Melaka, Tempat Menarik

13 Tempat Menarik di Alor Gajah 2025 | BEST Untuk Keluarga!

Rupanya selain lokasi bersejarah, banyak lagi tempat menarik di Alor Gajah yang anda harus lawati sekiranya bercuti di sini.

Alor Gajah ini merupakan pusat pelancongan Melaka seperti Bandar Hilir. Tapi siapa sangka ia banyak hidden gems yang sesuai untuk keluarga, solo travelers, dan pasangan.

Dalam artikel kali ini, kami akan senaraikan segala yang perlu anda tahu sebelum bercuti di Alor Gajah. Ia meliputi:

  1. Cadangan tempat menarik
  2. Tempat makan best di Alor Gajah
  3. Tips bercuti di Alor Gajah
peta bandari hilir ke alor gajah
Jarak Bandar Hilir ke Alor Gajah (28 km, 53 minit)

Jika anda dari Bandar Hilir, perjalanan mengambil masa kira-kira 46 minit pemanduan. Tidak rugi jika anda singgah di Alor Gajah kerana daerah ini menawarkan beberapa lokasi percutian menarik seperti A Famosa Resort.

Sebab kenapa anda perlu bercuti di Alor Gajah

Lokasi mesra keluarga

Alor Gajah menawarkan sejumlah lokasi yang sesuai untuk seisi keluarga seperti A Famosa Theme Park, Safari Wonderland, dan pantai yang penuh aktiviti. Anak-anak pasti suka!

Percutian yang berpatutan

Banyak temapt best di sini mengenakan tiket berpatutan, malah ada yang percuma. Ideal untuk mereka yang bercuti under budget.

Lokasi strategik

Alor Gajah ini amat luas, dan banyak tarikan pelancong dekat antara satu sama lain. Jimat minyak kereta kan?

Selain itu Alor Gajah juga tidak jauh dari KL. Senang warga kota bercuti hujung minggu ini.

Rekomendasi tempat menarik di Alor Gajah

A Famosa Theme Park

Lokasi pertama yang wajar anda kunjungi sekurang-kurangnya sekali seumur hidup adalah taman tema air A Famosa Theme Park. Pelbagai jenis keseronokkan ada di sini. Gelongsor gergasi, aneka kolam renang, serta taman permainan dalam air khas untuk kanak-kanak. Anda boleh menikmati keseronokkan di sini sepanjang 1 hari tau!

  • Zoo mini, banyak haiwan liar.
  • Landskap bertaraf antarabangsa
  • Selesa
  • Berpatutan & berbaloi untuk dikunjungi.

Baca: Tempat Mandi di Melaka yang Best

Tempat: A Famosa Theme Park

Lokasi: Google Map

Harga tiket: Dewasa RM63 | Kanak kanak RM56

Beli tiket di – Klook

Rumah Api Tanjung Tuan

Atau nama asalnya Cape Rachado adalah antara rumah api yang tertua di Malaysia. Ia dibina menghadap Selat Melaka yang pada zaman dahulu membantu kelasi, kapal dagang, dan nelayan. Dibina oleh British pada 1819, rumah api ini pada asalnya diperbuat daripada kayu. Ia kemudian dibina semula menggunakan batu dan masih digunakan hingga ke hari ini.

Atas faktor keselamatan yang tidak mengizinkan, Rumah Api Tanjung Tuan ini tidak dibuka kepada orang ramai. Tetapi anda boleh mendaki anak tangga dan bergambar disekitar kawasannya.

Tempat: Rumah Api Tanjung Tuan

Lokasi: Google Map

Freeport A Famosa Outlet Village

Sama seperti Premium Outlet di Johor dan Genting, Free Port A’Famosa mengumpulkan sejumlah butik perjenama dari luar negara dan menjualnya dengan harga yang berbaloi.

  • Banyak butik antara bangsa seperti Clarks, Nike, Adidas, Lacoste, Sketchers, dll.
  • Vibe best, banyak spot OOTD
  • Restoran & gerai kudapan enak.
Tempat: Freeport A Famosa Outlet Village

Lokasi: Google Map

Pusat Penetasan Penyu Padang Kemunting

Jangan sangka Terengganu sahaja ada pusat penetasan penyu. Luangkan masa ke Pusat Penetasan Penyu Padang Kemunting yang merupakan tempat menarik di Masjid Tanah ini.

Ia menjadi tempat pendaratan dan pemuliharaan penyu terpenting di Asia Tenggara.

Aktiviti:

  • Pameran penyu dan haiwan laut lain.
  • Lihat sarang telur penyu
  • Berpeluang lepaskan penyu di tepi pantai.
  • Pameran menarik, banyak aktiviti untuk kanak-kanak.

A Famosa Resort

Penginapan A Famosa Resort juga tidak kurang hebatnya. Diangkat sebagai salah satu resort terkemuka di Melaka. Lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti:

  • Kolam renang
  • Wifi
  • Gym
  • Padang golf

Malah anda boleh memilih untuk menginap samada di apartment, bango, atau bilik hotel.

Kalau nak tempat best untuk family day di Melaka, pilih banglo yang anda swimming pool.

Harga: dari RM226 | Tempah di – Klook 

Kolam Air Panas Cherana Putih

Sebuah lagi tempat menarik di Melaka adalah Kolam Air Panas Cherana Putih. Ia bukan seperti kolam air panas biasa tapi ada kolam renang biasa.

Dah macam taman tema air mini! Lengkap dengan kemudahan dan landskap menarik.

Kolam air panas ini menjadi tarikan pengunjung pada setiap petang dan hujung minggu.

Harga tiket: Dewasa RM8 | Kanak Kanak RM7

Kolam Air Panas Gadek

Kolam air panas ini pula beroperasi selama 24jam. Anda boleh ke sini pada bila bila masa. Yang datang ke sini untuk berubat, anda boleh merendamkan kaki atau bermandi manda bersama keluarga.

Kemudahan:

  • Wifi
  • Restoran
  • Tempat persalinan
  • Gazebo untuk berkelah
  • Kerusi urut
  • Taman permainan
Harga tiket: Dewasa RM5 | Kanak-kanak RM3

Pantai Pengkalan Balak

Tempat menarik di Alor Gajah seterusnya adalah Pengkalan Balak. Terletak 29 minit dari pekan Alor Gajah. Pantai ini menjadi tumpuan pelancong tidak kira tempatan atau dari luar.

Pantai ini dijaga dengan baik. Bersih, dan dapat menikmati view kapal lalu lalang.

Waktu petang dah hujung minggu pasti riuh dengan aktiviti pantai seperti mandi manda dan menaiki banana bot. Gerai jualan air dan snek juga ada di sini.

Jika ingin bermalam, anda boleh pilih Desa Damai Chalet yang merupakan antara resort menarik di Melaka.

Pantai Tanjung Bidara

Tiada siapa dapat menyangkal keindahan Pantai Tanjung Bidara. Batu-batu besar yang terdampar di pesisir pantai ini menambahkan lagi keserian landskap. Airnya juga jernih, bersih, dan cetek. Sangai sesuai untuk mandi manda.

Kemudahan:

  • Tandas
  • Tempat letak kereta
  • Taman permainan
  • Gerai kudapan

Dataran Keris Alor Gajah

Sekiranya nak bersantai waktu petang dan malam, kami syorkan anda ke Dataran Keris. Ia mudah di akses, banyak tempat letak kenderaan.

Ada gerai jualan, night rides berpatutan, dan gerai makanan.

Dataran Keris sering dijadikan lokasi untuk acara besar seperti expo dan festival

Taman Rekreasi Datuk Wira Poh Ah Tiam

Lokasi terbaik untuk aktiviti riadah dan bersenam di Alor Gajah. Fasiliti dan landskap di sini memang berada pada tahap yang memuaskan. Sesuai untuk semua golongan yang nak bersukan seperti jogging, berbasikal, bersenam, dan ambil angin petang.

Malah, terdapat taman permainan yang agak luas untuk anak-anak kecil. Perfect untuk si cilik luangkan masa dan lari dari gajet buat seketika.

Coach Airways Outlet

Coach Airways Outlet merupakan tempat menarik di Alor Gajah yang terkini. Sebuah butik jenama fesyen mewah terkemuka. Apa yang menarik mengenai butik ini adalah ia ia berada di dalam sebuah kapal terbang yang diubah suai menjadi butik indah.

  • Ada 4 zone untuk bergambar, shopping, & kafe.
  • Banyak item menarik seperti beg tangan, baju, dompet, kasut, tali pinggang, kasut, dan banyak lagi.
Harga tiket: Percuma

Waktu operasi: 10 am -10 pm

Haunted Drive Thru Alor Gajah

Nak merasai pengalaman ke ‘kawasan berhantu’? Anda boleh ke Haunted Drive Thru Alor Gajah yang terletak di Jalan Air Tanai.

Ia seperti rumah hantu yang biasa kita kunjungi di fun fair, tetapi kali ini anda hanya perlu berada di dalam kereta sahaja.

  • Lalui beberapa kawasan menyeramkan.
  • Dilarari dengan bunyi bak filem seram.
  • Kawasan dihiasi dengan dekor seram & pelakon yang meyakinkan.
  • Bertemakan filem seram yang ditayangkan di pawagam.
Harga: RM20 seorang (tempahan sahaja, tidak boleh walk in)

Hubungi: https://www.instagram.com/hdtmalaysia/

Waktu operasi: 9 pm -12 am (Sabtu sahaja)

Tempat makan menarik di Alor Gajah

Atong Kitchen Capati King ALor Gajah

Di Melaka ni bukan setakan asam pedas je yang sedap, anda juga kena cuba juga capati di Atong Kitchen atau dikenali sebagai ‘Capati King’ oleh penduduk tempatan.

  • Aneka capati seperti kosong, cheese, telur & capati murtabak.
  • Kari daging, ayam, & kambing yang sedap.
  • Menu lain seperti char kueh tiaw udang/kerang.

Alan Grill Western Food

  • Restoran western yang sedap & murah. Chicken grill cuma RM10 je tau.
  • Yong tau fu, nasi ayam turut dijual.

Cendol Bakar Simpang Ampat Alor Gajah

Dah penat jalan-jalan, makan cendol dan ABC memang syok!

  • Banyak pilihan cendol seperti durian, tapai, kacang dll.
  • Untuk kudapan, ada keropok lekor, pisang goreng, young tau fu.
  • Char kueh tiaw juga wajib cuba ya!

Tips bercuti ke Alor Gajah

Buat tempahan awal

Alor Gajah adalah tempat tumpuan pelancong. Buat tempahan hotel, taman tema dan tiket-tiket seumpamanya terutama pada cuti sekolah.

Bawa pakaian sesuai

Kami sarankan anda bawa pakaian mandi dan pelampung untuk mandi pantai atau taman tema. Tidak perlu bayar harga sewa pelampung.

Semoga senarai tempat menarik Alor gajah ini sedikit sebanyak memberi idea anda sekiranya ingin bercuti di daerah ini. Terokailah Melaka dengan sepnuhnya kerana negeri ini menyimpan pelbagai khazanah sejarah dan alam yang bernilai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *