Muzium Masjid Sultan Abdullah
Tempat Menarik

13 Tempat Menarik di Pekan Pahang Untuk Jalan-Jalan | 2024

Daerah Pekan terletak 44 km dari bandar Kuantan dan mengambil masa sekitar 30 minit perjalanan. Terkenal dengan jolokan Bandar Di Raja, banyak juga tempat menarik di Pekan yang membuatkan daerah ini berbaloi untuk dikunjungi.

Admin sendiri yang pernah tinggal di Pahang selama beberapa tahun cukup gemar berkunjung ke Pekan. Biarpun pembangunan di sini tidak sehebat pusat bandar Kuantan, Pekan tetap mempunyai keunikkannya yang tersendiri.

Apa yang menarik di Pekan, Pahang?

  1. Tempat bersejarah: Kunjungi lokasi seperti Muzium Sulta Abu Bakar yang mengumpulkan sejarah negeri dan kerabat Di Raja. Memorial Tun Abdul Razak yang menempatkan sejarah dan jasa Perdana Menteri Kedua Malaysia,
  2. Keindahan alam semula jadi: Terokai Black Water Jewel, Pulau Kucing, Air Terjun Teladas, Air Terjun Lata Mentagan, dan Pantai Lagenda (Air Leleh).
  3. Tempat makan sedap: Banyak restoran menarik baik hidangan tradisi seperti patin tempoyak mahupun cafe hipster yang berpatutan.
  4. Kraftangan: Selain popular sebagai Bandar Di Raja, Pekan turut terkenal dengan tenunan sutera dan songket asli. Pengunjun boleh beli dan lihat proses pembuatan.

Muzium Sultan Abu Bakar

Nak tahu sejarah dan susur galur negeri Pahang dengan lebih mendalam? Berkunjunglah ke Muzium Sultan Abu Bakar. Bangunan ini sendiri merupakan kediaman Residen British yang dibina pada 1888.

Sewaktu Perang Dunia Kedua, bangunan ini telah dijadikan kediaman pegawai-pegawai Jepun. Ia kemudian dinaik taraf dari bangunan kayu kepada apa yang kita dapat lihat pada hari ini. Ia juga dijadikan istana bersemayam Al-Marhum Sultan Abu Bakar.

Muzium ini mempamerkan monumen lama serta serba sedikit tentang keluarga Di Raja Pahang melalui artifak, item perak, dan banyak lagi.

Harga tiket: RM4

Waktu operasi:

Lokasi: Google Map

Black Water Jewel

Tak ramai yang tahu lokasi ini melainkan anda memang kaki camping atau hiking. Kawasan paya gambut, kaya dengan warisan alam semula jadinya. Jelas sekali Black Water Jewel atau Sungai Bebar ini mendapat namanya dari air yang berwarna hitam dek kerana bahan organik tanah sungai ini.

Anda boleh menyelusuri kawasan paya dengan bot atau perkhidmatan kanu yang disediakan. Pelancong boleh lihat perkampungan orang asli dan keindahan alam yang tidak diusik untuk tujuan pembangunan.

Macam mana cara ke Black Water Jewel ni? Anda boleh menaiki bot atau kanu yang disediakan di jeti Sungai Nenasi.

Rumah Kelahiran Tun Abdul Razak

Begitu banyak sekali sejarah tersimpan di Pekan ni, antara lainnya adalah tempat kelahiran Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak. Ia terletak di dalam Pusat Pengembangan Tenun Pahang DiRaja Kamping Soi.

Terdapat galeri yang mempamerkan keris lama, al-quran lama dan pelbagai lagi koleksi yang pernah digunakan oleh Tun sendiri.

Yang paling mendapat perhatian adalah gambar-gambar keluarga Tun Razak yang jarang kita lihat. Ini termasuk gambar beliau bersama anaknya yang juga bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.

Alamat: Kompleks Budaya Pulau Keladi, Kampung Pulau Keladi, Pahang, Kampung Mengkasar, 26600, Pekan.

Lokasi: Google Map

Muzium Masjid Sultan Abdullah

Sebelum ini ia hanya sebuah masjid tertua di Pekan iaitu dibina pada 1932, kini bangunan ini diubahsuai menjadi sebagai muzium Islam bagi membolehkan pengunjung menghayati warisan Islam.

Seni bina Muzium Masjid Sultan Abdullah cukup unik bagaikan sebuah masjid dalam taman. Ia mengandungi pelbagai komponen seperti ruang pameran, ruang solat, ruang diskusi dan ilmiah.

Pengunjung dapat melihat sumbangan Islam dalam tamadun dunia yang pelbagai termasuk alat muzik. Ia diikuti dengan sejarah perkembangan Islam di Pahang dengan penemuan Batu Nisan Permatang Pasir yang menandakan kedatangan Islam di negeri ini.

Lokasi: Google Map

Taman Tasik Sultan Abu Bakar

Merupakan sebuah tasik buatan manusia. Terdapat Pusat Sukan Komuniti dan Pusat Penerangan Pelancongan buat pengunjung. Lokasi terbaik untuk riadah seperti jogging, bersenam, dan berbasikal.

Terdapat taman permainan untuk anak-anak kecil.

Apa yang istimewanya adalah kerana ia memiliki pemandangan tasik yang indah terutama pada waktu senja.

Ini merupakan salah satu lokasi santai untuk penduduk tempatan beristirehat di waktu petang.

Lokasi: Google Map

Pekan Riverfront

Cukup popular dikalangan penduduk tempatan untuk lepak, beriadah, menjamu selera. Dahulunya cuma sebuah pulau kemudian dibangunkan. Kini, ia ‘hidup’ dan menjadi tumpuan penduduk serta pelbagai acara di daerah ini.

Cukup meriah pada waktu petang dan malam, orang ramai datang bersantai dan lihat pemandangan Sungai Pahang. Di samping itu, ada juga yang ingin menjamu selera di gerai berhampiran.

Ada sate, cendol, air batu campur, masakan panas, serta seafood segar.

Lokasi: Google Map

Murtabak Mengkasar

Penat seharian berjalan, jom pekena Murtabak Mengkasar yang terkenal ini. Menu ini merupakan antara menu tradisi pilihan keluarga Istana.

Apa yang membezakan Murtabak Mengkasar dengan murtaba lain adalah ia memiliki tiga lapisan tebal berinti daging dan rempah-ratus berkualiti, dan ia dimasak lebih garing.Enak dimakan bersama:

  • Sirap bawang
  • Kuah dal
  • Cheese

Ini menjadikan menjadikannya lebih enak berbanding murtabak yang pernah anda makan sebelum ini. Harganya juga masih munasabah, memandangkan ia mewah dengan daging.

 

Kalau berpeluang ke Pekan, wajib cuba Murtabak Mengkasar!

Waktu operasi: 3 pm – 10 pm

Lokasi: Google Map

Pantai Lagenda (Pantai Air Leleh)

 

Tempat menarik di Pekan seterusnya adalah Pantai Air Leleh di mana lokasinya cuma 40 minit pemanduan dari Kuantan.

Biarpun menjadi tumpuan warga tempatan, pantai ini tidak pernah terlalu ‘crowded’. Ia luas, bersih, mudah diakses, dan banyak kemudahan untuk pengunjung. Contohnya:

  • Tempat persalinan
  • Tandas
  • Gazebo
  • Tapak perkhemahan

Banyak aktiviti pantai boleh anda lakukan di sini. Ini kerana airnya cetek dan selamat untuk kanak-kanak.

Air Terjun Lata Mentagan

Lata Mentagan sudah menjadi port istimewa dikalangan mereka yang gemar hiking dek kerana air terjun ini ada 7 tingkat kesemuanya. Perjalanan bermula dari Jalan Belimbing, dan perlu melalui jalan kecil selama 20 minit.

Manakala pendakian menuju ke kawasan air terjun mengambil masa sekitar 45 minit. Agak mencabar kerana perlu melalui denai yang sukar dan curam.

Perasaan lega dan gembira pastiΒ  muncul setelah melihat kolam takungan air di tingkat tujuh. Berbaloi!

Kafe Belibis

Nak rasa pengalaman makan dalam keretapi? Anda boleh ke Kafe Belibis yang terletak di dalam kawasan Muzium Sultan Abu Bakar. View dan dekorasi kafe ini memang cantik dan mendamaikan.

Harga makanan di sini masih munasabah, sebab itu kafe ni sentiasa dipenuhi pelanggan. Antara menu best di sini:

  • Sarapan – Nasi lemak, nasi berluk, kuih-muih tradisional
  • Tengahari – Lauk campur, patin tempoyak, gulai, ulam, hidangan western.
  • High tea – Keropok lekor, murtabak, kopi premium, smoothie
Waktu operasi: 8 am – 7 pm

Lokasi: Google Maps

Cherista Cafe

Kafe ini baharu sahaja beroperasi pada tahun lepas, tetapi telah mendapat tempat di hati warga pekan. Selain dari kopi premium dan smoothie sedap, mereka juga sediakan pretzel istimewa pada harga berpatutan.

Anda boleh cuba pretzel parmesan, seasalt, dan aneka perisa lain. Freshly baked dan lembut!

Di samping itu hidangan western juga tidak kurang hebatnya. Portion banyak dan menyelerakan!

Waktu operasi: 1 pm – 10 pm | tutup pada Isnin

Lokasi: Google Map

Restoran Ikan Bakar Mak CT

Nak makan seafood sedap dan segar? Anda boleh ke Restoran Mak CT yang sentiasa penuh dengan pelanggan ni.

CUba ikan bakar, sotong bakar sambal, dan tomyamnya. Di sini, pelanggan boleh pilih sendiri seafood segar, timbang dan cakap je jenis masakan. Dimakan pula bersama kailan ikan masin dan telur dadar. Wow! Kombinasi yang mantap.

Suasana restoran ini pun best, betul-betul di tepi sungai. Pelanggan boleh ambil angin segar dan lihat bot nelayan lalu-lalang.

Waktu operasi: 3 pm – 12 am

Lokasi: Google Map

Restoran Sumpit-Sumpit

Restoran Sumpit-Sumpit adalah antara tempat makan di Pekan Pahang yang harus anda tuju. Menghidangkan pelbagai menu menarik dari negara jiran, Indonesia yang juga menjadi kegemaran rakyat Malaysia.

Ayam penyet, geprek, pecel lele, dan aneka sambal pedas yang menyelerakan!

Tak makan pedas? Usah risau kerana mereka juga sediakan pelbagai menu western dan masakan panas untuk pelanggan.

Waktu operasi: 11 am – 10.30 pm

Lokasi: Google Map

Banyakkan tempat menarik di Pekan ni? Siapa sangka daerah kecil ini menyimpan pelbagai lokasi awesome untuk dikunjungi.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *