Tempat Menarik

Tempat Menarik di Gambang

Jika dahulu Bukit Gambang hanya dipenuhi hutan belantara, kini sejak pembukaan Bukit Gambang Resort City pada 2009, Gambang bertukar menjadi salah satu destinasi percutian menarik di Pahang.

Sejak dari itu, Gambang yang terletak 23km atau 30 minit perjalanan dari bandar Kuantan ini menjadi tumpuan pelancong tidak kira tempatan mahupun dari luar negara.

Terdapat tiga tarikan utama di Bukit Gambang Resort City, iaitu

  • taman tema air Gambang Water Park
  • Active Academy
  • Safari Park yang menempatkan pelbagai spesis haiwan untuk tatapan pengunjung. Manakala satu lagi lokasi menarik untuk dilawati di Gambang adalah Air Terjun Berkelah.

Kesemua tempat menarik ini akan kami terangkan satu persatu dan menyertakan beberapa hotel menarik di kawasan sekitarnya untuk memudahkan anda merancang percutian bersama keluarga.

Gambang Water Park

Taman tema air ini merupakan yang terbesar di Pantai Timur. Dengan keluasan 16 hektar, pelbagai jenis permainan menarik untuk dinikmati pengunjung. Ada yang ekstream untuk golongan dewasa dan permainan khas untuk kanak kanak.

Terdapat beberapa bahagian di dalam taman tema air ini iaitu Coco Beach, Wave Pool dan Lagoon. Setiap satu daripadanya mempunyai keistimewaan tersendiri. Oleh sebab itu kami cadangkan supaya anda cuba kesemua keseronokan yang ada di sini.

Yang paling menarik pehatian adalah Coco Beach di mana pengunjung dapat menikmati ombak buat terbesar di Malaysia. Berada di Coco Beach membuatkan anda seolah-olah berada di pantai sebenar. Mana tidaknya, pantai buatan manusia ini berkeluasan 1 kilometer persegi.

Gelongsor juga salah satu permainan air yang menyeronokkan. Ada lima jenis gelongsor berbeza yang boleh anda pilih.

Tadi kami ada menyebut tempat khas unutk kanak-kanak bukan? Nah, Pulau Penguin mempunyai ciri-ciri keselamatan tinggi untuk pengunjung bawah umur. Malah, dekorasinya yang berwarna-warni dan banyak permainan membuatkan mereka lebih teruja bermain di kawasan air cetek.

Academy Activity

Taman tema ini tidak hanya terhad kepada aktiviti air sahaja. Anda juga boleh cuba beberapa suka lasak di Active Academy dengan bermain ATV Ride, Family Raft Ride dan pelbagai lagi aktiviti mencabar adrenalin.

http://www.imwernling.com/2016/06/a-short-getaway-to-bukit-gambang-resort.html

Pasti seronok dapat melakukan ‘flying fox’ yang mendebarkan dalam masa sama dapat menyaksikan flora dan fauna hutan Gambang.

Harga tiket Gambang Water Park

  • Dewasa (13 tahun dan ke atas): RM33
  • Kanak-kanak (90cm dan ke atas & 12 tahun ke bawah): RM23
  • Warga Emas/OKU: RM23
  • Kanak-kanak berketinggian 90cm kebawah: Percuma
  • Tiket combo (Safari park + Water Park): RM88

Goolgle Maps Location

Gambang Safari Park

Terletak bersebelahan dengan taman tema air, Safari Park bukan seperti zoo yang biasa anda lawat sebelum ini. Bekeluasan 55 hektar, ia merupakan taman safari terbesar di Malaysia. Ia terbahagi kepada beberapa zon menarik antaranya Land of Predators, Bird Valley, Night Jungle, Simba Hill, Foreign Village, dan Wild Savannah.

Safari ini menempatkan lebih 400 spesis hidupan liar yang kebanyakannya dari luar negara. Menariknya di sini, pengunjung akan merasai pengalaman bagaikan berada di dalam hutan sebenar kerana konsepnya yang unik, mesra pengunjung yang membuatkan mereka dekat dengan haiwan.

Anda seolah olah berada di pinggir hutan dan melihat pelbagai jenis haiwan seperti badak sumbu, harimau, singa, burung unta, kerbau merah jambu, rusa dan dubuk bebas berkeliaran.

Soal keselamatan? Jangan risau kerana anda selamat berada di dalam bas khas untuk melihat haiwan haiwan ini.

Jangan lepaskan peluang untuk melihat anak singa putih pertama di Malaysia. Singa daripada spesis pantera leo krugeri merupakan hasil mutasi warna yang jarang ditemui dalam kalangan subspesies Kruger dan hanya dijumpai di beberapa rizab hidupan liar di Afrika Selatan. Hebat bukan?

Harga tiket Safari Park

  • Dewasa (13 tahun dan ke atas): RM63
  • Kanak-kanak/Warga Emas/OKU: RM43
  • Kanak-kanak berketinggian 90cm kebawah: Percuma
  • Tiket combo (Safari park + Water Park): RM88

Google Maps Location

Hotel Untuk Penginapan Anda

Anda tidak perlu fikir untuk menginap di hotel lain kerana Bukit Gambang Resort City sendiri mempunyai hotel sendiri. Sebanyak 1,866 bilik pelbagai kategori ditawarkan di tiga resort bertema iaitu Arabian Bay Resort, Everia Villas Resort. dan Caribbean Bay Resort.

Arabian Bay Resort

Arabian Bay Resort bermula pada harga RM108 jika anda menempah di Expedia. Selari dengan namanya, resort ini berkonsepkan sentuhan Arab dari persekitaran dan hiasan dalamannya.

Terdapat sauna dan taman permainan kanak-kanak di kawasan hotel. Perkhidmatan karaoke juga disediakan dengan bayaran tambahan.  Pilihan hidangan tempatan dan antarabangsa disajikan di Arabian Coffee House sementara hidangan Barat ditawarkan di Sahara Palmer.

Kemudahan: Kolam renang, Wifi, parking percuma, restoran, bar.

Google Maps Location

Caribbean Bay Resort

Caribbean Bay Resort pula lebih mesra buat pelanggan yang mempunyai keluarga besar. Bilik yang disediakan lengkap dengan balkoni, dan ruang tamu. Harga bermula pada RM131 jika menemah dengan Agoda.

Kemudahan: Kolam renang, Wifi, parking percuma, restoran, bar.

Google Maps Location

Air Terjun Berkelah

Tadi kami dah cerita panjang lebar tentang taman tema, ada satu lagi tempat menarik di Gambang iaitu Air Terjun Berkelah. Terletak 31km dari bandar Kuantan dan jalan menghala ke Maran.

Air terjun ini mempunyai tujuh tingkat yang berketinggian 50 meter. Ia agak popular kerana kawasannya sangat cantik terutama air terjun yang paling bawah kelihatan seperi jakuzi.

Airnya kernih dan kawasan sekitarnya berbatu menjadikan tempat ini sesuai untuk aktiviti perkemahan.

Alamat: Sungai Berkelah Pahang, 26300 Gambang, Pahang

Google Maps Location

Siapa sangka Gambang merupakan salah satu tempat percutian menarik di Pahang. Jika ada kelapangan, bolehlah ke tempat-tempat yang kami sebut di atas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *