Kuala Kangsar

Tempat Menarik di Kuala Kangsar

Kalau nak tahu Kuala Kangsar merupakan antara daerah yang mengumpul banyak tempat menarik di Perak. Ini kerana ia adalah Bandar Diraja di samping mempunyai pelbagai tarikan sejarah. Memilih Kuala Kangsar sebagai destinasi percutian keluarga merupakan idea yang bijak. Jom lihat senarai tempat menarik di Kuala Kangsar yang sesuai untuk anda bercuti bersama famili.

Kuala Kangsar terletak di bahagian utara iaitu di antara Ipoh dan Taiping. Cuma memakan masa 41 minit pemanduan sahaja dari Ipoh. Lokasi ini boleh dikatakan popular juga di kalangan pelancong. Ramai yang berkunjung ingin melihat tempat bersejarah dan mercu tanda popular Perak.

#1 Muzium Arkeologi Lenggong

Seperti yang pernah kita pelajari di zaman persekolahan, Kuala Kangsar menyimpan 1001 bentuk sejarah penting negara ini. Salah satu tempat yang anda boleh lawati adalah Muzium Arkeologi Lenggong.

Galeri ini menempatkan pelbagai artifak semulajadi yang ditemui di sekitar Perak. Di sini anda boleh lihat item-item asli seperti alat-alat batu, rangka ‘Perak Man’ dan lukisan dalam gua.

Kami pasti anak-anak akan teruja dengan infografik tentang sejarah Paleolitik negara ini.

Waktu operasi: 9 am – 5pm

Harga tiket: Percuma

Alamat: Jabatan Muzium dan Antikuiti, Kota Tampan, Perak, 33400 Lenggong, Perak

#2 Pusat Pembangunan Kraftangan Perak

Sebagai negeri yang dikenali dengan pembuatan labu sayong, sebuah pusat kraftangan khas ditubuhkan. Pada zaman dahulu, labu sayong digunakan untuk mengisi air. Bekas yang diperbuat daripada tanah liat ini menjadikan air lebih sejuk malah berkhasiat untu tubuh badan.

Di sini, pengunjung boleh melihat bagaimana labu sayu dihasilkan dari tanah liat hinggalah menjadi bekas air yang selamat untuk diminum. Jangan lupa membawa pula labu syaong sebagai cenderahati buat yang tersayang ya?

Waktu operasi: 9am – 5.30 pm | Tutup pada Sabtu dan Ahad.

Alamat: Km 40, Jalan Ipoh, Perak, 33600 Enggor

#2 Perak Royal Museum (Muzium Diraja perak)

Bercuti di Perak di akan lengkap tanpa melawat salah satu muzium yang ada. Dahulunya bangunan ini dikenali sebagai Istana Kenangan Bukit Chandan. Muzium ini menempatkan bentuk asal bilik-bilik di dalam istana seperti singgah sana, bilik beradu, dapur, dan lain lain.

Waktu operasi: 9am – 5.30pm

Alamat: 33000 Kuala Kangsar, Perak

#3 Pavilion Tower Kuala Kangsar Perak

Dibina pada tahun 1920 ketika zaman pemerintahan Sultan Iskandar Shah. Pada ketika itu, pavilion ini digunakan oleh keluarga Sultan untuk berehat selepas bermain sukan polo.

Kini ia menjadi mercu tanda popular di negeri Perak. Tak susah nak cari Pavilion Tower ini, ia terletak di hadapan Malay College Kuala Kangsar.

Melat pavilion ini menjadikan pengalaman bercuti di Kuala Anda sekeluarga boleh datang dan mengambil gambar kenangan bersama.

Alamat: Jalan Tun Razak, Taman Mawar, 33000 Kuala Kangsar, Negeri Perak

#4 Victoria Bridge

Jambatan Victoria merupakan laluan kereta api yang terletak di Pekan Krai. Siap dibina pada 1900, ia mrupakan jambatan kereta api tertua di Malaysia.

Struktur binaan jambatan ini sebenarnya yang menarik perhatian. Walaupun sudah berusia lebih 100 tahun, ia tetap indah.

projektravel.com

Ramai yang menjadikan jambatan ini sebagai tempat fotografi.

Alamat: Kampung Kapor, 31050 Enggor, Perak

#5 Galeri Sultan Azlan Shah

Nak tahu bagaimana kehidupan seorang sultan? Lawat sahaja Galeri Sultan Azlan Shah. Ia menempatkan pelbagai barang peribadi yang pernah digunakan oleh Sultan Muhibbun Shah.

Pengunjung juga boleh mengetahui sedikit sebanyak tugas seorang raja perjalanan hidup kaum kerabat.

Senibina galeri ini juga indah. Ia mendapat sentuhan seni dari India dan Aceh.

Waktu operasi: 9am – 5pm

Alamat: 33000 Kuala Kangsar, Perak

#6 Kilang Kicap Tamin

Sebuah jenama kicap tempatan yang digemari ramai. Di sini, anda boleh melihat bagaimana kicap dan produk Tamin yang lain dihasilkan. Jenama ini sangat mementingkan keasliannya di mana mereka menggunakan cara tradisional yang bersih.

Pastikan juga anda membawa pulang Kicap Tamin dan beberapa produknya yang lain seperti sos cili, sos tiram dan sirap.

Alamat: No.3955, Jalan Ipoh Batu 25, 33600, Enggor, Perak, 1, Kampung Setia, 31100 Enggor, Perak

#7 Masjid Ubudiah

Terletak di Bukit Chandan, masjid ini boleh dikatakan sebagai antara masjid tercantik di Malaysia. Berbentuk oktagon, Masjid Ubaidiah dikelilingi oleh empat buah menara dan sebuah kubah besar berwarna emas di tengah-tengahnya.

Anda pasti akan terpegun akan keindahan seni bina luar dan dalaman masjid ini saat melangkah masuk. Apatah lagi selepas mengetahui yang masjid ini siap dibina pada tahun 1917.

Alamat: Jalan Istana, 33000 Kuala Kangsar, Negeri Perak

#8 Tasik Chenderoh

Tasik ini penuh dengan tarikan semula jadi. Keindahan alam sekitarnya yang menghijau membuatkan Tasik Chenderoh menjadi salah satu tempat menarik di Kuala Kangsar.

alchetron.com

Pelbagai aktiviti riadah yang boleh anda lakukan di sini seperti memancing, berkayak, dan menaikni bot mengelilingi tasik.

#9 Uncle Jimboy

Nak rasa makanan western sedap? Anda boleh ke restoran Uncle Jimboy yang terletak di jalan menghala ke Manong. Pelbagai jenis hidangan barat ada di sini seperti lamb chop, steak, burger, pizza, spaghetti, meatballs, chicken chop, dan banyak lagi.

Restoran ini bertukar meriah dengan kehadiran pelanggan yang datang menjamu selera dan lepak. Ini sekaligus menjadikan Uncle Jimboy sebagai tempat menarik di Kuala Kangsar pada waktu malam.

Waktu operasi: 5pm – 2.30am

Alamat: 15, 33000 Kuala Kangsar, Negeri Perak

#10 Teratak Warisan Kampung Kuala Kangsar

Nama restoran ini sudah menggambarkan juadah yang ada. Menyediakan masakan kampung, Teratak Warisan Kampung menjadi pilihan penduduk tempatan sebagai tempat makan tengah hari di Kuala Kangsar.

Hidangan seperti masak lemak cili api, aneka gulai, sambal udang, ayam kampung, dan ulam ulaman, pastinya membuka selera sesiapa sahaja.

Pastikan anda datang awal, kerana agak susah untuk mendapatkan meja. Restoran ini menjadi lokasi ‘JJCM Kuala Kangsar’ bagi pelancong.

Waktu operasi: 7am – 4pm

Alamat: Persiaran Bendahara 2, Bandar Baru, 33000 Kuala Kangsar, Negeri Perak

#11 Laksa Pak Ngah

Laksa Pak Ngah sudah tidak perlu diperkenalkan lagi buat penduduk KK. Juadah laksa yang dijual memang menjadi kegilaan ramai. Kuahnya pekat dan ditambah pula dengan kepelbagaian lauk serta perahan asam limau.

Rata-rata pelanggan yang hadir pasti akan memesan menu istimewa ini. Selain laksa, menu lain yang boleh anda pesan adalah laksa goreng, bihun sup, mee kari, mee rebus, cendol, dan ABC.

Restoran ini menjadi Tempat makan menarik di Kuala Kangsar 2018 bangunan ini dinaik taraf.

Waktu operasi: 9am – 7pm

Alamat: Jalan Dato Sagor, 33000 Kuala Kangsar, Perak

Semoga 11 tempat menarik di Kuala Kangsar ini sedikit sebanyak memberikan idea dalam merancang percutian kelak. Bandar tidak moden seperti Kuala Lumpur, ini sekaligus memberikan pengalaman berbeza buat warga kota.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *