Tempat Menarik

Tempat Menarik di Lumut

Pekan kecil Lumut merupakan mukin di dalam daerah Manjung, Perak. Kawasan yang terkenal sebagai Bandar Tentera Laut ini sebenarnya kaya dengan tarikan pelancongan. Dek kerana kedudukan geografinya yang dekat dengan menghadap Selat Melaka, Lumut mempunyai beberapa destinasi menarik khususnya berkaitan dengan aktiviti pantai. Jom lihat apa antara tempat-tempat menarik di Lumut!

Lokasi Lumut juga agak strategik di mana ia cuma 3 jam dari Kuala Lumpur dan 1 jam 30 minit dari Ipoh. Setelah ke tempat menarik Ipoh, teruskan perjalanan anda ke Lumut.

Terdapat dua tarikan utama di Lumut ini iaitu Pulau Pangkor dan Pulau Marina. Lumut menjadi tumpuan pelancong kerana ia merupakan laluan utama jika anda ingin ke Pulau Pangkor.

Selain pulau, banyak lagi tempat menarik di Lumut boleh anda terokai. Melawat tempat menarik Perak tidak akan lengkap tanpa berkunjung ke Lumut.

#1 Pantai Teluk Batik

Rugi kalau tidak singgah dan menyaksikan keindahan Pantai Teluk Batik. Pemandangan pantai ini agak berbeza dnegan pantai-pantai yang lain kerana ia berlatar belakangkang bukit.

faizalfredley.com

Airnya juga jernih dan pasirnya memutih. Berada di pantai ini seolah olah berada di sebuah pulau tropika.

Di sini anda boleh memancing, mandi pantai, menaiki banana boat, dan menikmati makanan laut.

Alamat: Pantai Teluk Batik 32200, Perak

#2 Muzium KD Rahmat

Kalau nak tahu, ia merupakan sebuah kapal perang yang telah diubahsuai menjadi muzium. Ia KD Rahmat sebelum ini digunakan untuk mengawal pantai Malaysia sehinggalah dihentikan pada 2017.

Kini ia dibuka kepada orang ramai untuk melihat selok belok fungsi dan bahagian dalam kapal. Ia juga memberi peluang kepada pengunjung untuk mengetahui sejarah maritim negara.

Waktu operasi: 10am – 6pm | tutup pada Selasa

Harga tiket: Dewasa RM15 |Kanak kanak RM7

Alamat:  Sungai Kanan,, 32200 Lumut, Perak

#3 Taman Paya Bakau

Lumut sebenarnya dikelilingi oleh hutan paya bakau. Tanah berlumpur ini penting untuk ekosistem di mana mengelakkan daripada hakisan laut. Ia dibuka kepada orang ramai untuk melihat keindahan flora dan fauna hutan paya bakau.

Banyak tumbuhan dan haiwan yang jarang dapat kita lihat kerana kebanyakkannya tinggal di habitan lembab.

Pengunjung tidak perlu meredah lumpur, kerana terdapat jambatan sepanjang 366 meter.

Ingin kami ingatkan anda supaya berhati hati dengan kehadiran monyet. Mereka tidak membahayakan tetapi gemar mencuri makanan.

Harga tiket: Percuma

Alamat: Desa Manjung Raya, 32200 Lumut

#4 Marina Island

Siapa sangka Pulau Marina merupakan pulau buatan manusia. Pulau ini masih belum siap sepenuhnya tetapi kehadiran pengunjung di alu alukan. Ini kerana pemandangannya tidak ubah seperti pulau semula jadi.

Air lautnya jernin dan sesuai untuk semua aktiviti pantai. Kalau nak lagi best menginap sahaja di Best Western Marina Island Resort Pangkor. Resort ini berkonsepkan apartment yang boleh memuatkan keluarga besar.

Bahkan segala kelengkapan disediakan termasuk pakej aktiviti menarik. Pulau Marina terletak di hadapan Pulau Pangkor.

Alamat: Marina Island, 32200, Perak

#5 Frenzy Water Park Marina Island

Taman tema air ini agak berbeza dengan tarikan seumpamanya yang lain. Jika anda biasa menonton rancangan Wipeout di saluran AXN, anda pasti akan teruja. Frenzy Water Park Marina Island berkonsepkan ‘halangan’.

Ini dimana sebuah ‘blow up gergasi’ di bina di atas air dan anda boleh melompat di atasnya.

Kami pasti taman tema ini bakal menjadikan percutian anda bersama keluarga atau rakan lebih menyeronokkan kerana masing-masing seolah-olah bertarung antara satu sama lain.

Harga tiket:

Dewasa RM20 | Kanak kanak RM15

Alamat: KM1, Jalan Utama Marina Island, Teluk Muroh, 32200, Lumut, Perak.

#6 Pusat Penyu Segari

Persisiran Selat Melaka turut menjadi tempat persinggahan penyu dan kini populasinya terancam. Pusat Penyu Segari ditubuhkan untuk mengawal dan menjaga populasi penyu agak terus terpelihara.

sevenpie.com

Selain itu, ia juga dibuka kepada orang ramai untuk melihat dengan lebih dekat lagi haiwan terancam ini. Jika bertuah, anda juga diberi peluang untuk melepaskan anak-anak penyu di pantai.

Peluang ini pastinya memberikan mengalaman percutian yang berharga.

Waktu operasi: 10am – 5pm

Harga tiket: Percuma

Alamat: 34900 Lumut, Perak

#7 Lumut Waterfront

Lumut Waterfront merupakan taman awam yang berpanorama indah. Apa yang membuatkan taman ini lain dari yang lain adalah kerana ia menghala ke kuala Sungai Dinding dan Sungai Sitiawan.

Banyak kemudahan yang ada di sini seperti tempat duduk, restoran, kiosk cenderamata/snek, dan taman permainan. Ini merupakan tempat menarik di Lumut pada waktu malam kerana kawasan ini dipancarkan dengan cahaya lampu indah. Ramai yang datang lepak dan menghirup udara malam di sini.

Selain dapat beriadah dan menghirup udara segar, pengunjung dapat menyaksikan pemandangan sungai dan bukit bukau yang mempersonakan.

Alamat: Lumut Waterfront, 32200 Lumut

#8 Teluk Senangin

Tempat menarik di Lumut seterusnya adalah Teluk Senangin. Tidak kurang juga hebatnya kerana menawarkan pemandangan dan aktiviti pantai yang menyeronokkan.

Kalau nak dibandingkan dengan Pantai Teluk Batik, Teluk Senangin lebih tenang kerana tidak ramai pengunjung. Bolehlah anda mendapatkan sedikit privacy di sini.

Oh ya, anda boleh lihat Pulau Pangkor dari pantai ini.

Alamat: Jalan Teluk Senangin 32200, Negeri Perak

#9 Pulau Pangkor

Salah satu tempat peranginan dan pulau popular di Malaysia. Keindahan sudah tidak dapat dinafikan lagi. Ia terserlah pada kejernihan air laut, pasir yang memutih, dan suasana pulaunya yang menenangkan jiwa.

Jika datang bersama keluarga mahupun rakan, pasti ada sahaja aktiviti yang boleh anda buat di sini. Antaranya mandi pantai, snokerling, memancing, beristirehat di resort/chalet, dan scuba diving.

Bagaimana cara ke Pulau Pangkor?

Salah satu cara untuk ke Pulau Pangkor adalah melalui Jeti Lumut. Terdapat perkhidmatan feri yang membawa pelancong ke sana dengan harga tiket RM16 (pergi & balik).

Cara kedua untuk ke Pangkor adalah menaiki feri dari Marina Island yang kami sebutkan tadi. Harga tiket feri adalah RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak (pergi & balik).

#9 Kota Belanda

Di Pulau Pangkor terdapat sebuah kubu yang dikenali sebagai Kota Belanda. Ia merupakan tempat untuk menyimpah hasil timah pada tahun 1670. Akibat perebutan kuasa di antara penjajah pada masa itu, Kota Belanda menjadi tempat pertumpahan darah.

traveloghazim.blogspot.com

Alamat: 32300 Pangkor Island, Perak

#10 Teluk Nipah

Pantai sepanjang 620 meter ini merupakan pantai yang paling cantik di Pulau Pangkor. Kawasan ini menawarkan air laut yang jernih, landai, dan pemandangan menakjubkan.

Di tampah pula dengan adanya batu-batu besar, ini menambahkan lagi keindahan Teluk Nipah. Pastikan anda melakukan aktiviti snorkeling dan memberi ikan makan di sini. Ini kerana airnya amat jernih.

Selain itu terdapat banyak chalet dan resort menarik di Teluk Nipah. Setiap satu daripadanya menawarkan pakej dan perkhidmatan yang best.

Alamat: Teluk Nipah 32300 Pangkor Island, Perak

Tempat makan menarik di Lumut

Restoran Silaturahim

Nak cuba rasa masakan tempatan di Lumut? Usah pening-pening kepala, singgan sahaja ke Restoran Silaturahim. Restoran ini menawarkan masakan kampung dan lauk campur yang pelbagai.

Banyak lauk yang boleh anda pilih seperti ikan bakar, asam pedas, kari, aneka gulai, ayam goreng, paru, dan ulam ulaman.

lovingcaringhealthylife.blogspot.com

Waktu tengah hari memang penuh dengan kehadiran pelanggan. Kami yakin anda tidak akan kecewa makan di sini.

Waktu operasi: 11am – 4pm

Alamat: 136, A186, 32200 Lumut, Negeri Perak

Tempat tempat menarik di Lumut pastinya dapat menjadikan percutian hujung minggu anda penuh dengan memori indah. Lagipun banyak aktiviti yang boleh merapatkan silaturahim di antara ahli keluarga. Pastikan anda bersedia dengan pakaian dan peralatan mandi kerana banyak aktiviti pantai yang boleh anda lakukan di sini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *