Tempat Menarik

Tempat Menarik di Bukit Merah

Bukit Merah merupakan sebuah tempat peranginan yang sudah tidak asing lagi di Perak dan Malaysia. Lokasi ini kaya dengan keindahan alam semula jadi dan landskap sentuhan manusia. Keistimewaannya tidak terhenti di situ. Banyak tempat menarik di Bukit Merah yang sesuai untuk anda tempat rekreasi dan berehat bersama keluarga.

Keseronokkan yang ada di Bukit Merah terdiri daripada taman tema air, pusat pemuliharaan haiwan, memancing, serta panorama yang memukau. Tempat percutian menarik di Perak ini pastinya menjadikan percutian hujung minggu anda lebih bermakna.

Jom lihat antara tempat menarik dan aktiviti yang boleh anda lakukan di Bukit Merah. Senarai di bawah bukan hanya meliputi taman tema tetapi tarikan lain yang ada di sekitarnya.

#1 Bukit Merah Laketown Resort Waterpark

Taman tema air yang berkeluasan 7,000 ekar ini penung dengan tarikan dan keseronokkan. Bukit Merah Laketown Resort Waterpark menawarkan kolam renang pelbagai saiz, gelongsor, tiub, dan corong luncur yang tinggi.

Pengunjung boleh mandi manda pantai buatan berserta dengan ombak. Meluncur dalam tiub untuk menguji tahap adrenaline, dan banyak lagi.

Untuk kanak-kanak, kolam cetek dan taman permainan dalam air tersedia untuk mereka.

Antara tarikan yang ada:

  • Boomerang,
  • Giant Bubble Slide
  • Sandy Beachfront Wave Pool
  • Water Speed Slides
  • Body Slides
  • Giant Tube Rides
  • Activity Pool
  • Lazy River
  • Kids Adventure River
  • Jumbo Shower
  • Water Pillar

Chairlift

Pastikan juga anda naik chairlift. Konsepnya seperti kereta kabel, tetapi ia hanya menyediakan tempat duduk terbuka. Ia yang membawa anda untuk melihat pemandangan Bukit Merah Laketown Resort dari pandangan atas.

Harga tiket Bukit Merah Waterpark

Dewasa RM38 | Kanak-kanak RM22

#2 Bukit Merah EcoPark

EcoPark adalah sebuah taman tema kering yang menempatkan pelbagai spesis haiwan untuk tatapan orang ramai. Ia dikelaskan sebagai mini zoo dan tempat rekreasi.

Dengan kepelbagaian jenis spesis dari reptilia, mamalia, burung, dan ikan, pengunjung boleh melihat semua haiwan haiwan ini dengan lebih dekat. Haiwan diletakkan di dalam sangkar dan kandang yang menyerupai habitat asal mereka.

Landskap EcoPark juga menarik, ia direka seolah hutan Safari dan mesra pengunjung.

Tarikan menarik:

  • Skycycle
  • Nature Trail
  • Tropical Trek
  • Reptile Park
  • Pets Park

Yang paling popular sudah tentulah Pets Park. Pets park memberi peluang kepada orang ramai untuk berinteraksi dan memberi makan kepada haiwan yang jinak serta comel.

Harga tiket Bukit Merah Eco Park

Dewasa RM18 | Kanak Kanak RM14 | Warga emas RM10

#3 Pusat Pemuliharaan Orang Utan Bukit Merah

Anda tidak perlu ke negeri Sabah untuk melihat Orang Utan kerana Bukit Merah turut memiliki pusat pemuliharaan haiwan itu.

Uniknya, Pusat Pemuliharaan Orang Utan Bukit Merah terletak di sebuah pulau kecil yang memerlukan anda menaiki bot untuk ke sana. Pulau yang dipanggil Pulau Orang Utan ini merupakan tempat penjagaan, pembiakkan, dan kajian terhadap haiwan yang diancam kepupusan itu.

Sebagai salah satu tempat menarik di Perak, ia sering menjadi tumpuan pelancong asing. Mereka ingin melihat orang utan dengan lebih dekat lagi.

Harga tiket: RM30 pada hujung minggu | RM10 pada hari berkerja

#4 Ripples Hawker Center

Penat bermandi manda dan berjalan, apa kata anda isi perut di Ripples Hawker Center. Ripples Hawker Center yang terletak di marina Village ini berkonsepkan food court. Banyak stall yang menjual pelbagai jenis juadah dari masakan tempatan hinggalah Western.

Stall nasi kandar dan nasi lemaklah yang sentiasa menjadi pilihan. Bercuti di negeri Utara lah katakan! Sudah pasti nak menikmati makanan tempatan.

Harga makanan di Ripples Hawker Center ini agak berpatutan.

#4 Bukit Merah Laketown Clubhouse

Sebuah penginapan jenis apartment tetapi ia dibuka kepada orang ramai untuk berenang di kolam renangnya yang luas. Ia boleh dikatakan sebagai salah satu tempat mandi di Perak.

Kolam renang bersaiz mega ini boleh menampung jumlah pengunjung yang ramai terutama pada hujung minggu. Malah, banyak tempat berteduh ditepi kolam untuk anda beristirehat.

Harga tiket kolam renang Bukit Merah Laketown Clubhouse ini murah sahaja, Cuma RM4 seorang.

Apa yang best di sini adalah terdapat sebuah gerai menjual air batu campur atau ABC Talam. Mereka menjual ABC gunung yang cukup tinggi dan ABC talam di mana dihidangkan dalam talam. Murah, dengan harga RM8 ABC ini boleh dimakan 5 hingga 6 orang.

Alamat: 34400 Simpang Empat Semanggol, Perak

#5  Kolam Pancing Bukit Merah Laketown

Buat kaki pancing, jangan lepaskan peluang untuk melepaskan joran anda di sini. Mana tahu, kalau dapat tangkap ikan air tawar yang besar?

Tempat ini sentiasa dipenuhi kaki pancing. Kolam pancingnya terbuka, banyak kemudahan, dan mempunyai pemandangan bukit bukau yang indah.

Alamat: Kolam Pancing Bukit Merah Laketown, Jalan Bukit Merah, 34400 Semanggol, Negeri Perak

#6 Marina Village, Bukit Merah Laketown Resort

Sebuah tempat membeli-belah yang mengumpulkan sejumlah premis pakaian, aksesori, kedai makan, dan cenderamata, dan lain-lain.

Tempat hiburan seperti pusat karaoke, sudut Galaxy Games, Wonderland, Internet Station, Treasures pun ada di sini. Kiranya anda tidak perlu memandu ke Ipoh lagi untuk menikmati semua itu.

#7 Kampung Air (Water Chalet)

Tengah cari tempat penginapan? Apa kata menginap sahaja di Kampung Air. Kampung Air merupakan sebuah chalet terapung yang terletak di tepi Tasik Bukit Merah.

Apa yang membezakan Kampung air dengan hotel lain adalah ia sangat unik dari segi senibina. Selain itu menawarkan pemandangan tasik yang memukau. Lebih-lebih lagi kalau anda pesan room servis dan makan di balkoni. Wow!

Ia merupakan sebuah chalet mewah, tetapi harganya masih mampu inap. Harga bilik Kampung Air bermula  sekitar RM246.

Kalau tengok kepada senarai tempat menarik di Bukit Merah di atas, memang sesuai sekali dijadikan sebagai lokasi percutian keluarga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *