Cameron Highlands

14 Tempat Makan Menarik di Cameron Highlands (2024)

Di samping menikmati cuaca dingin dan makan buah strawberry segar, perut juga haruslah diisi dengan makanan sedap. Ramai yang menganggap makanan di tanah tinggi ini agak mahal berbanding di tempat lain. Anda silap kerana banyak tempat makan menarik di Cameron Highland yang sedap dan murah.

Kami akan senaraikan restoran sedap dan berbaloi untuk anda terjah kelak. Kesemua restoran di bawah adalah hasil rekomendasi warga net yang telah pun mencubanya.

Artikel berkaitan:

Restoran Taman Apple Cameron Steamboat & Grill

Kami pasti anda semua sukakan hidangan steamboat & grill bukan? Aneka lauk, perapan daging, dan sayuran yang dimasak di meja cukup menyeronokkan. Anda wajib datang ke Restoran Taman Apple Cameron Steamboat & Grill kerana mereka menyediakan variasi steamboat yang enak.

Rambang mata dibuatnya tatkala melihat pelbagai jenis perapan daging, makanan laut dan steamboat di sini. Mala, pencuci mulutnya juga tidak mengecewakan. Dengan konsep “eat-all-you-can”, anda boleh makan sepuas hati pada satu harga.

Selain steamboat, Taman Apple Cameron turut menyediakan menu ala carte seperti Nasi Lemak Strawberry dan Nasi Kambing Bakar pada sebelah petang sahaja. Ini adalah hidangan wajib cuba tau!

Waktu operasi: 5 pm – 11.30 pm

Harga: RM45 seorang

Lokasi: Google Maps

Restoran Al Raudah Arabian Food

Penggemar masakan Timur Tengah, anda boleh ke restoran Nasi Arab Al Raudah yang terletak di Tanah Rata.

Dengan harga munasabah, restoran ini menyajikan masakan asli dan menggunakan rempah ratus yang diimport dari Timur Tengah.

Anda boleh cuba nasi dengan kambing kabsah, ayam tandoori, daging, bahkan nasi arab bersama ikan talapia goreng.

Lebih meriah sekiranya menikmati hidangan set iaitu di dalam dulang yang boleh dimakan sehingga 4 orang.

Chicken Chop nya cuma berharga RM12.80 dengan portion yang agak besar.

Waktu operasi: 12.30 pm – 9 pm

Lokasi: Google Maps

Pizzarella Halal Western Food

Menikmati pizza dalam cuaca dingin cukup menyeronokkan. Terdapat sebuah restoran yang menyediakan hidangan dari Itali sedap di Cammeron Highlands iaitu Pizzarella.

aneka jenis pizza tertera pada menu untuk anda pilih. Contohnya paperoni, Hawaiian, Margheritta, Korea Kimchi, dan banyak lagi.

Pilihan pastries dan pencuci mulut juga bakal membuatkan anda rambang mata. Harga makanan di restoran ini agak mahal, tetapi cukup berbaloi.

Terkini, restoran ini turut menghidangkan makan Korea tau! Anda boleh cuba kimchi, set bento, dan Korean fried chicken.

Waktu operasi: 12 pm – 9.30 pm

Lokasi: Google Maps

BOH Tea Centre

Bercuti ke Cameron Highlands memang tidak akan lengkap tanpa kunjungan ke ladang teh terkemuka, BOH Tea Centre. Disamping bergambar kenangan di ladang teh yang terbentang luas, mempelajari serba sedikit tentang pemprosesan teh, pengunjung juga boleh menjamu selera.

Tea Gardens adalah sebuah restoran yang menawarkan pelbagai hidangan berasaskan teh dan strawberry.

Hanya pastries, minuman, kek, nasi lemak strawberry, dan pencuci mulut disediakan. Cukup untuk anda isi perut sambil dijamu dengan pemandangan yang menghijau.

Anda juga berpeluang shopping teh Boh dan cenderamata buat yang tersayang.

Waktu operasi: 9 am – 4.30 pm | tutup pada Isnin

Lokasi: Google Maps

Nik Ikan Bakar 2

Hidangan ikan bakar bersama lauk ala Thai memang sedap bukan? Kalau anda teringin untuk menikmatinya, bolehlah ke Nik Ikan Bakar 2. Menu yang ditawarkan lebih kurang sama seperti restoran seumpamanya yang lain.

Namun, rasanya memang sedap dan puas hati. Lebih-lebih lagi ikan bakar dan kuah tomyam. Anda juga boleh cuba ikan kerapu masak tiga rasa bersama kailan ikan masin.

Kesemua makanan laut adalah segar-segar belaka. Ini membuatkan hidangan bertambah enak.

Lagipun, suasana restoran ini cukup tenang dan tidak bising seperti restoran ikan bakar di kota raya. Tidak hairanlah ramai yang mengangkatnya sebagai tempat makan sedap di Brinchang Cameron Highland.

Lokasi: Google Maps
Restoran Bunda

Rugi kalau tak menimati hidangan ayam penyet istimewa di Restoran Bunda Cameron Highlands. Kerangupan ayam goreng yang dimakan bersama nasi panas, tempe, sambal istimewa, dan sup kosong ini memang menyelerakan.

Kesemua menu yang ditawarkan adalah dari Indonesia. Pelanggan boleh menikmati aneka jenis lauk dari negara jiran termasuklah bakso. Memang sedap dan kena dengan selera orang Malaysia.

Nasi putih bersama ulam-ulaman juga disediakan pada waktu tengah hari.

Waktu operasi: 7 am – 5 pm

Lokasi: Google Maps

200 Seeds Cafe (Abang Strawberry)

Restoran 200 Seeds Cafe (Abang Strawberry) pernah menjadi viral dek kerana menawarkan nasi lemak strawberry dan menu-menunya yang kreatif. Bunyinya agak aneh tetapi sedap dan ramai yang menggemarinya.

Nasi Lemak Sambal Strawberry adalah nasi lemak biasa yang anda makan cuma ditambah dengan satu lagi sambal iaitu yang berasaskan buah strawberry. Memang menyelerakan dan menjadi menu wajib cuba di sini.

Ia menjadikan pengalaman bercuti di Cameron Highland.

Selain itu, anda juga boleh cuba menu lain seperti masakan panas, soto, mee rebus, dan hidangan western.

Ambil peluang untuk petik buah strawberry di ladang. Harganyanya cukup berpatutan iaitu RM7 untuk 100 gram. Murahkan?

Waktu operasi: 8 am – 5 pm

Lokasi: Google Maps

Anjer’s Corner

Tempat makan menarik di Cameron Highlands yang seterusnya adalah Anjer’s Corner iaitu restoran shellout Cameron Highland yang cukup popular.

Hidangan seafood lambak ini memang sedap. Lebih lebih lagi kalau dapat makan bersama rakan atau keluarga.

Pelanggan bebas untuk memilih set seafood lambak yang hadir dengan aneka makanan laut yang dimasak dengan rempah khas.

Serious, memang sedap dan segar.

Cuba juga tortilla wrap,burger crispy, masakan western, nasi ganja, dan apam balik. Memang puas hatilah sekiranya dapat menjamu selera di sini.

Semua makanan dijual pada harga berpatutan.

Waktu operasi: 3 pm – 12 am

Lokasi: Google Maps

Cafe Lorong By OG’s

Tempat makan best di Cameron seterusnya adalah Cafe Lorong By OG’s. Cafe ini agak kecil tetapi menyediakan pelbagai jenis hidangan tempatan dan western. Terletak di Brinchang, ia seperti kafe hipster tetapi menawarkan harga yang amat berpatutan.

Di sini anda boleh cuba aneka nasi goreng, roti bakar, spaghetti, chicken chop, sandwich, nachos, dan bakso.

Manakala untuk kategori minuman pula pelbagai milkshake, ice blended, dan kopi berkualiti tinggi seperti espresso.

Waktu operasi: 8 am–12 pm, 3:30–6:30 pm

Lokasi: Google Maps

Pak Tam Kek Viral Cameron Highlands

Pernah viral di media sosial kerana keenakan dan kelembutan keknya. Menjual pelbagai jenis kek atau pencuci mulut pada yang berkualiti pada harga berpatutan.

Ramai yang datang dari jauh semata-mata untuk menikmati kek Pak Tam ini.

Kek yang disediakan gebu dan ada pelbagai perisa. Contohnya coffee caramel, japanese coffee, blueberry cheese, rainbow pandan cheese, red velvet, dan banyak lagi.

Ia menjadi kedai kek sedap di Cameron Highland, ada yang sanggup beratur panjang hanya untuk mendapatkan sepotong kek.

Kalau anda ke sini, rugi kalau tak singgah ke kedai Pak Tam.

Waktu operasi: 9 am – 11.45 pm

Lokasi: Google Maps

Nolina Food

Pilihan restoran best untuk sarapan dan makan tengah hari. Pada waktu pagi, Nilna Food menyajikan juadah dari Pantai Timur seperti nasi kerabu, roti canai, nasi lemak,  dan aneka kuih muih tradisional.

Manakala pada waktu tengah hari pula, pelanggan boleh menikmati lauk campur dan masakan panas yang menyelerakan.

Ramai pelancong yang memilih untuk makan di sini kerana ia terletak tidak jauh dar Kea Farm. Bolehlah, is perut dahulu sebelum petik buah strawberi dan nikmati aiskrim.

Ia terletak dilereng bukit, kedai bersih, nyaman dan selesa.

Waktu operasi: 8:30 am – 4:30 pm

Lokasi: Google Maps

Glory 78 Steambot Snack Corner

Disamping hidangan steamboat yang meroah dengan aneka daging dan seafood, restoran ini turut menyediakan masakan panas, western, dan nasi briyani buluh yang tersohor di Cameron.

Rasanya cukup enak, sesedap rasa, portion besar. Setiap hidangan dihidang cantik bak hotel. Malah, anda masih lagi boleh nikmati suhu sejuk Cameron kerana restoran ini berkonsep terbuka.

Memang banyak pilihan makanan di sini sebab itulah restoran ini sentiasa penuh. Tak nak makanan berat, order sahaja waffle dan milkshake!

Harga steamboat: RM33 seorang

Waktu operasi: 12 pm – 11.30 pm

Lokasi: Google Maps

D’Ruby Restaurant

Tempat makan menarik di Cameron seterusnya adalah D’Ruby. Sesuai kalau anda nak jaga bajet, tetapi masih boleh menikmati makan tengah hari yang menyelerakan.

Restoran ini menyajikan nasi campur dengan pelbagai jenis lauk seperti gulai kawah, asam pedas, ikan bakar, ayam berempah, dan ulam. Lebih 30 lauk disediakan, rambang mata dibuatnya.

Restoran ini beroperasi seawal jam 5 pagi. Untuk sarapan anda boleh makan roti canai bersama kari.

Waktu operasi: 5 am – 5 pm

Lokasi: Google Maps

Jim Thompson Tea Room

Nak minum petak yang romantis? Anda boleh ke Jim Thompson yang merupakan sebahagian daripada Cameron Highlands Resort.

Nikmati hidangan minum petang ala British. Setiap set hadir dengan sandwich, scones, strudels, dan kek berkualiti premium bersama teh atau kopi pilhan anda.

Sambil menjamu selera, anda bakal dihiburkan dengan alunan muzik live. Suasana tea room ini juga mewah dengan view padang golf dan bukit-bukau.

Harga The English Afternoon Tea: RM75 seorang | RM130 dua orang

Waktu Operasi: 12 pm – 6 pm

Lokasi: Google Maps

 

Boleh tahan juga tempat makan menarik di Cameron Highland ni kan? Atau anda ada cadangan lain? Boleh kongsikan dalam ruangan komen di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *