Memandangkan ramai yang cakap bercuti di Langkawi ni mahal, kami senaraikan beberapa tempat menarik di Langkawi tanpa bayaran.
Percuma! Ya, ramai yang tak tahu yang anda masih boleh bercuti di Langkawi tanpa jejaskan poket!
Jadi untuk memudahkan anda dalam merancang bajet percutian, kami akan senaraikan beberapa tempat menarik di Langkawi yang percuma.
Dataran Helang |
Mercu tanda Langkawi, Dataran Helang sudah sinonim dengan pelancong. Memang tidak akan lengkap percutian anda sekiranya tidak bergambar kenangan di hadapan replika helang gergasi ini.
- Bergambar
- Nikmati view sunset
- Lihat bot dan cruise
Ia juga adalah salah satu tempat menarik di Langkawi waktu malam.
Harga tiket: Percuma |
Air Terjun Telaga Tujuh |
Tengah cari tempat mandi di Langkawi? Anda boleh ke Air Terjun Telaga Tujuh yang indah. Perlu mendaki, tetapi tidak terlalu mencabar. Tidak sesuai untuk anak kecil & warga emas.
View memang cantik. Luas dan boleh tampung ramai pengunjung.
- Pejalan kaki, gazebo
- Jambatan gantung
- Tandas, tempat persalinan.
Banyak kemudahan yang disediakan seperti laluan pejalan kaki, tandas awam, tempat persalinan, dan wakaf.
Harga tiket: Percuma
Lokasi: Google Maps |
Pantai Cenang |
Pantai yang paling popular di Langkawi. Pasirnya memutih dan anda dapat melihat keindahan laut yang mempersonakan dek kerana terdapatnya gugusan pulau. Pelbagai aktiviti yang boleh anda lakukan di Pantai Cenang seperti:
- Mandi pantai, ATV, banana boat, parasailing.
- Restoran
- Jetski
- Bermain layang-layang
Kalau nak naik banana boat, parasailing, atau ATV tu kena bayar tau. Selain itu terdapat banyak kedai cenderamata dan pakaian menarik disepanjang pantai. Begitu juga dengan tempat makan sedap.
Telaga Harbour Marina |
Anda boleh berjalan-jalan di sekitar kawasan sambil melihat bot mewah yang berlabuh di sini.
Selain itu Telaga Harbour Marina turut banyak premis perniagaan seperti butik, spa, dan restoran. Restoran-restoran di sini menawarkan pelbagai jenis hidangan seperti western, Arab, Japanese, Italian, dan banyak lagi.
Pada waktu malam lebih menyeronokkan kerana kawasannya diterangi cahaya lampu yang dipancarkan ke pelabuhan dan bot mewah.
Kompleks Kraf Langkawi |
Kompleks ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu:
- Muzium Kraf
- Kampung Kraf
- Koloni Artis
- Butik Kraf
Bahagian Muzium Kraf adalah yang paling menarik. Di mana pengunjung dapat melihat bagaimana seni berubah mengikut peredaran zaman melalui item yang dipamerkan.
Pengunjung juga berpeluang melihat bagaimana proses mencanting dilakukan.
Jangan lepaskan peluang untuk membeli cenderamata di kiosk yang disediakan.
Harga tiket: Percuma
Waktu operasi: 10 am – 6 pm Lokasi: Google Maps |
Telaga Walk Cenang |
Telaga Walk ini lebih kurang seperti ‘uptown’. Banyak premis perniagaan, kedai makan menarik yang menyajikan hidangan tempatan, western, Arab, Thai, dan banyak lagi.
Waktu malam lain pula ceritanya. Pada waktu malam, Telaga Walk bermandikan cahaya lampu berwarna warni. Terdapat permainan keretapi dan kereta Volkswagenyang dipasang dengan cahaya lampu.
Lewat malam pun lokasi ini masih dikunjungi orang ramai. Sebab itulahIa menjadi salah satu tempat menarik di Langkawi.
Kompleks HiG Duty Free Mall (HIG) |
Tidak lengkap sekiranya kami tidak senaraikan Kompleks HiG Duty Free Mall (HIG).. Kompleks HIG adalah tempat shopping di Langkawi yang utama sekiranya anda bercadang untuk borong coklat murah.
Kat sini anda boleh shopping:
- Coklat
- Pinggan mangkuk
- Peralatan dapur
- Perhiasan rumah
Kilim Geoforest Park |
Ramai yang tak tahu tentang Kilim Geoforest Park ni. Ia merupakan salah satu kawasan paya bakau & formasi batu kapur yang indah di Malaysia.
Aktiviti menarik di Kilim Geoforest Park?
- Boardwalk – Untuk lihat flora dan fauna kawasan paya bakau.
- Berkayak
- Menaiki bot
- ATV
Banyak aktiviti berbayar, tetapi untuk melalui boardwalk tu percuma. Ini pun dah berbaloi dan anda dah bolek tengok view yang cantik!
Tempat Makan Menarik di Langkawi |
Selain tempat menarik di Langkawi tanpa bayaran, kami selitkan juga tempat makan menarik di Langkawi.
Laksa Ikan Sekoq |
Juga dikenali dengan gelaran “Laksa Power Tepi Airport” kerana lokasinya betul-betul disebelah Lapangan Terbang Langkawi. Walaupun banyak gerai makan dikawasan itu, Laksa Power lah yang paling menonjol kerana menyajikan laksa penang sedap!
Kuah laksanya pekat, masam manis, dan tidak terlalu pedas. Hidangan ini juga hadir bersama dengan sebiji telur rebus, salad, dan nenas yang banyak.
Selain laksa penang, Rojak Mahsuri juga turut menjadi pilihan pelanggan. Lauk pauknya banyak dan dilimpahi kuah kacang yang menyelerakan. Memang puas hati. Dalam pada itu, order juga char kueh tiaw, somtam seafood, rojak buah, cendol pulut, dan mee udang.
Kalau nak cari tempat makan best di Langkawi, wajib singgah sini!
Waktu operasi:
Lokasi: Google Maps |
Restoran Kak Yan Nasi Campur |
Nak makan nasi campur sedap dan murah? Kami cadangkan anda ke Restoran Kak Yan Nasi Campur yang terletak di Jalan Ulu Melaka.
Bukan main popular di kalangan penduduk setempat. Mana tidaknya puluhan lauk dan ulam ulaman menjadi pilihan untuk santapan tengah hari.
Banyak masakan Melayu sedap yang boleh anda nikmati seperti aneka guna, ikan keli, ikan bakar, sup, ayam, berempah, dan ulam untuk dicicah bersama budu dan sambal.
Waktu operasi: 8 am – 4 pm
Lokasi: Google Maps |
FAQs |
Tempat menarik di Kuah?
|
Semoga senarai tempat menarik di Langkawi ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam merancanakan percutian kelak. Kami berharap agar anda dapat menikmati pengalaman bercuti di Langkawi yang indah bersama keluarga.
One Reply to 9 Tempat Menarik di Langkawi Tanpa Bayaran | TERKINI 2024
Semua tempatnya best. Tak cukup kalau pergi bercuti kejap.