Tempat Makan

Tempat Makan Best di KL

Kuala Lumpur merupakan salah satu lokasi yang paling kerap dikunjungi pelancong. Sebagai ibu negara Malaysia, banyak tarikan menarik yang boleh ditemui di sini. Walau bagaimanapun, tarikan hiburan dan riadah bukan satu-satunya yang menjadi tumpuan pelancong. Tempat makan juga turut menjadi salah satu faktor kenapa orang ramai gemar ke KL. Tidak dinafikan banyak tempat makan best di KL yang boleh anda temui.

Dari makanan tempatan, western, Jepun, fusion, korea, Thai food, hinggalah makanan dari Timur Tengah.

Kami akan kongsikan beberapa lokasi tempat makan best sekitar KL yang bileh anda terjah. Tempat yang kami suggest ini sering menjadi buah mulut orang ramai.

#1 Nasi Lemak Antarabangsa

Kalau sebut sahaja nasi lemak KL, nama restoran Nasi Lemak Antarabangsa pasti akan muncul di fikiran. Ia merupakan restoran nasi lemak paling terkenal di Kuala Lumpur.

Maka tidak hairanlah jika mereka kini memiliki 4 buah cawangan iaitu di TTDI, Kota Damansara, Kampung Baru dan Bangsar.

Di sini, hidangan asas mereka adalah nasi, sambal bilis, telur rebus, dan timun. Kemudian terpulang pada anda untuk tambah lauk tambahan. Banyak lauk yang disediakan di sini. Boleh rambang mata dibuatnya.

Antaranya adalah paru goreng, sambal sotong, ayam goreng berempah, telur ikan, dan banyak lagi.

Waktu operasi: 12AM–12PM & 6PM–12AM

Alamat: 4, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Google Maps Location)

#2 Restoran ZK

Restoran nasi kandar ini agak terkenal dikalangan warga Kuala Lumpur. Masuk sahaja waktu tengah hari pasti penuh. Ia sama seperti kedai mamak lain.

Ramai yang mengatakan campuran beberapa jenis kuah di sini begitu enak sekali. Ditambah pula dengan pilihan lauknya yang pelbagai.

Anda boleh cuba ayam goreng berempah, sotong goreng kunyit,

Menu popular di sini adalah kari kepala ikan. Kuahnya pekat, dan mempunyai aroma kari yang membangkitkan selera. Hati-hati, pastikan anda bertanyakan harga kari kepala ikan ini dahulu. Kerana harganya boleh mencecah RM60!

Waktu operasi: 11 am – 4 pm

Alamat: 76, Jalan Kampung Attap, Kampung Attap, 50460 Kuala Lumpur (Google Maps Location)

#3 Eye’s Steak Pantai Dalam

Terletak di medan selera Bazaria Pantai, di Pantai Dalam, Eye’s Steak merupakan gerai yang paling meriah. Kenapa? Mereka menyediakan makanan western sedap. Khabarnya, tukang masak di sini pernah berkerja di restoran luar negara.

Pelbagai hidangan barat anda boleh cuba antaranya Fish N Chip & Meatball, Mixed Grill, Lamb, Sizzling Hot Plate, spaghetti, meatballs, dan banyak lagi. Bukan sahaja ia dijual pada harga berpatutan, malah portionnya juga besar. Yang paling popular di sini adalah chicken chopyang berharga RM5.50 sahaja.

Dari jauh restoran ini nampak biasa sahaja tetapi rasa makanannya memang luar biasa. Presentation nya pula bak profesional. Eye’s Steak mempunyai sebuah lagi cawangan di Kinrara, Puchong.

Waktu operasi: 6 pm – 12 am

Alamat: GM05-09 & GM05-10, 2, Jalan Pantai Permai, Pantai Dalam, 59200 Kuala Lumpur (Google Maps Location)

#4 RSMY Best Cheese Nan

Siapa suka roti nan? Siapa suka cheese? Katanya, RSMY ini the best in town. Kalau anda suka kedua duanya, anda patut cuba hidangan Roti Nan Cheese. Kelembutan roti nan dan cheese di dalamnya memang gabungan yang unik.

Paling best bila anda tarik roti dari pinggan, keju mozarella turut tertarik sama. Di sinilah keunikan hidangan ini. Ia dihidangkan dengan mint sauce.

www.taufulou.com

Selain roti nan cheese, RSMY turut menyediakan ayam tandoori dan nasi beryani udang.

Waktu operasi: 11 am – 12 am

Alamat: 11&13, Jalan Medan Tuanku, Medan Tuanku, 50300 Kuala Lumpur (Google Maps Location)

#5 Restoran Nasi Kandar Ibramsha

Restoran Nasi Kandar Ibramsha, sebuah lagi restoran nasi kandar popular di Kuala Lumpur. Terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman.

Aneka kuah kari di sini memang enak. Lebih enak kalau menggabungkan semua jenis kuah dan buat gaya nasi banjir. Kemudian, dimakan pula dengan ayam goreng berempah yang lembut, ikan goreng, dan sayur campur.

Kami cadangkan anda datang awal jika tidak terpaksa lah anda beraturt panjang. Setelah penat membeli belah di Jalan TAR, apa kata pekena nasi kandar di sini.

Waktu operasi: 7.30 pagi – 7.30 pm

Alamat: 68, Jalan Tuanku Abdul Rahman, City Centre, 50100 Kuala Lumpur (Google Maps Location)

#6 Burger Bakar Abang Burn

Pernah menjadi tempat makan viral di KL beberapa tahun lalu. Antara restoran burger pertama yang menyediakan burger bakar. Burger di sini bukan seperti burger tepi jalan yang sering kita makan. Ia dibakar, ini menjadikan aroma daging burger mereka lain dari yang lain.

Selain itu Burger Bakar Abang Burn turut terdiri daripada pelbagai saiz. Sangan sesuai kalau ingin makan beramai-ramai.

Menu lain yang anda boleh cuba adalah meatballs, cheesy mushroom, curly fries, hotdog, dan banyak lagi.

Waktu operasi: 12AM–12PM & 6:30PM–12AM

Alamat: Jalan Ampang Putra, Taman Nirwana, 55100 Kuala Lumpur (Google Maps Location)

#7 Naili’s Place

Tempat makan menarik di Ampang ini sangat unik. Ia berkonsepkan kepulauan tropika. Anda boleh menjamu selera bagaikan berada ditepi pantai.

Menu yang dihidangkan di sini terdiri daripada masakan panas seperti nasi goreng. Malah anda juga boleh memesan western food yang sering menjadi pilihan ramai.

https://www.hungrygowhere.my/dining-guide/tried-and-tested/naili-s-place-at-sentul-*aid-71513101/

Naili’s Place turut membuka dua lagi cawangannya di Uptown dan Sentul.

Waktu Operasi: 5 pm – 1 am

Alamat: 116, Jalan Taman Dato Senu, Taman Sentul Utama, 51000 Kuala Lumpur (Google Maps Location)

#8 U-Cafe Wangsa Walk

Antara restoran yang paling hangat di Wangsa Maju, U-Cafe menyediakan pelbagai jenis hidangan tidak kira tempatan mahupun western. Bukan sahaja makanannya yang enak dan pelbagai, malah persekitarannya juga tenang.

Menu-menu di sini kami gerenti kena dengan tekak Melayu anda! Sebab tempat makan best di Wangsa Maju ini turut menyajikan nasi kukus, nasi kerabu, dan nasi lemak.

Waktu operasi: 10 am – 10 pm

Alamat: Wangsa Walk Mall, 9, Jalan Wangsa Delima 12, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur (Google Maps Location)

#9 Golek-Golek

Restoran ini merupakan salah satu tempat makanmenarik di Gombak. Golek-Golek dikelilingi pokok-pokok dan beroperasi dalam rumah Melayu lama.

Mereka menyajikan masakan Melayu, Barat, dan Cina. Yang menjadi pilihan ramai adalah ikan bakar sambar petai, udang galah gulai lemak, sotong/lala/kerang yang dimasak dengan pelbagai cara.

Untuk pengetahuan, Golek-Golek dimiliki oleh penulis novel terkenal iaitu Ahadiat Akashah.

Waktu operasi: 7 pm – 12 am | Tutup pada Isnin

Alamat: Jalan Lingkaran Tengah 2, 53100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur  (Google Maps Location)

Tempat makan menarik di Selangor

Pecel Lele, Padang Jawa

Penggemar masakan Indonesia seperti bakso, ayam penyet dan ikan keli goreng, wajib singgah ke Pecel Lele yang terletak di Padang Jawa. Restoran ini agak terkenal dan sentiasa dipenuhi pelanggan.

Oleh itu mereka terpaksa membuat sistem memesan makanan supaya lebih teratur. Makanan di sini juga agak murah. Ayam penyet bersama nasi putih cuma RM4.50 sahaja.

Anda boleh cuba mie ayam, soto, bakso, gado-gado, pada harga yang berbaloi.

Waktu operasi: 24 jam

Alamat: Pecal Lele Padang Jawa Lot 617, Jalan Berangan  Kampung Padang Jawa, Shah Alam Selangor.

Kedai makan sedap di Sri Rampai

Gobang Maju Patin Tempoyak

Menu ikan patin masak tempoyak sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Keenakkannya diakui oleh segenap lapisan masyarakat. Tapi anda tidak lagi perlu memandu ke Temerloh, Pahang, kerana ikan patin tempoyak sedap terdapat di Gobang Maju Patin Tempoyak. Merupakan salah satu kedai makan sedap di Sri Rampai, restoran ini menyediakan resepi asli orang Pahang itu.

Antara menu lain yang turut digemari ramai adalah siput sedut, ikan bakar, udang galah, aneka jenis lauk yang berasaskan ikan sungai.

Waktu Operasi: 11am – 7pm

Alamat: 19, Jln Seri Rejang 1, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur (Google Maps Location)

Memang banyak sangat tempat makan best di KL sampai kami sendiri pun tak larat nak senaraikan semua. Yang kami cadangkan di atas adalah yang paling famous untuk rujukan anda. Kalau anda ada cadangan lain, sila tinggalkan komen di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *