Tempat Menarik

Tempat Menarik di Manjung

Manjung adalah salah satu daerah yang popular di kalangan pelancong. Tarikan utama daerah ini tertumpu kepada aktiviti pantai dek kerana kedudukannya yang bertentangan dengan laut. Selain itu Manjung merupakan pintu masuk utama untuk ke Pulau Pangkor iaitu melalui Lumut. Tanpa membuang masa, jom lihat tempat menarik di Manjung, Perak. Manalah tahu anda sedang merancang percutian dengan famili.

#1 Taman Esplanade

Terletak bersebelahan dengan Jeti Lumut, Taman Esplanade menjadi tempat persinggahan pelancong sebelum menaikki feri. Landskap taman ini cukup cantik dan menenangkan.

Pemandangan laut dan diserikan juga dengan bukit bukau yang menghijau. Sesuai sekali untuk mereka yang ingin jalan-jalan sambil menghirup udara segar.

Menjadi tempat riadah warga Lumut, ia memanggil kunjungan mereka yang berkeluarga khususnya anak-anak yang mahukan saat riang di taman permainan.

Taman Esplanade meriah dengan kehadiran orang ramai pada waktu petang. Selain Jalan-jalan singgah lah sebentar di gerai makan untuk menikmati pelbagai jenis hidangan.

Alamat: 32200 Lumut, Perak

#2 Taman Awam Lumut Water Front

Taman seluas 7.4 hektar ini menghadap Selat Dinding. Oleh itu panorama Taman Awam Lumut Water Front sangat mengasyikkan.

Ia dibangunkan untuk supaya menjadi tempat rekreasi untuk orang awam beriadah. Diilhamkan daripada pergerakan hidupan laut jadi tidak hairanlah jika banyak replika serta informasi tentang ekosistem di sini.

Menariknya pengunjung dapat melihat kapal perang kerana ia dekat dengan pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Usah bimbang soal fasiliti, kerana taman permainan, gerai, tandas, laluan pejalan kaki, serta tempat letak kenderaan disediakan.

Alamat: 32200 Lumut, Perak

#3 Taman Paya Bakau (Mangrove Park)

Taman Paya Bakau ini diwujudkan kerana ia penting untuk ekosistem terutama buat kawasan pantai. Ia dianggap sebagai habitat beberapa spesis haiwan dan sering menjadi laluan migrasi burung burung.

Anda di alu-alukan untuk menyaksikan keindahan alam ini di Lumut. Terletak di Jalan Ipoh – Lumut, dan cuma 10 minit perjalanan dari bandar Lumut.

MANJUNG 22 NOVEMBER 2016. ( HM IPM722W) Monyet di Taman Paya Bakau didakwa mencerobohi kawasan perumahan penduduk di Desa Manjung Raya 2, Lumut dan menjadikan bumbung rumah di situ sebagai tempat bermain. STR/NOOR HIDAYAH TANZIZI

Ada yang membayangkan kena mengharungi lumpur…. Tapi usah khuatir kerana pengunjung hanya berjalan di atas pelantar yang sudah terbina di sini.

Dari atas pelantar, anda akan dapat saksikan pokok-poko bakau yang unik. Di samping ini jika anda bertuah akan ada monyet dan beberapa haiwan lain yang berkeliaran.

Rasai juga pengalaman memerhati burung di menarai tinjau yang disediakan. Cuma kami berharap agar anda dapat menjaga kebersihan di sini.

Harga tiket: Percuma

Alamat: Desa Manjung Raya, 32200 Lumut, Perak

#4 Jeti Lumut

Pada waktu siang Jeti lumut menjadi tumpuan palancong yang hendak ke Pulau Pangkor. Bahkan kawasan sekitarnya juga luas lengkap dengan taman rekreasi dan restoran. Ada juga yang ambil peluang untuk menyaksikan suasana matahari terbenam.

Pada malam hari lain pula ceritanya. Seluruh kawasan jeti meriah dengan cahaya lampu dan kehadiran orang ramai.

Ada yang mengambil peluang mengambil angin malam sambil menikmati makan malam di restoran berdekatan. Malah, ia juga menjadi port buat kaki pancing.

Pada malam minggu, kadang kala terdapat persembahan nyanyian dan pemuzik jalanan atau buskers.

Cukup meriah dan sebab itulah Jeti Lumut ini adalah tempat menarik di lumut pada waktu malam.

#5 Teluk Batik

Teluk Batik adalah destinasi peranginan yang cukup popular di Lumut, Manjung. Jika anda dari Kuala Lumpur, ia cuma memakan masa 2 jam perjalanan sahaja. Pemandangan Pantai Teluk Batik sangat istimewa.

Belatar belakangkan hutan hujan tropika dan bukit bukau pastinya memberi pengalaman berbeza ketika bersantai di sini.

Angin lautnya sungguh segar dan ini menambahkan keseronokan tatkala melakukan aktiviti pantai.

Mandi manda, menaiki banana boat, dan parasailing sudah menjadi aktiviti wajib di sini. Pengunjung juga boleh menyewa pelampung dan kerusi malas dengan harga berpatutan.

Tempat menarik di Teluk Batik:

  • Teluk Batik Resort
  • Calet Kenangan Pak Man
  • Virgo Batik Resort
  • Restoran D’Warisan

Alamat: 32200 Lumut, Perak

#6 Teluk Senangin

Pantai Teluk Senangin juga memiliki pemandangan yang hebat. Kurang popular berbanding Teluk Batik dan tidak terlalu crowded. Ia sering menjading kawasan memancing buat kaki pancing tegar.

Menariknya, anda boleh melihat Pulau Pangkor dari Teluk Senangin ini.

#7 Marina Island

Siapa sangka Pulau Marina merupakan pulau buatan manusia. Pulau ini masih belum siap sepenuhnya tetapi kehadiran pengunjung di alu alukan. Ini kerana pemandangannya tidak ubah seperti pulau semula jadi.

Air lautnya jernih dan sesuai untuk semua aktiviti pantai. Kalau nak lagi best menginap sahaja di Best Western Marina Island Resort Pangkor. Resort ini berkonsepkan apartment yang boleh memuatkan keluarga besar.

Bahkan segala kelengkapan disediakan termasuk pakej aktiviti menarik. Pulau Marina terletak di hadapan Pulau Pangkor. Ia merupakan salah satu tempat menarik di Perak.

Alamat: Marina Island, 32200, Perak

#8 Frenzy Water Park Marina Island

Taman tema air ini agak berbeza dengan tarikan seumpamanya yang lain. Jika anda biasa menonton rancangan Wipeout di saluran AXN, anda pasti akan teruja. Frenzy Water Park Marina Island berkonsepkan ‘halangan’.

Ini dimana sebuah ‘blow up gergasi’ di bina di atas air dan anda boleh melompat di atasnya.

Kami pasti taman tema ini bakal mewarnai pengalaman bercuti di Perak se anda bersama keluarga atau rakan lebih menyeronokkan kerana masing-masing seolah-olah bertarung antara satu sama lain.

Harga tiket:

Dewasa RM20 | Kanak kanak RM15

Alamat: KM1, Jalan Utama Marina Island, Teluk Muroh, 32200, Lumut, Perak.

Tempat menarik di Ipoh:

  • Art of Old Town
  • Gerbang Malam
  • Yasmin at Kong Heng Museum (Muzium Yasmin Ahmad)
  • Lost Word of Tambun
  • Kellie’s Castle

Tempat menarik di Taiping

  • Bukit Larut (Maxwell Hill)
  • Taman Tasik Taiping
  • Bukit Merah Laketown Resort
  • Antong Coffee Mill

Boleh tahan juga tempat menarik di Manjung ini kan? Kesemua tarikan yang ada di daerah ini sudah pasti akan menceriakan percutian hujung minggu anda dan keluarga. Selamat bercuti!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *