Selain menjadi pusat pentadbiran negara dan memiliki banyak lokasi menarik, Putrajaya turut menawarkan kepelbagaian tempat makan sedap untuk anda dan keluarga menjamu selera. Tempat makan best di Putrajaya ini meliputi kedai makan bajet hinggalah restoran hipster dan mewah untuk mereka yang sanggup berbelanja lebih.
Sekiranya anda tinggal di wilayah hebat ini, atau ingin jalan-jalan di Putrajaya, kami cadangkan anda singgah makan di restoran sedap ini.
-
Killer Gourmet Burgers (KGB IOI Mall Putrajaya)
Untuk peminat burger, anda wajib cuba hidangan barat ini dari KGB! KGB menyediakan aneka burger yang diperbuat dari daging segar yang dan roti lembut. Rasa daging atau patty nya memang membangkit!
Bukan hanya dimakan bersama sayuran dan tomato seperti burger lain, KGB hadir turut hadir dengan cendawan, caramelized onion, truffle, nanas, cili jalapeno, dan banyak lagi.
Harganya juga masih munasabah dan bebrbaloi dnegan portion yang bakal anda nikmati.
Waktu operasi: 11.30 am β 9.30 pm
Alamat: L1-12A, IOI City Mall, Ioi Resort, 62502 Putrajaya
-
Warung Bunian
Salah satu tempat sarapan best di Putrajaya yang harus anda cuba. Pernah viral dek kerana keenakan nasi lemaknya, Warung Bunian tidak pernah lekang dengan pelanggan.
Artikel berkaitan: Tempat Menarik di Putrajaya
Beroperasi dari awal pagi hingga jam 2 petang, Warung Bunian menyediakan nasi lemak, roti canai, dan aneka masakan kampung buat pelanggan.
Nasi lemak telur bungkusnya memang terbaik, ditambah pula dengan sambalnya yang enak. Lain dari yang lain.
Bagi lauk masakan tengah hari pula, anda boleh cuba masak lemak cili api, ayam kampung, udang galah, dan banyak lagi.
Tidak hairanlah mengapa ia menjadi pilihan program Jalan Jalan Cari Makan (JJCM)
Waktu operasi: 7 am β 2pm
Alamat: Desa Putra, Selangor, (5 minit dari Putrajaya)
-
Nasi Lemak Royale Kedah
Orang Putrajaya atau mereka yang berkerja di wilayah ini pastu sudah tahu akan keenakan Nasi Lemak Royale Kedah. Nasi lemak di sini memang power dan meriah dengan lauk pauk.
Artikel berkaitan: Tempat Berkelah di Putrajaya
Berbeza dengan restoran lain, neasi lemaknya berwarna kuning yang mempunyai aroma yang cukup memikat.
Istimewanya, lauknya tidak terhad pada sambal ikan bilis dan ayam goreng sahaja. Sebaliknya pelanggan dihidangkan dengan aneka lauk pauk bak nasi kandar. Antaranya sambal sotong, telur ikan, gulai daging, limpa masak hitam, burung puyuh, dan banyak lagi.
Selain itu, menu lain seperti satay dan roti canai juga dijual di sini.
Waktu operasi: 7 am β 2 am
Alamat: G1, Jalan P8, Presint 8, 62250 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
-
Umai Cafe
Terletak betul-betul di tepi Tasik Putrajaya, membolehkan anda menjamu selera sambil menyaksikan pemandangan pusat pentadbiran kerajaan dan cruise yang lalu lalang.
Menu apa yang best di sini? Semua jenis masakan seperti tempatan dan western. Menu seperti nasi goreng, tomyam, nasi lemak, dan seafood memang sedap.
Hidangan yang paling popular di sini adalah snek seperti cucur udang, keropok lekor, dan roti jala.
Persekitarannya yang selesa dan bersih membuatkan Umai Cafe menjadi salah satu tempat makan best di Putrajaya. Harganya juga amat berpatutan.
Waktu operasi: 9 am β 11 pm
Alamat: Presint 2, 62100 Putrajaya
-
Tok Wan Grill Putrajaya
Siapa tidak suka masakan western kan? Kalau anda tengah cari tempat makan western best di Putrajaya, Tok Wan Grill lah jawapannya!
Pelbagai jenis hidangan barat boleh anda cuba. Contohnya fish and chips, lamb chop, BBQ short ribs, aglio olio, salad, dan banyak lagi. Yang penting semua menu di sini βpureβ western tau!
Paling best, setiap menu utama hadir dengan 1 hidangan kanak-kanak dalam portion kecil. Jimat sikit kalau bawa anak-anak.
Waktu operasi: 11 am β 10.30 pm
Alamat: No.12, Jln Jati Bukit P11/25, Presint 11, 62250 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
-
Pasar Malam Putrajaya
Juga dikenali sebagai Pasar Tani Putrajaya yang terletak di Presint 2.Β Ratusan lot gerai dan cukup happening. Pelbagai jenis makanan dan barangan dijual. Dari barangan basah, pakaian, dan makanan yang enak.
Banyak makanan sedap di pasar malam Putrajaya. Char Kueh Tiaw banyak dijual. Begitu juga dengan nasi ayam, nasi campur, laksa, dan kudapan enak. Air balang dan boba juga tidak kurang hebatnya!
Ia menjadi tempat buka puasa di Putrajaya.Orang ramai lebih memilih untuk beli makanan dan makan di Dataran Putrajaya. Bentang tikar dan makan beramai-ramai. Lebih meriah.
-
Medan Selera Seri Teja b
Terletak di Presint 9, merupakan salah satu medan selera Putrajaya yang menjadi pilihan ramai. Dengan puluhan gerai yang menjual aneka makanan enak, anda boleh rambang mata dibuatnya.
Mee kari, nasi dagang, lauk campur, masakan panas, kacang pool, dan western, semuanya boleh ditemui di sini.
Persekitarannya yang terbuka membuatkan pelanggan selesa di saat menjamu selera sambil meluangkan masa bersama keluarga dan rakan.
Waktu operasi: 8 am β 10 pm
Alamat: Jalan P9e, Presint 9, 62250 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
-
NZ Roti John
Roti John memang sinonim dengan bulan Ramadan bukan? Nah, kalau anda teringin nak makan hidangan ini bukan pada bulan puasa, anda boleh ke Alamanda Putrajaya untuk nikmati roti john sedap di NZ Roti John!
Anda bakal nikmati roti yang dilimpahi daging dan ayam yang banyak, roti yang lembut, serta sos dan cheese leleh. Memang padu beb!
Portionnya juga besar. Peminat cheese mesti berpuas hati kerana NZ Roti John dilimpahi cheese yang banyak!
Waktu operasi: 10 am β 10 pm
Alamat: Jalan Alamanda, Presint 1, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
-
Dal.komm Coffee
Tempat makan best di Putrajaya yang seterusnya adalah kafe Dal.komm Coffee yang terletak di dalam IOI Mall.
Memfokuskan minuman berasaskan kopi premium yang dipelbagaikan. Minuman yang dihidangkan menggunakan bahan-bahan bermutu tinggi yang diimport.
Milkshake, teh, jus segar, dan air coklat juga disediakan. Selain itu, pencuci mulut dari Korea iaitu Bingsu turut menjadi pilihan ramai.
Aneka kek dan dessert turut di jual. Sedap!!
Waktu operasi: 10 am β 10 pm
Alamat: Ground Floor IOI City Mall Lebuh IR Lot GE-15, Ioi Resort, 62502 Putrajaya
-
Restoran Jamek
Terletak di Cyberjaya, tetapi kamis selitkan juga kerana lokasinya tidak jauh dari Putrajaya. Restoran Jamek merupaka kedai mamak popular di sini. Menawarkan nasi kandar dengan aneka lauk, roti canai, capati, dan tosai.
Tetapi anda wajib cuba nasi lemak istimewanya. Nasi lemak Restoran Jamek memang padu! Kuah sambalnya memang cukup rasa, dimakan dengan nasi lembut, dan ayam goreng tepung yang βblendβ dengan sambal. Ia dipadankan dengan telur mata.
Tidak hairanlah kenapa ia menjadi tempat makan best di Cyberjaya. Rating di Google juga agak tinggi.
Waktu operasi: 24 jam
Alamat: Lingkaran Cyber Point Timur, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor
-
Rasa Medan Selera Alamanda Shopping Center
Sudah penat membeli belah dan jalan-jalan, singgah makan dahulu di Rasa Medan Selera Alamanda. Puluhan kedai makan tersedia dengan aneka juada dari masakan tempatan hinggalah western.
Rasa Medan Selera adalah tempat makan Alamanda yang paling murah berbanding restoran rangkaian lain yang ada di dalam pusat membeli belah ini.
Antaranya young tau foo, claypot, masakan panas, western, dan banyak lagi. Paling laris sudah tentulah mee sizzling.
-
Warung Diplomatik Presint 15
Kedai makan Presint 15 pula adalah di Warung Diplomatik. Menyediakan masakan kampung asli yang menyelerakan. Menu utama di sini dalah nasi putih bersama ayam kampung. Ia di makan bersama kuah istimewa dan sambal yang memikat.
Nampak simple tapi cukup sedap. Tidak hairanlah mengapa restoran ini menjadi pilihan untuk makan tengah hari.
Penghilang dahaga pula adalah air kelapa baldi, ABC, coconut shake, dan air jagung.
Waktu operasi: 10 am β 10 pm
Alamat: Jalan Diplomatik 2/1, Presint Diplomatik, 62050 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
-
Pak Yeop Laksa Utara
Mencara laksa sedap di Putrajaya? Kami cadangkan anda ke Pak Yeop Laksa Utara di Presint 3. Cukup terkenal dengan keenakan laksanya. Kuah yang disediakan cukup pekat, masam, dan sempurna. Laksanya juga lembut.
Kuahnya tidak terlalu pedas, sesuai untuk semua golongan.
Selain laksa, hidangan western seperti chicken chop, spaghetti, dan hot dog turut dijual untuk mempelbagaikan menu di sini.
Waktu operasi: 8.30 am β 12 am | tutup pada Ahad
Alamat: Jalan P3f, Presint 3, 62100 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Kami selitkan juga beberapa lokasi lain memandangkan jaraknya hanya memakan masa 20 minit pemanduan.
Artikel berkaitan: 7 Tempat Menarik di Bangi
Tempat makan best di Bangi
- Restoran Ana Ikan Bakar Petai
- Nasi Lan Kedah
- Ayam Penyet Sambal Uleg
- April24
- Caravan Cafe
Tempat makan best di Dengkil
- Dengkil Heritage
- Restoran Gegey
- Eyra Seafood & Grill
Tempat makan best di Kota Warisan
- Warisan Seafood
- Kak Long Cafe Asam Pedas
- Rumah Makan Cibiuk Kota Warisan
- Restoran Pak Abu Ikan Bakar
Kalau anda ada cadangan tempat makan best di Putrajaya yang lain, sila kongsikan dalam ruangan komen di bawah.
Bolehlah kami cuba nantii