetown.
Antara tarikan yang ada di The Top adalah:
- Jurassic Research Center
- Ocean Explorer
- 7D Discovery Motion Theater
- Restoran & Lounge
Tarikan terkini adalah Rainbow Skywalk iaitu laluan gantung berlantaikan kaca pada ketinggian 244.6 meter dari aras laut. Ini akan menguji tahap adrenaline sama ada anda gayat atau tidak.
Waktu operasi: 11 am – 9 pm
Alamat: 1, Jalan Penang, George Town, 10000 George Town, Pulau Pinang (Google Maps Location)
#10 Pasar Malam Batu Feringgi
Kalau Kuala Lumpur ada Petaling Street, Penang pula memiliki Pasar Malam Batu Feringgi. Ini adalah antara bazar larut malam yang paling ‘happening’ di Pulau Pinang.
Jika anda bercadang untuk membeli pakaian, aksesori, tudung, kain batik, dan seumpamanya dengan harga murah, di sinilah tempatnya.
Waktu operasi: Setiap hari | 6:00pm -12:00am
Alamat: Jalan Pantai Batu, Taman Pantai Batu, 11200 Tanjong Bungah, Pulau Pinang (Google Maps Location)
Tempat menarik di Seberang Perai
#11 Taman Burung Penang
Jika anda berada di kawasan Seberang Perai, rugi jika tidak ke Taman Burung Penang. Terdapat lebih 300 spesis burung dari Asia Tenggara yang anda boleh lihat di sini. Anda boleh melihatnya dengan lebih dekat berikutan burung-burung ini diletakkan di dalam sangkar yang direka sama dengan habitat mereka.
Pada masa sama, terdapat beberapa haiwan reptilia tambahan yang diletakkan di sini untuk tatapan umum.
Harga tiket: Dewasa RM23 | Kanak-kanak RM13
Waktu operasi: 9.30 am – 6.30 pm
Alamat: 13700 Seberang Jaya, Penang  (Google Maps Location)
Pantai di Pulau Pinang
#12 Pantai Batu Feringgi
Pantai Batu Feringgi, salah satu destinasi paling popular di Penang. Selain dapat menyaksikan pemandangan menarik, dan bermandi manda, anda juga boleh bermain sukan air. Antaranya jetski dan parasailing.
Alamat: Pantai Batu Ferringhi, Batu Ferringhi, Pulau Pinang.
#13 Pantai Tanjung Bungah
Panorama Pantai Tanjung Bungah agak berbeza dengan Batu Feringgi. Pantai Tanjung Bungah mempunyai pemandangan bangunan tinggi di atas bukit dan bot nelayan di persisiran pantai. Cukup unik sekali.
#14 Bukit Bendera
Destinasi paling popular Pulau Pinang, Bukit Bendera, tidak pernah lekang dari menerima kunjungan pelancong. Banyak tarikan dan aktiviti menarik yang ada di Bukit Bendera ini. Antara yang paling popular adalah kereta kabel, skydeck, Owl Museum, dan banyak lagi. Akan kami senaraikan satu persatu dalam artikel khusus nanti.
Ramai yang datang ke sini untuk beristirehat bersama yang tersayang. Lagipun, pemandangan dari Bukit Bendera ni cukup mempersonakan.
Bukan main banyak lagi tempat best di Penang yang boleh anda lawati. Anda pasti tidak akan kecewa jika memilih negeri ini sebagai destinasi percutian. Semoga artikel ini membantu anda dalam merancanakan percutian anda kelak.