Berada di area Klang dan tak tahu mana nak tuju pada waktu malam? You came to the right place sebab kami nak cadangkan beberapa tempat menarik di Klang waktu malam!
Nak bersantai, lepak dengan kawan, shopping, nak makan sedap? Actually semua ada di bandar Klang ni. Malah ada ‘hidden gems’ yang anda belum tahu.
Kalau dah bosan lepak di KL, apa kata memandu sekitar 43 minit melalui Lebuhraya Baru Lembah Klang.

Jom lihat apa yang boleh anda lakukan di Klang selepas matahari terbenam!
Baca: Tempat menarik di Klang
Aktiviti menarik di Klang waktu malam
1. Menikmati angin malam di Tanjung Harapan
- Orang ramai boleh datang bersantai di Tanjung Harapan sambil menikmati angin laut yang menyegarkan.
- Ambil peluang untuk makan seafood di restoran ikan bakar. Semuanya fresh, sebab ini adalah perkampungan nelayan.
2. Cuci mata di Dataran Seni
Menonton persembahan pemuzik jalanan.
Melewati gerai-gerai menjual kraftangan dan lukisan.
3. Terokai Pasar Malam Klang
Cuba pelbagai jenis juadah di pasar malam dari sate, roti john, burger, dan aneka minuman.
Beli baju, aksesori, dengan harga yang amat berpatutan.

4. Sesi fotografi di Kota Bridge
Boleh jalan-jalan di kawasan jambatan sambil lihat pemandangan sungai Klang.
Waktu malam amat cantik dengan pantulan cahaya pada permukaan sungai & senibina jambatan yang klasik.
5. Makan malam di Klang
Banyak tempat makan sedap di Klang! Dari masakan tempatan, kedai mamak, ala Thai, Korean, nasi arab, western, semua ada di Klang!
Rekomendasi tempat menarik di Klang waktu malam
1. Tanjung Harapan
Kalau inginkan suasana malam yang santai sambil ditemani angin laut yang nyaman, kami sarankan anda ke Tanjung Harapan.
Pemandangan laut dan bot nelayan di sini amat mengagumkan. Perfect untuk mereka yang suka akan fotografi.
Apa yang best di sini:
- Waktu terbaik untuk ke Tanjung Harapan adalah waktu senja. Pemandangan matahari terbenam amat indah.
- Banyak kedai seafood di sepanjang pantai. Boleh rasa ikan bakar, tomyam, udang goreng tepung di sini.
- Laluan pejalan kaki menjadi tumpuan pada waktu malam, ada yang berkelah & memancing.
Lokasi: Kawasan Perindustrian Selat Klang Utara
2. Klang Little India
Kalau di KL ada Brickfields sebagai tempat menarik di Kuala Lumpur waktu malam, Selangor pula ada Klang Little India.
Jalan-jalan di sini memang syok! Waktu malam kawasan ini meriah dengan cahaya lampu menerangi setiap premis perniagaan. Ditambah pula dengan muzik hindustan yang dipasang. Cukup happening!
- Banyak kedai yang menjual rempah, baju, kain, baju melayu.
- Ambil peluang menikmati tosai, nasi kandar di sini. It hits different. Trust us!
Lokasi: Jalan Tengku Kelana, 41000 Klang, Selangor
Baca: 23 Tempat Menarik di Kuala Lumpur Waktu Malam
3. Dataran Seni Klang
Kalau anda suka akan seni dan kraftangan, memang wajar kalau singgah sebentar di Dataran Seni Klang. Ia sering menjadi lokasi untuk pameran seni, busking, dan aktiviti kebudayaan.
Waktu malam memang happening dengan gerai jualan dan persembahan muzik. Orang ramai datang untuk shopping, bersantai sambil menghirup kopi yang di brew segar di sini.
Lebih happening pada hujung minggu dan musim perayaan.
4. Klang Parade
Kalau anda pelancong, wajib selitkan Klang Parade dalam list tempat menarik di Klang waktu malam.
Kenapa? Ia adalah pusat membeli-belah yang agak murah berbanding pasaraya lain. Banyak kedai yang tawarkan harga yang lebih ‘rahmah’, malah sering adakan promosi di ruang legar.
Apa yang best di sini:
- Pilihan makanan di Klang Parade, termasuk restoran makanan tempatan, kafe hipster, dan francais.
- Dari segi hiburan, ada pusat karaoke, arked permainan, dan panggung wayang GSC untuk menonton filem terbaru.
Lokasi: Jalan Meru, Kawasan 17, Klang.
5. Setia City Mall
Walaupun bukan di Klang, tapi kami nak masukkan juga dalam artikel ini kerana ia cuma 14 minit pemanduan sahaja.
Cukup popular sebagai tempat menarik di Selangor waktu malam. Dalam dan luar kawasan cukup happening pada waktu malam.
Apa yang menarik di sini:
- Dengan banyak butik fesyen, kedai kecantikan, dan aksesori, anda boleh shopping pada waktu malam.
- Banyak estoran mewah hingga kafe santai, anda boleh menikmati pelbagai jenis makanan seperti makanan tempatan, Barat, Jepun, dan Korea.
Lokasi: Persiaran Setia Dagang Bandar Setia Alam
Tempat makan menarik di Klang waktu malam
Nak dinner best? Kami dah kumpulkan beberapa restoran best. Bukan bersandarkan viral semata-mata, tapi yang betul-betul sedap, mendapat review baik di laman Google, dan selesa untuk anda sekeluarga menjamu selera.
1. Nasi Lemak Kelawar
Teringin nak makan nasi lemak dengan lauk sotong selambak tu? Boleh makan di Nasi Lemak Kelawar di Kampung Jawa.
Apa yang sedap di sini:
- Tarikan utama Nasi Lemak Kelawar adalah pilihan lauk yang banyak. Sotong goreng tepung rangup menjadi pilihan utama pelanggan di sini. Paru, rendang, sambal udang, & kerang pun ada tau
- Menggunakan beras basmathi dan nasi berwarna hijau dengan aroman daun pandan yang menggoda.
- Harga masih munasabah. Berbaloi dengan portion yang besar.
Lokasi: LOT 6519, Kampung Jawa.
2. Dii Thai
@abanglapau Masakan Thai Paling Sedap Dekat Klang Selangor. Dii Thai Bukit Raja Klang 📍 #diithai #klang #portberbukaklang #bukitraja #foodie #ramadhan
Kalau nak masakan Thai asli, kami cadangkan anda ke Dii Thai Bukit Raja. Mesti pernah tengok video gelas air teh besar tu kan? Hah, di sinilah lokasinya!
Semua menu memiliki rasa asli dari Thailand! Dah tak perlu travel ke Sungai Golok atau Hatyai lagi dah!
Apa yang sedap di sini:
- Tom Yum seafood is the killer menu! Kuahnya pekat, pedas, dan masam dengan keseimbangan rasa yang sempurna.
- Ikan siakap stim, butter prawn, pucuk paku goreng belacan & somtam suhun benar-benar membuka selera!
- Jangan lupa order air teh ais atau matcha gelas besar untuk dikongsi bersama yang tersayang.
Lokasi: Jalan Astaka, Bandar Bukit Raja
3. Nasi Kukus Sotong Besar
Nasi kukus dengan lauk luar biasa! Sotong celup tepung yang besar menjadi menu utama di restoran ini. Di makan pula bersama nasi kukus dan gulai yang memikat.
Apa yang sedap di sini:
- Malah boleh di makan bersama nasi kerabu yang turut dijual di sini.
- Sotong yang digunakan di sini bukan biasa-biasa tau. Saiznya besar, tepungnya rangup!
- Selain nasi kuku dan nasi kerabu pelanggan juga boleh cuba masakan western yang tidak kurang hebatnya.
Lokasi: Kristal Klang Commercial Centre
4. Restoran Sempadan Maggie Ketam Power
Menu Maggie Ketam mesti akan puas hati kalau dapat menikmati maggi dengan lauk ketam segar di sini!
Memandangkan kawasan ini dekat dengan perkampungan nelayan, maka ketam & seafood lain memang segar!
Restoran ni memang salah satu tempat menarik di Klang waktu malam. Dapat hirup udara laut, restoran terbuka, dan boleh tengok siaran bola sepak EPL.
Apa yang sedap di sini:
- Kuahnya pekat dengan rasa kari yang kaw, ditumis khas tau. Bukan hanya guna perencahnya sahaja.
- Ditambah pula dengan ketam segar & isi yang manis. Bertambahlah aroma hidangan ni. Pelanggan hirup sampai licin tau!
- Kalau tak makan ketam, boleh sahaja reques lala, udang galah, sotong.
- Jangan risau, portion besar & sesuai dengan harga.
Lokasi: Kampug Batu Tujuh
FAQs
1. Tempat lepak Klang waktu malam?
Kami cadangkan anda ke Little India untuk makan cheese nan di kedai mamak. Pilihan lain sudah tentulah Setia City Mall. Ada banyak butik untuk shopping dan boleh tengok wayang.
2. Tempat menarik di KL yang percuma?
Dah penat berada di Klang? Anda boleh teruskan pemanduan ke KL. Lawati Saloma Link, Taman Eko Rimba Kl, & Central Market. Kami dah senaraikan dalam posting bertajuk Tempat Menarik di Kuala Lumpur.
Kesimpulan
Best juga kan nighlife Klang? Suasana yang lebih santai dan kurang sesak berbanding siang hari, waktu malam di Klang adalah masa terbaik untuk menikmati keunikan bandar ini.
Atau anda ada cadangan lain? Kongsi dengan kami dalam ruangan komen di bawah.
19 Tempat Percutian Menarik di Johor [WAJIB PERGI]
14 Tempat Menarik di Bukit Tinggi | TERKINI 2024
60 Tempat Menarik untuk Family Day di Perak + Team Building
Tempat Menarik di Taiping