Cameron Highland merupakan antara tempat percutian utama Malaysia. Suhu sejuk sepanjang tahun, memiliki pemandangan bukit-bukau, serta mengumpulkan sejumlah tempat menarik untuk dilawati.
Selain dari ladang teh dan strawberi, banyak lagi port mesra keluarga yang boleh anda kunjungi. Harga tiket masuk juga masih lagi berpatutan. Memang sesuai untuk anda dan rakan habiskan masa di sini pada hujung minggu.
Artikel Tempat Menarik di Cameron Highlands
- Tarikan Cameron Highland di Waktu Malam
- Tempat Menarik di Brinchang
- Aktiviti di Cameron Highland
- 11 Tempat Makan Menarik di Cameron Highland
- Sajian Best di Cameron Highlands
Green View Garden Cameron Highlands |
Agak jauh dari Tanah Rata, tapi kalau anda dari Ipoh memang akan melalui Green View ni. Apa yang best di sini adalah ia lengkap sebagai lokasi peranginan tanah tinggi.
Anda boleh nikmati view bukit bukau, landskap taman yang menawan, petik strawberry, dan jalan-jalan di taman serta bergambar dengan keluarga.
Disamping itu, anda boleh rehat minum teh dan menjamu snek yang berasaskan strawberry di sini.
Ada paddle boat untuk kanak-kanak tau. Si cilik pasti seronok.
Aktiviti:
Harga tiket: Percuma. Bayaran dikenakan untuk paddle boat, petting zoo Waktu operasi: 9 am – 5 pm |
YZ Agro Farm |
YZ Agro Farm merupakan salah satu ladang strawberry yang popular dikalangan pelancong. Di sini, anda boleh petik sendiri atau beli buah strawbery yang segar. Selain menyediakan dessert berasaskan buah ini, pelanggan juga boleh menjamu selera di restoran yang disediakan.
Antara menu best yang disediakan adalah nasi lemak, patik tempoyak, laksa penang, dan banyak lagi.
Lokasi: Google Map
Waktu Operasi: 8 am – 6 pm |
Bharat Tea Plantation |
Siapa tidak kenal akan ladang teh indah, Bharat Tea bukan? Dari jauh lagi pengunjung dihidangkan dengan keindahan ladang teh yang menghijau. Bukan itu sahaja, dek restorannya yang menghadap ladang turut menjadi perhatian.
Pengunjung boleh masuk ke dalam ladang untuk bergambar, makan scone, minum teh, dan mendapatkan cenderamata berasaskan teh dan strawberry.
Percutian tidak akan lengkap tanpa kunjungan ke Bharat Tea tau! Wajib masukkan dalam itinerary Cameron Highland 3 hari 2 malam anda.
Lokasi: Google Map
Waktu Operasi: 8 am – 6 pm Harga tiket: RM2 seorang (tiket masuk ladang sahaja) |
 Highlands Apiary Farm |
Merupakan sebuah ladang lebah dan strawberry yang menarik untuk anda sekeluarga kunjungi. Landskapnya bertingkat-tingkat dan ditanam dengan pelbagai jenis pokok bunga sebagai sumber makanan lebah.
Pengunjung dapat mempelajari bagaimana lebah ini dijaga, menghasilkan madu, seterusnya menjadi makanan harian kita. Bukan sekadar lebah, anda turut boleh lihat tanaman sayuran, dan aneka spesis pokok bunga yang menawan.
Anda boleh petik strawberry, beli snek dan aiskrim berasaskannya, serta makanan berasaskan madu.
Lokasi: Google Map
Waktu Operasi: 8 am – 6 pm |
 MARDI Agrotechnology Park |
Antaram tempat menarik di Tanah Rata Cameron Highland yang paling digemari pelancong. MARDI Agrotechnology Park merupakan pusat penyelidikan dan pemuliharaan tumbuhan yang unik dan berlandskap menarik.
Puluhan jenis bunga ros, 10 jenis strawberry, cactus, sayuran, dan banyak lagi.
Mardi Agrotechnology Park ini terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu:
- Rose Garden
- Herb Garden
- Orchid Garden
- English Garden
- Research Centre
Selain menyaksikan keindahan tumbuhan ciptaan Tuhan, pengunjung turut memperoleh pelbagai informasi seperti cara penanaman, baja, penjagaan, dan suhu yang sesuai.
Tempat: Mardin Agro Park
Lokasi: Google Map Waktu operasi: 8 am – 5 pm | tutup pada Selasa Harga tiket: Dewasa RM5 | Kanak-kanak RM2 |
Robinson Falls |
Seronok juga kalau dapat bermandi manda di kawasan tanah tinggi kan? Cuaca dingin, pemandangan cantik, air terjun pula bersih dan segar.
Anda boleh ke Air Terjun Robinson yang cukup popular di Cameron. Perjalanan dari tempat letak kereta mengambil masa sekitar 10 – 15 minit perjalanan. Agak tidak sesuai untuk warga emas dan anak-anak kecil.
Sesampainya anda di kawasan air terjun, anda pasti terpukau dengan suasananya.
Laluan pejalan kaki dan pondok disediakan buat pengunjung.
Lokasi: Google Map
Harga tiket: Percuma |
KHM Strawberries & Jam |
Banyak juga premis seumpama ini di Cameron, KHM Strawberries & Jam adalah salah satu daripadanya. Cukup berbaloi untuk anda kunjungi kerana harga strawberry yang boleh anda petik amat berpatutan, bersih, dan mereka menyediakan sebuah cafe untuk menjamu selera.
Nikmati scones, aneka desserts yang berasaskan strawberry, dan minum petang bersama teh segar.
Tak hairanlah mengapa KHM Strawberries & Jam ini tidak pernah lekang dengan pelanggan.
Lokasi: Google Map
Waktu Operasi: 9 am – 5 pm |
Cameron Adventurous |
Disamping makan buah strawberry dan menghirup teh segar, aktiviti outdoor yang mencabar fizikal turut menjadi pilihan pelancong di saat bercuti di Cameron Highland.
Aktiviti yang dimaksudkan adalah menunggang ATV di lereng bukit. Aktiviti ini selamat kerana hanya melalui laluan yang disediakan. Anda akan dapat menyaksikan pemandangan ladang teh yang menghijau sepanjang menunggang motor empat tayar ini.
Bukan itu sahaja, peserta turut diberi penerangan tentang informasi ladang teh dan kawasan sekitar.
Aktiviti ini hanya untuk 16 tahun ke atas sahaja.
Harga Cameron Aventurous:
Lokasi: Google Map |
Kampung Taman Sedia |
Tidak ramai yang bercakap tentang ‘hidden gems’ ini. Kampung Taman Sedia merupakan sebuah penginapan ala homestay dan chalet menarik untuk para pelancong.
Ia turut menyediakan ladang strawberry dan cafe. Sekiranya anda tidak mahu menginap, anda boleh datang petik buah dan minum petang di cafe yang disediakan.
Panoramanya juga cukup mengagumkan. Ramai pelancong yang ambil peluang dengan merakam gambar kenangan bersama keluarga dan rakan.
Free things to do in Cameron Highland ni. Rugi kalau tak pergi.
Lokasi: Google Map |
 Big Red Strawberry Farm |
Big Red Strawberry Farm ini terletak di Brinchang, tetapi kami selitkan juga dalam senarai kerana ia adalah ladang strawberry yang paling digemari pelancong. Mungking kerana dekorasinya yang indah serta menawarkan harga yang berpatutan.
Juga dikenali sebagai Taman Agro Tourism Cameron Highlands. Selain buah strawberry, anda turut berpeluang lihat pokok bunga lain yang segar di sini.
Ambil peluang mendapatkan snek berasaskan strawberry, minum petang dan makan tengah hari di cafe indah di sini.
Lokasi: Google Map
Harga tiket Big Red Strawberry Farm: Percuma |
 Pak Tam Kek Viral Cameron Highlands |
Juga terletak di Brinchang, Pak Tam Kek Viral adalah kedai kek sedap di Cameron Highland yang hangat diperkatakan.
Pernah viral di media sosial kerana keenakan dan kelembutan keknya. Menjual pelbagai jenis kek atau pencuci mulut pada yang berkualiti pada harga berpatutan. Ramai yang datang dari jauh semata-mata untuk menikmati kek Pak Tam ini.
Kek yang disediakan adalah seperti coffee caramel, japanese coffee, blueberry cheese, rainbow pandan cheese, red velvet, dan banyak lagi.
Kalau anda ke sini, rugi kalau tak singgak ke kedai Pak Tam.
Lokasi: Google Map
Waktu Operasi: 9.30 am – 11.30 pm |
Cameron Valley Tea House 3 (Kuala Terla) |
Cameron Valley Tea House ini ada banyak cawangan, kalau anda datang dari Simpang Pulai atau Lojing, akan jumpa House 3 dahulu, kalau daripada arah Ringlet akan jumpa Cameron Valley Tea House 1 dan 2. Yang kami nak kongsikan ini ialah di House 3. Di sini memang port makan scone.
Selain scone, anda boleh cuba pelbagai pastri lain seperti kek dan roti. Mereka juga sediakan kedai cenderamata untuk anda beli dan bawa pulang sebaga ‘souvenir’.
Lokasi: Google Map
Waktu Operasi: 9.30 am – 11.30 pm |
Taman Pertabalan Tanah Rata |
Tempat rekreasi untuk orang awam. Kebiasaannya kita jogging dan beriadah di tengah panas. Kali ini kita dapat lakukannya dalam suhu dingin. Memang lain ‘feel’nya. Terdapat taman permainan untuk kanak-kanak, taman dengan landskap indah, serta kemudahan lain.
Sesuai untuk morning walk, dan jadi kawasan untuk anda merakam gambar kenangan. Lokasinya di tengah-tengah bandar. Tidak jauh dari kebanyakan hotel dan restoran.
Lokasi: Google Map
Tempat makan berdekatan:
|
Taman Eko Rimba Parit Falls |
Hanya 1 km dari banda Tanah Rata, tidak popular seperti Lata Iskandar, tetapi pemandangan dan kemudahan di sini tidak kurang hebatnya. Anda boleh dengar deruan air terjun di saa anda parkir kenderaan.
Laluannya tidak terlalu berliku, jadi masih sesuai untuk semua golongan. Tambahan pula pihak berkuasa tempatan sediakan board walk dan tempat duduk. Pemandangan di sini memang cantik. Tidak ada masalah kalau nak mandi air terjun atau anak sungai.
Lokasi: Google Map
Tempat menarik berdekatan:
|
Tan’s Camellia Garden |
Merupakan taman pokok bunga serta nursery menarik. Masuk adalah percuma. Anda dan keluarga boleh lihat pelbagai jenis pokok bunga yang segar dan cantik di sini. Bahkan banyak spesis yang jarang kita lihat sebelum ini.
Anda boleh bergambar dan beli anak pokok serta baja dengan harga serendah RM10 sahaja. Pengusahanya juga amat mesra, sedia beri informasi tentang penanaman pokok.
Lokasi: Google Map |
Let’s Go Discovery |
Bagi yang belum tahu, Let’s Go Discovery merupakan perkhidmatan ‘tour guide’ yang akan membawa anda melihat sisi Cameron Highlands dari sisi yang berbeza dengan pacuan 4 roda.
Kali ini ia lebih dekat dengan alam sekitar, jauh dari kesesakkan pelancong lain. Tour guide akan bawa anda ke Mossy Forest, kebun sayur, ladang teh dan strawberry dengan pacuan 4 roda.
Anda akan diberi informasi dari tour guide yang peramah. Highly recommended!
Tempat: Let’s Go Discovery
Lokasi: Google Map Hubungi: 016-5955445 |
Sky Farm Agro Highlands Sg Bisik |
Kira-kira 2 minit pemanduan dari Bharat Tea Plantation, Sky Farm adalah antara lokasi ‘petik straberry’ yang wajar anda kunjungi. Straberry segar dan dijual pada harga serendah RM7 untuk 100g.
Selain strawberry, anda juga boleh beli pokok bunga, kaktus, dan aneka snek dan cenderamata lain yang popular di Cameron. Ramai yang gemar ke sini kerana staff yang ramah dan kawasan parkir yang luas.
Lokasi: Google Map
Harga tiket: RM2/pax Tempat menarik berdekatan:
|
Healthy Strawberry Farm |
Lokasi petik strawberry yang tidak asing lagi di Cameron. And boleh petik 500g pada harga RM35 atau beli sahaja di kaunter pada RM30 untuk dua bekas kecil. Masih lagi berbaloi untuk kutip pengalaman.
Pokok bunga dan anak poko turut dijual. Selain itu, pelanggan boleh berpeluang untuk menjamu selera di cafe sambil menikmati aiskrim, jus, dan waffle berperisa strawberry asli dari Cameron Highlands.
Ramai pelancong di sini, jadi kawasan agak ‘crowded’ terutama pada musim cuti sekolah.
Lokasi: Google Map
Hotel berdekatan:
|
Taman Agro Al-Mashoor |
Juga tempat beli dan petik buah strawberry segar. Namun, ramai pelancong lebih gemar untuk makan di cafe dalam taman. Antara menu best di sini adalah aiskrim, dadih, ice blended, waffle, dan macaroon.
Harga desserts di sini lebih murah berbanding tempat lain di Cameron. Berbaloi. Disamping itu, anda boleh pilih pelbagai snek dan buah tangan lain yang dijual untuk dibawa pulang.
Lokasi: Google Map
Hotel berdekatan:
|
Rose Valley |
Merupakan sebuah taman bungan yang terletak di Kampung Tringkap, tidak jauh dari jalan utama menuju ke bandar Brinchang. Reka bentuk landskap Inggeris ini cukup indah. Memang kena dengan suhu tanah tinggi.
Ribuan spesis pokok boleh anda lihat. Rata-rata pengunjung berpuas hati dengan lawatan mereka ke sini. Mana tidaknya, landskapnya cantik, siap ada tasik mini dengan dengan ikan koi. Lokasi terbaik untuk anda dan keluarga bergambar kenangan.
Lokasi: Google Map
Harga tiket: RM5 (Dewasa) , RM2 (Kanak-kanak) Tempat menarik berdekatan:
|
Animal Feeding Rainbow Garden |
Petting zoo terbaik di Cameron Highlands. Mengumpulkan sejumlah haiwan jinak yang boleh dipegang dan beri makan. Amat sesuai untuk anak-anak agar mereka lebih cintakan haiwan.
Antara haiwan menari di sini adalah biri-biri, arnab, burung, ayam, kura-kura, dan banyak lagi. Tempat ini juga ada banyak spot bergambar. Jangan lepaskan peluang untuk rakam memori di sini.
Lokasi: Google Map
Harga tiket: RM8 (dewasa) , RM4 (kanak-kanak) , RM2 (warga emas) |
200 Seeds Cafe (Abang Strawberry) |
Pernah viral sebagai tempat makan menarik di Cameron Highlands kerana menjual nasi lemak berwarna pink. Ia adalah nasi lemak biasa tetapi bawarna pink dengan hirisan buah strawberry.
Selain nasi lemak, anda juga boleh cuba waffle, aiskrim, scones, dan banyak lagi. Restorannya agak luas, tetapi sukar untuk tampung jumlah pelanggan pada hujung minggu dan cuti sekolah.
Pengunjung juga boleh petik strawberry dan beli buah tangan di sini. Berbaloi untuk anda kunjungi.
Lokasi: Google Map
Tempat menarik berdekatan:
|
Senarai Hotel Terbaik di Tanah Rata |
5 star Zenith Cameron – RM535 [ Booking | Agoda ] Cameron Highlands Resort – RM750 [ Booking | Agoda ]4 StarCopthorne Hotel Cameron Highlands – RM200 [ Booking ] Century Pines Resort – RM282 [ Booking | Agoda ] 3 star Chalet
Hotel Bajet Tanah Rata Nova Highlands Hotel – RM140 [Tempah di SINI] Suria Cameron Hotel A – RM137 [ Booking | Agoda ]
|