Tempat Menarik

Tempat Percutian di Perak

Memilih negeri Perak sebagai destinasi percutian adalah idea yang bernas kerana Perak memang penuh dengan tarikan ekopelancongan. Perak yang pada zaman dahulu merupakan kawasan perlombongan bijih timah utama. Maka, banyaklah tinggalah sejarah yang masih boleh dilihat hingga ke hari ini. Tarikan semulajadi seperti pantai, pulau, bukit, dan gua juga tidak kurang hebatnya. Kalau anda sedang menjari tempat percutian di Perak, teruskan membaca artikel ini.

Perak dari Kuala Lumpur tidak;ah terlalu jauh. Sebab itu Ipoh sering menjadi pilihan warga kota sebagai lokasi short getaway. Ia hanya memakan masa selama 2 jam pemanduan.

#1 Movie Animation Park Studios (MAPS)

Movie Animation Park Studios (MAPS) merupakan sebuah tarikan terbaharu di Perak. Tidak perlu lagi ke Universal Studios Singapore untuk mendapatkan keseronokkan.

Ini kerana MAPS adalah taman tema seumpamanya di Ipoh. Taman temabertaraf antarabangsa ini memuatkan pelbagai dunia dari filem dan siri tv animasi popular. Pengunjung boleh memasuki dunia animasi Casper, Smurf, Boboiboy, dan banyak lagi.

Ia sesuai untuk golongan kanak-kanak mahupun dewasa. Jangan lupa untuk menaiki tunggangan hebat seperti roller coaster yang mencabar adrenaline anda!

Selain itu terdapat tarikan seperti roller coaster, pameran, patung, dan banyak lagi.

Kami pasti anak-anak pasti akan teruja dengan keseronokkan yang ada di sini.

Harga tiket: Dewasa RM72

Waktu operasi: 10am – 10pm

Alamat: 3, Persiaran Meru Raya, 31200 Ipoh, Negeri Perak

#2 Ipoh Parade

Pusat membeli belah utama di Ipoh. Shopping mall bertaraf antarabangsa ini memuatkan pelbagai jenis premis. Seperti butik berjenama antarabangsa, tempat hiburan, panggung wayang, restoran, dan sebagainya.

Lokasi seperti ini menjadi perhatian orang awam tanpa mengira waktu. Jika anda datang ke Ipoh, jangan lepaskan peluang untuk shopping di sini.

Waktu operasi: 10am – 10pm

Alamat: Ipoh Parade 105, Jalan Sultan Abdul Jalil, 31350 Ipoh, Negeri Perak

#3 Lost Word of Tambun

Tidak akan lengkap artikel ini kalau tidak menyelitkan Lost World of Tambun, iaitu  taman tema bertaraf antarabangsa di Malaysia. Lost World of Tambun terbahagi kepada dua iaitu dry dan wet, taman tema ini menjanjikan 1001 keseronokkan kepada golongan kanak-kanak mahupun dewasa.

Di bahagian dry park, anda boleh menaiki pelbagai jenis permainan seperti roller coaster. Malah terdapat zoo yang menempatkan variasi spesis haiwan untuk tatapan anda.

Bahagian taman tema air iaitu Sunway Lost Water Park pula menawarkan pelbagai jenis kolam mandi dan gelongsor menarik. Ia merupakan tempat mandi di Perak yang paling popular.

Harga tiket: Dewasa RM65 | Kanak kanak RM65.50

*Harga tiket Sunway Lost World Water Park memberi anda akses ke Lost World of Tambun.

Waktu operasi: 11 am – 6 pm

Alamat: No.1, Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City Ipoh, 31150 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

#4 Art of Old Town

Bergambar di lorong yang dipenuhi mural sudah menjadi kegemaran kita semua. Jika berada di Ipoh, anda boleh ke Jalan Bijeh Timah untuk bergambar bersama keluarga dan rakan.

Salah satu tempat menarik di Ipoh ini menempatkan pelbagai jenis lukisan menarik yang mempunyai maksud yang tersirat. Kebanyakkannya menceritakan sejarah negeri Perak pada zaman kolonial.

Bukan sekadar lukisan, terdapat prop yang membuatkan gambar yang dirakam bertambah menarik.

Kami yakin, bergambar di sini bakal membuatkan pengalaman bercuti di Perak lebih bermakna.

Alamat: 1, Jalan Bijeh Timah, 30000 Ipoh, Negeri Perak

#5 Taman Rekreasi Gunung Lang

Buat pencinta alam semulajadi, Taman Rekreasi Gunung Lang adalah lokasi yang wajib anda lawati. Terletak 5 km dari bandar Ipoh, ia adalah salah satu daripada gunung batu kapur di Perak.

Taman ini menawarkan pemandangan menakjubkan yang merangkumi tasik, gua, dan bukit bukau yang menghijau.

Pengunjung boleh menaiki bot untuk menyeberangi tasik untuk ke taman rekreasi. Taman ini menempatkan tempat rekreasi, taman permainan, mini zoo, menara tinjau, dan rumah tradisional Perak.

Bukan itu sahaja, pengunjung juga berpeluang melihat air terjun buatan manusia. Sangat menarik.

Harga tiket bot: Dewasa RM3 | Kanak kanak RM1.50

Alamat: Jalan Damai, 30100 Ipoh, Negeri Perak

#6 Miniature Wonders Art Gallery Ipoh

Tempat percutian di Ipoh seterusnya adalah Miniature Wonders Art Gallery Ipoh. Galeri seni inik cukup unik kerana mengumpulkan sejarah dinasti China dalalam bentuk miniature.

Miniature ini menggambarkan kehidupan, pekerjaan, perlombongan, senibina, dan budaya China pada zaman dahulu.

Pengunjung pasti akan terpukau akan perincian pada miniature ini.

Harga tiket: RM5

Waktu operasi: 8.30am – 6pm

Alamat: 49, Jalan Market, 30000 Ipoh, Negeri Perak

Tempat menarik di Lumut, Perak

#7 Frenzy Water Park Marina Island

Antara taman tema yang adan di Perak, tetapi konsepnya agak berbeza. Jika anda biasa menonton rancangan Wipeout di saluran AXN, anda pasti akan teruja. Frenzy Water Park Marina Island berkonsepkan tempat mandi ‘berhalangan’.

Ia merupakan sebuah ‘blow up gergasi’ di bina di atas air dan anda boleh melompat di atasnya. Terdapat banyak halangan yang perlu anda lepas untuk ke satu tempat ke tempat yang lain.

Tarikan seperti ini pastinya bakal membuatkan percutian bersama keluarga dan rakan lebih bermakna.

Harga tiket: Dewasa RM20 | Kanak kanak RM15

Alamat: KM1, Jalan Utama Marina Island, Teluk Muroh, 32200, Lumut, Perak.

#8 Pulau Pangkor

Salah satu tempat peranginan dan pulau popular di Malaysia. Keindahan sudah tidak dapat dinafikan lagi. Ia terserlah pada kejernihan air laut, pasir yang memutih, dan suasana pulaunya yang menenangkan jiwa.

Jika datang bersama keluarga mahupun rakan, pasti ada sahaja aktiviti yang boleh anda buat di sini. Antaranya mandi pantai, snokerling, memancing, beristirehat di resort/chalet, dan scuba diving.

Bagaimana cara ke Pulau Pangkor?

Jeti Lumut merupakan salah satu cara untuk ke Pangkor. Terdapat perkhidmatan feri yang membawa pelancong ke sana dengan harga tiket RM16 (pergi & balik).

Cara kedua untuk ke Pangkor adalah menaiki feri dari Marina Island yang kami sebutkan tadi. Harga tiket feri adalah RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak (pergi & balik).

Tempat menarik di Taiping

#9 Antong Coffee Mill

Pencinta kopi, pastikan pastikan anda melawat Antong Coffee Mill yang merupakan kilang kopi tertua di Malaysia. Diasaskan pada 1933 oleh Tiah Ee Mooi, kopi Ahtong menjadi kegemaran bukan sahaja penduduk Taiping bahkan seluruh Malaysia.

Menariknya, ia bukan sahaja sebuah kilang memproses biji kopi. Tetapi ia dibuka kepada orang ramai untuk melihat dengan lebih dekat proses pembuatan kopi segar. Bagaimana kopi diproses seterusnya menjadi minuman dan pelbagai bentuk makanan.

Anda boleh masuk sendiri di dalam kilang, mempelajari sejarah dan jenis-jenis kopi, serta membeli cenderamata di kedai yang disediakan.

Waktu operasi: 8.30 am – 5.30 pm

Alamat: Kampung Asam Kumbang, 34000 Taiping, Perak

Pantai di Perak

#10 Teluk Senangin

Teluk Senangin menawarkan pemandangan dan aktiviti pantai yang menyeronokkan. Kalau nak dibandingkan dengan Pantai Teluk Batik, Teluk Senangin lebih tenang kerana tidak ramai pengunjung. Bolehlah anda mendapatkan sedikit privacy di sini.

Malah, panorama matahari terbenam di Teluk Senangin juga sangat memukau. Anda boleh lihat Pulau Pangkor dari pantai ini.

Alamat: Jalan Teluk Senangin 32200, Negeri Perak

Tempat menarik di Kuala Kangsar

#11 Muzium Arkeologi Lenggong

Kuala Kangsar menyimpan 1001 bentuk sejarah penting negara ini. Salah satu tempat yang anda boleh lawati adalah Muzium Arkeologi Lenggong.

Galeri ini menempatkan pelbagai artifak semulajadi yang ditemui di sekitar Perak. Di sini anda boleh lihat item-item asli seperti alat-alat batu, rangka ‘Perak Man’ dan lukisan dalam gua.

Kami pasti anak-anak akan teruja dengan infografik menarik tentang sejarah Paleolitik negara ini.

Waktu operasi: 9 am – 5pm

Harga tiket: Percuma

Alamat: Jabatan Muzium dan Antikuiti, Kota Tampan, Perak, 33400 Lenggong, Perak

#12 Pavilion Tower Kuala Kangsar Perak

Tempat bersejarah di Perak ini dibina pada 1920 ketika zaman pemerintahan Sultan Iskandar Shah. Pada ketika itu, pavilion ini digunakan oleh keluarga Sultan untuk berehat selepas bermain sukan polo.

Kini ia menjadi mercu tanda popular di negeri Perak. Tak susah nak cari Pavilion Tower ini, ia terletak di hadapan Malay College Kuala Kangsar.

Alamat: Jalan Tun Razak, Taman Mawar, 33000 Kuala Kangsar, Negeri Perak

Air terjun di Perak

#13 Air Terjun Lata Kinjang

Merupakan tempat menarik di Tapah kerana lokasi air terjun ini sangat indah dan boleh dilihat dari lebuh raya. Pemandangan air terjun yang sangat tinggi ini pastinya memberikan pengalaman mandi manda yang bermakna. Ditambah pula kedamaian hutan yang menenangkan jiwa.

Alamat: 35300 Chenderiang, Perak

Anda boleh memilih mana-mana tempat percutian di Perak yang kami sebutkan di atas. Semoga artikel ini dapat membantu anda dalam merancang percutian bersama keluarga pada hujung minggu atau cuti sekolah kelak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *