Percutian ke Kelantan pasti akan merakam memori indah buat anda sekeluarga. Ini kerana banyak tempat-tempat menarik dan unik yang boleh anda lawati. Negeri ini mempunyai budaya yang dan adat tersendiri dan itulah yang membuatkan pelancong berasa teruja. Sebelum ini kami pernah terbitkan artikel Tempat Menarik di Kota Bharu. Kali ini kami kongsikan antara tempat menarik di Kelantan waktu malam pula.
Yelah, tak kan anda mahu habiskan masa di bilik hotel sahaja bukan? Keluarlah berjalan-jalan dan lihat kehidupan malam di sini.
#1 Pasar Malam Wakaf Che Yeh
Bercuti di Kelantan memang tidak akan lengkap kalau tak singgah shopping di Wakaf Che Yeh. Ia boleh dikatakan seperti ‘uptown’ atau bazar larut malam di negeri ini. Beroperiasi sepanjang masa, pasar basah di waktu pagi yang menjual barangan runcit, pasar borong di waktu siang.
Pada waktu malam pula lain ceritanya, ia bertukar dua kali lebih meriah kerana ratusan lot gerai menjual pelbagai jenis barangan. Antaranya kasut, seluar jeans, aksesori telefon, tudung, kain batik, jersi dijual pada harga borong.
Jangan lupa tawar menawar. Mana tahu dapat harga yang lebih murah?
Alamat: Wakaf Che Yeh 15150 Kota Bharu, Kelantan
#2 KST Ikan Bakar
KST Ikan Bakar ini tidak jauh dari pasar malam Wakaf Che Yeh, cuma sekitar 2 minit perjalanan dari bazar larut malam itu. Ia merupakan sebuah restoran seafood yang tidak asing lagi di negeri ini.
Kesegaran pelbagai makanan lautnya menambahkan lagi keenakan juadah di sini. Anda boleh pilih pelbagai jenis seafood dari ikan bakar, sotong, lala, udang, ketam, dan banyak lagi.
Makanan laut yang anda pilih tersebut boleh dimasak pelbagai cara mengikut citarasa anda. Menu best di sini adalah ikan bakar mereka, ikan siakap steam, butter prawn, sotong tepung, dan ketam masak cili.
Waktu operasi: 12am–12pm, 6pm–12am
Alamat: S/62, Lot 1214, Jalan Kuala Krai, Wakaf Che Yeh, 15100 Kota Bharu, Kelantan
#3 Pasar Malam Buluh Kubu
Tapak pasar malam ini dibuka di tepi jalan sekitar Pasar Siti Khadijah. Di sini banyak juga barangan seperti pakaian, tudung, kain batik, aksesori, mainan, serta snek seperti kerepek.
Agak meriah kerana bersebelahan dengan pusat membeli-belah Giant dan Parkson. Singgah sebentar di sini, tengok apa yang menarik.
Waktu operasi: 7 pm – 12 am
Alamat: Jalan Buluh Kubu, 15000 Kota Bharu, Kelantan
#4 Aeon Mall
Baharu 3 tahun beroperasi dan kini ia menjadi tempat shopping di Kelantan yang utama. Banyak butik tersohor yang dibuka seperti H&M, Padini, Levi’s, Bonia, dan banyak lagi.
Restoran rangkaian juga banyak dibuka di sini. Starbucks, Manhattan Fish Market, Kenny Roger’s, KFC, Boat Noodle, Aunty Anne’s, Street Churros, dan lain-lain.
Waktu operasi: 10 am – 10 pm
Alamat: Jalan Jambatan Sultan Yahya Petra, Kampung Sirih, 15050 Kota Bahru, Kelantan
#5 Tambatan Diraja Kelantan
Terletak betul-betul di tepi Sungai Kelantan. Lokasi ini agak meriah pada waktu malam kerana banyak deretan kedai makan sepanjang jalan.
Malah, di tengah-tengah ruang legar kadang-kala terdapat kugiran atau kumpulan buskers mendendangkan lagu.
Kawasannya juga dipancarkan dengan cahaya berwarna-warni terutama pada menara jam.
Alamat: Jalan Sultan, 15400, Kota Bharu, Kelantan
Sebenarnya tak berapa banyak tempat menarik di Kelantan waktu malam. Penduduk negeri ini lebih suka menghabiskan masa di rumah. Oleh itu kami senaraikan beberapa tempat menarik lain yang boleh anda kunjungi di negeri ini.
Tempat menarik di Rantau Panjang
Pekan Rantau Panjang
Salah satu tempat shopping popular di negeri ini kerana kebanyakkan barangan yang dijual jauh lebih murah dari tempat lain. Pakaian, beg, pinggan mangkuk, tilam, dan banyak lagi.
Ada juga pasaraya bebas cukai. Rama pelancong mengambil peluang untuk borong coklat dan kain batik.
Alamat: Jalan Hilir Pasar, Kampung Rantau Panjang, 17200, Rantau Panjang, Kelantan
Masjid Beijing
Kami pasti ramai yang dah tahu akan masjid yang mempunyai senibina Cina dan Islam ini. Ia tersegam indah dan sentiasa dipenuhi dengan jemaah yang datang untuk menunaikan solat. Ada juga yang hadir untuk bergambar kenangan.
Alamat: Jalan Kampung Rantau Panjang, 17200 Rantau Panjang, Kelantan
Air Terjun di Kelantan
- Jeram Linang
- Jeram Pasu
- Air Terjun Jelawang
- Lata Rek
- Lata Berangin
Pantai Senok
Mempunyai pemandangan seakan Pulau Nami, Korea. Pantai Senok memiliki ratusa pokok rhu yang tersusun dalam barisan. Ini menjadikan kawasannya cukup indah, tambahan pula ia terletak di tepi pantai.
Ramai photographer menjadikan pantai ini sebagai tempat photoshoot di Kelantan.
Tempat makan menarik di Kelantan
Warung Pak Mat Pulau Pisang
Terkenal dengan Teh Tarik Madu di mana buihnya mewah sehingga melimpahi gelas. Kami yakin anda pasti pernah melihat rakan-rakan memuat naik foto teh ini di media sosial. Ia adalah salah satu restoran di Kota Bharu yang sering disebut-sebut rakyat tempatan serta pelancong.
Selain Teh Tarik Madu, sup kepala ikan di sini juga adalah menu yang wajib anda cuba. Pelanggan boleh pilih sama ada berasaskan ikan siakap, merah, kerapu, jenahak, atau tenggiri.
Kalau nak lagi sedap, makan dengan sambal belacan atau budu serta telur dadar.
Waktu operasi: 7.30 am – 4.30pm | Selasa
Alamat: Jalan Kuala Besar, 15350 Kota Bharu, Kelantan
Zoo di Kelantan
Untuk mereka yang ada anak kecil, membawa anak-anak ke zoo pastinya membuatkan mereka teruja. Malangnya tiada zoo di Kelantan. Entah kenapa, walhal banyak permintaan dari rakyat negeri ini serta pelancong.
Resort menarik di Kelantan
Tok Aman Bali
Penginapan yang mengujakan di Kelantan adalah Tok Aman Bali. Ini kerana resort ini boleh dikatakan lengkap dengan segala kemudahan serta selesa. Ditambah pula lokasinya yang terletak di tepi pantai serta kolam renang gergasi berserta dengan gelongsor.
Harga bilik: RM238 – Tempah di sini
Itu dia antara tempat menarik di Kelantan waktu malam. Kami berharap agar anda dapat menikmati percutian yang menyeronokkan bersama keluarga dan rakan.