Melaka merupakan salah satu negeri di Malaysia yang menerima jumlah pelancong paling ramai. Tidak kiralah dari dalam atau luar negara, rata-rata memilih Bandar besejarah ini sebagai destinasi percutian. Mana tidaknya, Melaka bukan sahaja diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO kerana tinggalan sejarahnya yang begitu bernilai. Selain itu Melaka juga kaya dengan tarikan menarik yang sesuai untuk seisi keluarga. Kami akan senaraikan beberapa tempat penginapan menarik di Melaka.
Team Travel akan kongsikan hotel, resort, chalet, dan homestay menarik yang boleh anda pilih sekiranya ingin bercuti di Melaka.
#1 Gold Coast Melaka International Resort β harga dari RM218 di Agoda
Resort yang bertaraf 3 bintang ini berkonsepkan apartment. Dari apartment yang mempunyai 1 bilik hinggalah tiga bilik berserta dengan balkoni. Jadi tak ada masalah buat mereka yang berkeluarga besar.
Kemudahan asas boleh dikatakan cukup lengkap dengan dapur, penghawa dingin, dan tv.
Yang paling menarik, Gold Coast Melaka International Resort menyediakan taman tema air. Terdapat taman permainan dalam air yang sudah pasti bakal menarik perhatian anak kecil. Bahkan kolam untuk orang dewasa juga disediakan.
Kemudahan: Kolam renang, wifi, restoran, taman permainan, parking percuma.
Jarak dengan tempat menarik:
- A Famosa β 7 minit
- St Paul’s Church β 7 minit
- Menara Taming Saro β 23 minit
- Melaka River Cruise β 16 minit
Alamat: Lot 44, Jln Wakaf Utama, Taman Saujana Indah, 75450 Melaka (Google Maps Location)
#2 A Famosa Resort β harga dari RM308 di Booking.com
Antara resort yang telah lama beroperasi dan sering menjadi pilihan pelancong. Ini kerana A Famosa Resort bukan sahaja penginapan yang selesa tetapi aktiviti menarik. Di sini, anda boleh berkuda memanah, bermain tennis, dan memancing.
Bukan itu sahaja, terdapat taman tema air (bayaran tambahan) yang merupakan tempat mandi manda di Melaka. Anda juga berpeluang menyaksikan persembahan koboi di Cowboy Town. Cukup menarik di mana mereka akan mengenakan pakaian cowboy dan menunggang kuda. Jangan lupa singgah ke Animal World Safari.
Kemudahan: Kolam renang, water park, restoran, bowling, wifi,
Jarak dengan tempat menarik:
- The Stadthuys β 52 minit
- Mini Malaysia and ASEAN Cultural Park β 27 minit
- Melaka Bird Park β 28 minit
Alamat: A’famosa Resort 78000 Alor Gajah Malacca Β (Google Maps Location)
#3 Hatten Hotel Melaka β harga dari RM211
Hatten Hotel Melaka adalah salah satu hotel menarik di Melaka. Ini kerana ia terletak dekat dengan tarikan pelancongan. Hotel bertaraf 4 bintang ini menawarkan bilik-bilik yang elegen.
Terdapat 5 jenis bilik berbeza yang anda boleh pilih mengikut kapasiti dan bajet. Malah bilik berkonsepkan studio turut disediakan. Restoran Chatterz yang bertaraf antarabangsa menyajikan pelbagai jenis hidangan termasuklah tempatan, hidangan western, dan Chinese. Kolam renangnya juga cukup luas dan indah.
Walaupun bertaraf 4 bintang, pada harga serendah RM211 kami kelaskannya sebagai mampu inap.
Kemudahan: Wifi, restoran, gimnasium, kolam renang, spa, breakfast.
Jarak dengan tempat menarik:
- Jonker Street β 15 minit (berjalan kaki)
- Dataran Pahlawan Megamall β 9 minit
- Hang Tuah Mall β 12 minit
- Muzium Samudera β 3 minit
Alamat: Hatten Square, Jalan Merdeka, Bandar Hilir, Taman Costa Mahkota, 75000 Melaka (Google Maps Location)
#4 Areena Deluxe Hotel β harga dari RM80
Terletak di tengah-tengah bandar Melaka, Areena Deluxe Hotel merupaka sebuah hotel berkonsepkan butik. Menawarkan pelbagai jenis bilik yang ber interior menarik yang bakal membuatkan anda berasa tenang selepas penat berjalan.
Terdapat 11 jenis bilik dengan hiasan dan harga berbeza. Kesemuanya lengkap dengan kemudahan seperti wifi, tv flat skrin, DVD, malah sesetengah bilik mempunyai balkoni.
Areena Deluxe Hotel mungkin menjadi pilihan utama anda kerana bukan sahaja murah tetapi dekat dengan tempat menarik di Melaka.
Kemudahan: wifi, parking percuma, gimnasium, bilik keluarga, breakfast.
Jarak dengan tempat menarik:
- Jonker Street β 15 minit
- Mahkota Parade β 9 minit
- The Stadthuys β 13 minit
Alamat: 222, Jalan Ujong Pasir, 75050 Melaka Β (Google Maps Location)
#5 Umang-Umang Chalet (Hermit Crab Chalet) β harga dari RM110
Anda mahukan percutian di tepi pantai yang menenangkan? Nah, Umang-Umang Chalet merupakan chalet di Melaka di tepi pantai. Jujurnya, tempat penginapan ini tidak mewah, tetapi cukup selesa dan bersih.
Umang-Umang Chalet jauh dari hiruk pikuk bandar. Menariknya anda juga berpeluang menyaksikan kapal kontena yang melalui Selat Melaka. Pada waktu senja pula, jangan lepaskan peluang untuk melihat panorama matahari terbenam yang mengasyikkan.
Kemudahan: Parking percuma, peralatan BBQ,Β dewan, pakej memancing.
Jarak dengan tempat menarik:
- Pantai Klebang β 53 minit
- A Famosa β 1 jam
- Tanjung Bidara β 26 minit
No. Telefon: 016-6650167
Alamat: Lot 602, Batu 31, Bukit Darat,, Kuala Linggi, 78200 Kuala Sungai Baru, Malacca Β (Google Maps Location)
Homestay Menarik di Melaka
Limastiga Homestay Melaka β harga dari RM2,300
Limastiga Homestay adalah tempat terbaik sekirannya anda mahukan percutian yang tenang bersama keluarga. Berkonsepkan kampung tapi mewah, Limastiga Homestay menawarkan kemudahan bak resort 5 bintang.
Suasana Limastiga Homestay sangat tertutup tetapi mendamaikan. Sesuai buat mereka yang mahu meluangkan masa sepenuhnya dengan keluarga. Homestay ini juga dibuka sekiranya anda ingin mengadakan hari keluarga, seminar, serta reunion.
Ingin kami ingatkan yang Limastiga Homestay agak mahal kerana tempat ini begitu eksklusif.
No. telefon: 012 6237687
Kemudahan: Wifi, kolam renang, restoran, bilik karaoke, parking percuma, peralatan BBQ
Jarak dengan tempat menarik:
- Jonker Street β 16 minit
- Menara Taming Sari β 16 minit
- The Stadthuys β 22 minit
Alamat: Jalan Paya Dalam / Umbai, Kampung Tasek, 77300 Melaka (Google Maps Location)
Masbro Village Homestay β harga dari RM280
Masbro Village Homestay menjadi tumpuan kerana reka bentuknya yang unik. Setiap homestay di sini berbentuk segi tiga atau βAβ, malah berwarna warni.
Ia mempunyai sentuhan senibina Belanda yang membangkitkan rasa tenang pengunjung. Mungkin dari luar mungkin setiap homestay ini nampak sempit, tetapi sebenarnya agak luas. Setiap unit boleh memuatkan sebuah keluarga.
Lebih menarik setiap unik menghadap kolam renang yang luas.
Kemudahan: Kolam renang, wifi, pantry,
- Jarak dengan tempat menarik:
- Hang Tuah Mall β 19 minit
- A Famosa β 26 minit
- Menara Jam Melaka β 25 minit
Alamat: Lot 291, Batu 7 Β½, Paya Rumput,, Jalan Paya Rumput Perdana, 76450 Malacca (Google Maps Location)
Chalet murah di Pantai Klebang, Melaka
Mabohai Resort Klebang β harga dari RM68
Dari segi senibinanya, resort ini berkonsepkan kampung. Pun begitu, ia turut diserikan dengan cat warna warni supaya ia tempak lebih menyerlah.
Setiap unik bilik agak sempit dan tidak sesuai untuk keluarga besar. Tetapi jika anda datang bersama rakan, ini adalah tempat penginapan terbaik di Pantai Klebang.
Kolam renang juga disediakan dan ia menghadap pantai.
Kemudahan: wifi, kolam renang, parking percuma, memancing, mandi pantai
Jarak dengan tempat menarik:
- Melaka Sentral β 21 minit
- Pantai Klebang β 12 minit (berjalan kaki)
- A Famosa β 21 minit
- Melaka River Cruise β 18 minit
- Jonker Street β 18 minit
Alamat: 3854C, Off, Jalan Klebang Besar/Klebang Kecil, Batang Tiga, 76400 Tanjung Kling, Melaka Β (Google Maps Location)
Shahβs Beach Resort β harga dari RM139
Betul-betul menghadap Selat Melaka, Shahβs Beach Resort cuma 9 km dari Bandar Melaka. Mempunyai kira-kira 50 unit chalet unik, resort ini mampu memberikan anda percutian yang menenangkan.
Anda boleh menyaksikan matahari terbenam, kapal-kapal kontena di perairan Melaka, serta bersantai di kolam renang. Shahβs Beach Resort adalah chalet di Malaka yang ada kolam renang.
Resort ini turut dinilai tinggi oleh pengunjung.
Kemudahan: Kolam renang, wifi, mandi pantai, restoran, BBQ, spa.
- Jarak dengan tempat menarik:
- Mahkota Parade β 21 minit
- Menara Taming Sari β 19 minit
- Muzium Penjara β 20 minit
Alamat: 76400 Tanjung Kling Melaka Β (Google Maps Location)
Anda boleh pilih mana mana tempat penginapan menarik di Melaka yang kami senaraikan di atas. Setiap satu daripadanya mempunyai keistimewaan tersendiri. Yang paling penting ia tenang, mampu inap, dan membolehkan anda meluangkan masa bersama yang tersayang.