Tempat Menarik

Tempat Menarik di Kampar

Negeri Perak penuh dengan khazanah eko-pelancongan untuk dilawati. Bukan sahaja mempunyai tempat bersejarah bahkan banyak lokasi yang menarik yang sesuai untuk seisi keluarga. Setiap daerah mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Begitu juga dengan Kampar. Suatu ketika dahulu, daerah ini menjadi lokasi penting dalam perlombongan bijih timah. Kini, ia adalah salah satu destinasi percutian penting di Perak. Jom lihat senarai tempat-tempat menarik di Kampar.

Kampar terletak 43 km dari bandar Ipoh, ia mengambil masa kira-kira 44 minit pemanduan. Jika anda mempunyai banyak masa terluang, sesudah melawat tempat menarik di Ipoh, singgahlah pula ke Kampar ya?

#1 Refarm

Refarm merupakan sebuah taman rekreasi dalam ladang yang luas. Ia bukan seperti ladang biasa tetapi penuh dengan tarikan yang menyeronokkan. Apa yang membuatkan Refarm ini best? Ia menawarkan pelbagai aktiviti menarik, penginapan, tempat makan sedap, dan landskap yang memukau.

Antara aktiviti yang boleh anda lakukan di sini adalah:

  • Berbasikal
  • Menangkap ikan
  • Mini Zoo dan memberi makan kepada haiwan
  • Padel boat
  • Mengutip madu lebah
  • Jungle Trekking
  • Mandi di kolam renang

Pengunjung juga boleh memilih untuk bermalam di sini. Refarm menyediakan penginapan yang menarik dan selesa di Refarm Kampar Villa. Bukankan seronok jika dapat melihat pemandangan yang indah di waktu pagi?

Selain itu, anda juga berpeluang untuk makan di restoran yang disediakan. Segala bahan mentah termasuklah daging haiwan yang dimasak adalah dari ladang Refarm sendiri.

Bercuti di Refarm Kampar bakal melangkapkan percutian anda seisi keluarga.

Harga masuk Refarm Kampar: Dewasa RM10 | Kanak kanak RM5

Waktu operasi: RM9am – 6pm | tutup pada Selasa

Alamat: Lot 6059, Jalam Temoh Kampar, 35350 Temoh, Negeri Perak

#2 Kinta Tin Mining Museum

Daerah Kampar adalah salah sebuah lokasi penting dalam cari gali bijih timah suatu ketika dahulu. Oleh itu,  Kinta Tin Mining Museum didedikasikan khas dalam mengumpul dan mempamerkan artifak dan maklumat tentang sejarah perlombongan bijih timah.

Di sini pengujung dapat mempelajari pelbagai sejarah perlombongan melalui mesin asli, gambar, video, patung-patung yang sedang melombong bijih timah.

Muzium ini mempamerkan pameran bertaraf antarabangsa. Cukup menarik dan kami yakin anda pasti akan berpuas hati. Ia merupakan tempat menarik di Bandar Baru Kampar.

Harga tiket: Percuma

Waktu operasi: 9am – 5pm

Alamat: Lot 126026,, Jalan Batu Karang, Taman Bandar Baru, 31900 Kampar, Perak

#3 Gua Tempurung

Bagi yang gemarkan aktiviti lasak, kunjungan ke Gua Tempurung tidak akan mengewakan. Ia terletak di Gopeng, tetapi hanya mengambil masa selama 20 minit sahaja dari Kampar.

adventoro.com

Apa yang menarik di sini adalah suasana dan pembentukan batu-batu stalagmit dan stalaktitnya yang cantik. Ia menghasilkan pantulan cahaya yang bersinar-sinar jika disulu dengan cahaya lampu. Apatah lagi dengan mengalirnya sungai cetek di dalam gua, ia menambahkan lagi keistimewaan gua ini.

Anda perlu menggunakan khidmat guide jika ingin masuk ke dalam gua. Sama ada memilih pakej kering di mana anda hanya berjalan di atas jambatan atau basah yang lebih mencabar.

Harga tiket: Dewasa RM9 | Kanak kanak RM6.50

Alamat: Pusat Pelancongan Gua Tempurung,, 31600 Gopeng, Negeri Perak

#4 Bandar Agacia Kampar

Percaya atau tidak, Kampar memiliki sebuah bandar kecil yang berkonsepkan animasi. Bangunan di sini direka dan dicat dengar warna warni. Ada yang memanggilnya badar Disney Kampar. Ala-ala Universal Studios pun ada juga. Hehe.

Ia merupakan satu-satunya bandar seumpamanya di Malaysia. Datanglah ke sini kalau nak bergambar bersama famili. Bandar Agacia ini masih dibangunkan. Tidak lama lagi bakal bertambahlah tarikan di sini.

Tak susah pun untuk ke sini, ia terletak berdekatan University Tunku Abdul Rahman (UTAR). Kami kelaskannya sebagai. Tempat menarik di Kampar 2018 kerana kerap menerima kunjungan orang awam.

Harga tiket: Percuma

Alamat: Jalan Universiti Bandar Barat, 31900, Kampar, Perak, 31900

#5 Gunung Relau

Bagi pencinta aktiviti lasak, jangan lepaskan peluang untuk mendaki Gunung Relau. Ia agak mencabar dan anda dinasihatkan supaya menggunakan khidmat jurupandu bertauliah.

Untuk ke puncak, pendaki perli melalui perkampungan orang asli dan melalui jalan berliku. Menariknya, anda akan menjumpai kotak-kota peluru yang ditinggalkan askar sewaktu Perang Dunia Kedua dahulu.

#6 Gunung Bujang Melaka

Nama sahaja ‘Melaka’ tetapi ia terletak di Kampar. Gunung Bujang Melaka berketinggian 1,233 meter dan memerluka kira-kira 4 hingga 5 jam pendakian untuk sampai ke puncak.

Gunung ini amat terkenal sekali di kalangan pendaki. Malah ia sering menjadi pilihan pelajar sekolan dan universiti sebagai salah satu aktiviti unutk menguji ketahanan diri.

Jika berminat untuk mendaki atau jungle trekking, anda boleh hubungi helpdesk@myadventurehost.com

Tempat makan menarik di Kampar Perak

Shellicious

Shellicious merupakan salah sebuah tempat makan seafood unik di mana makanan dihidangkan tanpa menggunakan pinggan. Semua makanan dimasak dengan pelbagai jenis perasa dan dilambakkan di atas meja yang beralaskan kertas.

Konsep seafood sebegini pernah viral kerana kelainan dan keenakkannya. Dan jika anda berada di Kampar, anda boleh merasainya di Jalan Batu Karang.

Selain makanan laut, Shellicious turut menjual hidangan barat yang dinamakan Western Platter.

Waktu operasi: 4pm – 11pm

Alamat: 2173, Jalan Batu Karang, Taman Bandar Baru, 31900 Kampar, Negeri Perak.Tak sangka boleh tahan juga tempat-tempat menarik di Kampar ini. Kebanyakkannya sesuai untuk semua golongan. Sekarang anda dah tahu apa yang best di Kampar. Bolehlah mula merancang percutian ke sini!

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *