Tempat Menarik

Tempat Menarik di Bentong

Bentong, Pahang merupakan kawasan tanah tinggi paling popular di Malaysia. Faktor ketinggian Bentong menjadikan daerah ini sesuai sebagai destinasi percutian menarik untuk seisi keluarga. Apatah lagi ia bersuhu rendah, pemandangan yang indah, dan suasana mendamaikan, malah banyak tempat menarik di Bentong ini. Maka tidak hairanlah mengapa ramai yang memilih untuk bercuti di sini.

Kawasan tanah tinggi ini memang dijaga rapi oleh kerajaan. Kehijauan hutannya masih terjaga walaupun banyak pusat-pusat perangian dan hotel dibangunkan. Banyak tempat menarik yang anda boleh lawati di Bentong. Percutian mewah, taman, tema, bermain golf, hutan lipur, tempat rekreasi, dan banyak lagi.

#1 Genting Highland

Suhu di Genting Highland adalah di antara 20 darjah Celsius hingga 24 darjah Celsius pada ketinggian kira-kira 1,000 meter dari paras laut. Selain cuaca sejuk dan nyaman, penyumbang utama akan kehadiran pelancong ke Genting Highland adalah taman temanya. Dengan adanya taman tema yang luas, panggung wayang, teater, dewan konsert percutian anda di sini pasti tidak membosankan.

Khabarnya ada sebuah food court atau medan selera menarik yang baru dibuka di sini.

Klook.com

Cuma kami ingin ingatkan, bagi mereka yang belum pernah ke sini… harga makanan di Genting agak mahal. Harap anda buat persediaan awal.

Google Maps Location

#2 Bukit Tinggi

Rasanya rugi kalau anda tidak ke sini kerana banyak tempat menarik di Bukit Tinggi salah satunya adalah tempat peranginan yang dinamakan Colmar Tropicale. Tempat itu dibangunkan mengikut reka bentuk bangunan dan suasana suasana perkampungan sebenar di Alsace, Perancis.

Masuk sahaja ke perkampungannya, pengunjung akan merasa bagaikan berada di perkampungan benua Eropah.

Anda boleh memilih untuk bermalam di sini kerana terdapat resort di dalamnya. Jangan lupa merakam gambar kenangan di sini!

Tiket masuk ke Colmar Tropicale tidaklah mahal, pada kami sangat berpatutan dan berbaloi.

Harga tiket: Dewasa (RM16) | Kanak-kanak (RM8)

Alamat: KM 48 Persimpangan Bertingkat, Lebuhraya Karak, Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang.

Google Maps Location

#3 Japanese Village

Japanese Village terletak betul-betul di sebelah Colmar Tropicale. Ia merupakan Jepun dan menariknya ia kelihatan 100 peratus sama dan anda akan merasakan seperti berada di negara matahari terbit itu.

Dari segi seni bina, landskap, bahkan anda sendiri diberi peluang untuk memakai pakaian kebangsaan mereka, iaitu kimono. Ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelancong akan adat dan budaya orang Jepun.

Dalam Japanese Village ni sahaja dah ada beberapa aktivit best yang berbaloi untuk dilakukan bersama keluarga. Seperti:

  • Japanese Tea House
  • Tatami Spa
  • Ryo Zan Tei
  • Ume Tatami Suite (restoran Jepun)

Waktu operasi: Dibuka setiap hari, 9.30 am  – 5 pm.

Harga tiket: Dewasa (RM12) | Kanak-kanak (RM8)

#4 Animal Park

Animal Park merupakan sebuah taman mini yang menempatkan lebih 200 ekor arnab dan haiwan lain seperti rusa, burung merak serta keldai. Tidak seperti mini zoo di mana pengunjung hanya melihat haiwan berada di dalam sangkar. Animal Park membenarkan pengunjung berinteraksi seperti memberi mereka makan.

Mini Zoo ini dijaga rapi dan berada dalam keadaan bersih. Memang berbaloi datang ke sini jika bersama kanak-kanak.

Harga tiket Animal Park: RM3 sahaja.

(Google Maps Location)

#5 Horse Trails

Horse Trails merupakan sebuah ladang kuda yang dibuka untuk orang ramai bagi memberi peluang kepada mereka menunggang kuda sambil menyaksikan pemandangan indah.

Anda boleh memilih beberapa aktiviti yang disediakan di sini seperti Jungle Ride, Golf View Ride, Creek and River Ride, dan Picnic Ride. Terdapat beberapa pakej menarik dengan harga berbeza yang boleh anda cuba.

Harga menunggang kuda di Horse Trails:

  • 2 hour ride: RM180
  • 3 hour ride: RM250
  • Half-day ride (with picnic lunch) min 2 people: RM320
  • Full-day picnic (with picnic lunch)min 4 people: RM600

#6 Botanical Garden

Dengan menggunakan bas ulang-alik yang disediakan dari Colmar Tropicale, perjalanan hanya mengambil masa kira-kira 5 minit sahaja untuk ke Botanical Garden.

Taman botani ini menempatkan pelbagai jenis tumbuhan termasuk pohon herba, bunga dan orkid liar. Pengunjung boleh melalui denai yang dipenuhi pelbagai jenis tumbuhan sepanjang 1km. Taman ini dijaga dengan rapi jadi landskapnya memang menarik. Pencinta pokok bunga dan tumbuhan pasti tidak dapat menahan diri dari merakam gambar sekiranya ke Botanical Garden.

#7 Berjaya Golf & Country Club

Peminat sukan golf, inilah masa terbaik untuk meluangkan masa bermain golf pada suhu rendah. Bukan itu sahaja, anda kan diserikan dengan pemandangan memukau dan suasana yang mendamaikan.

#8 Gallery Bentong

Gallery Bentong merupakan sebuah muzium kecil yang menceritakan sejarah kewujudan Bentong. Malah bangunan itu sendiri adalah tapak asal syarikat milik Loke Yew iaitu pengasas Benton.

Muzium ini menempatkan pameran fotografi, latar belakang tokoh tokoh yang pernah memainkan peranan pembukaan Bentong, dan banyak lagi.

Terdapat sebuah cafe di dalam muzium ini yang membolehkan anda lepak sambil minum kopi.

Alamat: 17-18, Jalan Loke Yew, 28700 Bentong, Pahang (Google Maps Location)

#9 Janda Baik

Sebuah lagi tempat menarik di Bentong adalah Janda Baik. Tenang dan mendamaikan, Janda Baik merupakan tempat terbaik buat warga Kuala Lumpur untuk lari dari kesibukan kota.

Banyak hotel, chalet, dan tempat penginapan hebat di sini. Kesemuanya menawarkan keistimewaan masing masing. Yang tercari cari percutian ala kampung, di sinilah lokasi terbaik!

Ia bukan hanya menawarkan suasana kampung dan pemandangan menghijau sahaja. Banyak aktiviti dan tempat menarik di Janda Baik. Antaranya menaiki ATV, berbasikal, mandi air terjun, memancing, berkelah, dan banyak lagi.

#10 Air Terjun Chamang

Ia terletak 9 km dari bandar Bentong melalui Jalan Bentong-Raub. Air Terjun Chamang merupakan tempat terbaik untuk menghabiskan cuti hujung minggu bersama keluarga dan rakan.

Air terjun cukup cantik kerana permukaan buminya yang berbatu. Bahkan terdapat jambatan gantung untuk laluan pengunjung. Banyak kemudahan awam yang disediakan seperti surau, wakaf, tandas, gerai makanan, jadi anda tidak perlu risau sekiranya ingin bermandi-manda.

Alamat: 28700 Bentong, Pahang (Google Maps Location)

#11 Muzium Felda

Kami pasti pembaca semua pernah dengar akan kawasan ‘Lurah Bilut’ bukan? Ia merupakan tanah FELDA pertama yang dibangunkan Malaysia.

Apa yang pengunjung boleh belajar di muzium ini adalah bagaimana Malaysia menghasilkan minyak kelapa sawit dan getah. Dalam masa sama, pameran pameran di sini membuatkan anda lebih menghargai jasa peneroka Felda yang banyak memberikan pendapatan kepada negara ini. Ini menjadikan Muzium Felda sebagai salah sati tempat menarik di Pahang. Banyak sejarah negara berkaitan sumber getah dan minyak kelapa sawit.

Masuk adalah percuma.

Alamat: Muzium Felda Lurah Bilut, Bentong, Pahang, Bentong.

#12 Laluan Budaya Bentong

Terletak di bentong Walk, di sini kebiasaannya menjadi tempat perniagaan kaum Cina. Cukup meriah di waktu petang dan malam. Kalau nak cari durian, wajib datang sini.

Hotel Di Bentong

Oleh kerana ini adalah kawasan peranginan terkemuka, maka banyaklah hotel di Bentong yang di buka kepada orang ramai. Kebanyakkannya adalah hotel bajet dan yang berkonsepkan butik.

Berikut adalah hotel di Bentong yang kami boleh cadangkan kepada anda:

  • Tras Mutiara Hotel Bentong (RM89)
  • Tumike Hotel Bentong (RM98)
  • EV World Hotel Bentong (RM76)
  • Cherengin Hills Convention & Spa Resort Bentong (RM250)
  • Sri Pengantin Resort (RM159)

Dah alang-alang anda berada di Bentong, singgah pula di Raub kerana perjalanan hanya sejauh 35km dan mengambil masa selama 38 minit sahaja. Banyak tempat-tempat menarik di Raub untuk dilawati.

Daerah-daerah di Pahang sememang banyak menyimpan banyak tempat menarik seperti di Temerloh, Kuantan, Pekan, Rompin, dan lain-lain.

Okaylah, bukan main banyak lagi tempat-tempat menarik di Bentong ni. Kami cadangkan anda panjangkan waktu percutian supaya sempat melawat kesemua lokasi yang kami sebutkan di atas.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *